adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, December 30, 2010

Gambar Cium Tersebar, Julie Woon Beri Penjelasan

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.
"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.
"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online,di sini, Rabu.
Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan nama Julie Woon tercalar.
Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.
Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.
Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.
"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.
"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya. - Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Salah Faham Punca Maher Zain Tidak Muncul Di TV9

Maher Zain akui terdapat salah faham membuatkan dia gagal menghadiri program Nasi Lemak Kopi O, Ahad lalu. Foto THE STAR CHAN TAK KONG
KUALA LUMPUR: Penyanyi Popular, Maher Zain mengakui terdapat salah faham antara pihak produksi rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 dengan pihak pengurusannya menyebabkan dia tidak hadir ke program tersebut, Ahad lalu.
Justeru, Maher meminta maaf terhadap kekeliruan yang menyebabkan masalah berkenaan.
“Saya tidak tahu langsung yang saya perlu hadir ke TV9 pada hari Ahad lalu. Keesokkannya baru kami tahu tentang hal itu. Terdapat sedikit salah faham tentang tarikh yang sepatutnya saya hadir.
“Saya minta maaf kepada semua, saya tahu ramai yang kecewa dalam hal ini dan kami telah berjanji dengan pihak TV9 untuk menghadirinya pada minggu depan,” katanya selepas majlis sidang media Maher Zain Live In Concert 2011.
Kegagalan Maher hadir ke program NLKO itu menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersamanya digantikan dengan slot lain.
Penyanyi yang baru sahaja membuat persembahan pada Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia itu bakal mengadakan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 25 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Konsert tersebut adalah sebagai penghargaan kepada peminat-peminat yang berada bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina.
“Saya memilih Malaysia kerana negara ini memberi sokongan kepada saya, bukan sahaja peminat tetapi juga media-media di sini.
“Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana diterima baik di negara ini. Saya juga menganggap Malaysia sebagai negara kedua saya,” katanya.
Dalam konsert tersebut Maher akan berkolaborasi dengan lebih 10 orang pemuzik antarabangsa termasuk kumpulan Inteam.
Segala maklumat konsert termasuk tiket yang berharga dari RM50 hingga RM200 akan diberitahu di laman web www.inteam.com.my dalam masa terdekat ini.
Bercerita tentang kerjaya, Maher memberitahu sedang dalam proses pembikinan album keduanya. Dia juga dalam proses merakam semua lagu Isha Allah versi Bahasa Malaysia.
“Saya akan keluar dengan album kedua tidak lama lagi. Dan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia, saya sudah melihat seni katanya dan masih belajar untuk sebutan yang betul,” ujar penyanyi yang dalam percutian di Malaysia bersama keluarga sehingga 1 Januari ini.Oleh KEMALIA OTHMAN

Wednesday, December 29, 2010

Alamak! tersilap timing aaaa...........

Aduh....semalam adalah hari yg x akan aku lupa................

Dah lama x naik public transport,  jadi semalam aku berserta dua anak gadisku pun try naik bas dari pekan Tampin ke Seremban. Kami bercadang nak window shopping kat KL lalu dari S'ban kami naik komuter.

Bukan main bersemangat lagi sibongsu nak berjalan jadi pagi2 lagi dah bangun.

Kami naik bas lebih kurang kul 8am. Sepanjang perjalanan rasa x senang duduk sebab dengar bermacam-macam bunyi  dari bas berkenaan, bukan apa aku takut breakdown.
Ni kat KL Central nak ke Masjid Jamek


Kami sampai KL lebih kurang kul 10.50am. Naik LRT ke Masjid Jamek, jln2 cuci mata dan terbeli la sikit brg2 yg dikehendaki dan jamu selera di Semua House.....x da apa yg sedap di sini.
Kat bazar Jln Masjid India

Dah puas kat Masjid Jamek, kita org ke KLCC pula utk settle kan bil kat Maxis Centre sambil jln2. Punya la ramai org kat Maxis ni.... mau kat 30min menunggu..... kalau lah x disebabkan broadband bermasalah mau aje aku bla dari situ.
boring....kat Maxis

KLCC
Tap tup tap tup dah kul 4.30pm, ambil LRT terus ke KL Central. Sempat nyinggah kat McD utk tapau prosperity burger.

Inila moment yg aku x leh lupa.....punyala ramai org nak naik komuter ke selatan.... Dah tu berebut dgn jantan2 yg x reti bahasa bahawa koc yg direbut itu khusus utk wanita. Aku tanya passenger sebelah aku...memang mcm ni ke hari2 ramai org.... dan dia jawab ya...beginilah hari2.....terpaksa berebut, if not you will stuck till late.

Sah....kami salah timing, balik waktu puncak........

Dpt naik....masa tu lebih krg kul 5.50pm, tiba2 sampai kat Mid Valley....tren breakdown....kena turun utk ke platform 1 dari 2....hujan lebat lak tu......org tak usah cerita la...punya la ramai... berpeluh-peluh dlm hujan.

Sampai satu tren...x sempat org nak turun....dah bertolak-tolak mcm org x da sivik... aku ngan anak2 yg duk kat depan terpenyek dgn org yg turun....sibongsu aku lagi la menangis kesakitan..... akhirnya aku ngan sibongsu ku ke belakang ditolak dek org yg nak keluar dari tren..... X dapat naik.... Aku cari sikakak... rupa2nya dia dah lepas naik.... terpisah la sudah..... nasib baik sikakak yg terlepas dulu, kalau sibongsu aku yg naik dulu....ha camna.... x ke haru..... dia bukan reti nak kemana sebab kecil lagi.... x biasa nak travel sendiri.... Kakak dia lain, dah biasa travel dgn tren sorang2.

Kami janji jumpa kat S'ban. Sibongsu aku apa lagi bertambah lebat la airmata dia....bersama hujan & guruh di luar stesen dek berpisah dgn kakaknya dan juga keletihan.

Nasib baik hubby aku setuju jemput kami kat S'ban.

At last sampai juga ke S'ban lebih kurang kul 8.20pm. Kami dpt naik tren yg ke3....itu pun berebut juga.... Yg aku x puas hati dgn kaum Adam ni...kenapa la begau sangat.....x reti2 dgn tanda yg terpamer dlm koc "HANYA WANITA SAHAJA". Dlm koc ni pula adala amoi2 yg berlagak bagai sepasang kekasih....dpt tengok wayang free.....eeeeee gelinya........ Hai....puas aku nak menjawab soalan sibongsu ni.....

Sibongsu aku dah serik...no more komuter.....lain kali kita naik train direct ke Tampin ya....ma........

Pelakon Upik Abu dan Laura berhenti berlakon

JAKARTA - Bintang sinetron Upik Abu dan Laura, Cinta Laura Kiehl berhasrat untuk meninggalkan dunia hiburan kerana mahu berhijrah ke Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres berusia 17 tahun itu yang dilahirkan di Jerman menyatakan, dia merancang untuk menyambung pelajaran ke AS pada tahun depan.
"Saya cuma tinggal satu semester lagi. Jadi, setelah tamat sekolah tinggi, saya akan ke AS untuk melanjutkan pelajaran," kata Cinta dengan loghat Inggerisnya ketika diwawancara di sini semalam.
Menurutnya, keputusan berhijrah ke AS adalah muktamad.
"Saya baru mencari kolej yang sesuai di AS. Sekiranya diterima, barulah saya akan ke sana (AS)," ujarnya.
Kata Cinta, dia tetap dengan keputusan tersebut walaupun terpaksa meninggalkan karier lakonan yang dibinanya selama ini.
"Berlakon itu cuma hobi, walaupun saya pasti merindui peminat-peminat saya. Bagi saya pelajaran adalah lebih penting.
"Walaupun pada 2011 saya aktif dalam dunia hiburan, saya memilih untuk menyanyi dan tidak akan berlakon lagi," tambahnya.
Bapa Cinta, Michael Kiehl berasal dari Jerman manakala ibunya seorang peguam di Indonesia. - Agensi

Monday, December 27, 2010

Dua pejuang Jihad Islam maut

JENAZAH Mahmoud dan Mosab diarak semasa upacara pengebumian mereka di Khan Yunis, selatan Genting Gaza, semalam. - AP

GAZA CITY 26 Dis. - Kereta kebal Israel melepaskan tembakan meriam bertalu-talu ke Genting Gaza hari ini selepas askarnya menembak mati dua pejuang Jihad Islam dalam pertempuran di kawasan sempadan wilayah Palestin ini.

Pemerintah Gaza, Hamas berkata, pejuangnya 'bersedia' untuk kembali berperang jika rejim Zionis meneruskan serangan.

Keganasan itu meningkat menjelang hari ulang tahun kedua kempen serangan tiga minggu Israel ke atas Genting Gaza pada 27 Disember 2008, dan menyusuli bedilan roket pejuang Palestin dari wilayah ini sejak beberapa minggu lalu, dibalas dengan serangan udara Israel.

Mahmoud Al Najar dan Mosab Abu Rock terbunuh dalam pertempuran dengan askar Israel di satu kawasan ke timur Khan Yunis, selatan Genting Gaza, kata saksi dan sebuah pertubuhan pejuang Palestin, Briged Al-Quds.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan pertempuran itu.

"Askar melepaskan tembakan ke arah anggota sebuah pertubuhan Palestin yang cuba memasang bahan letupan di kawasan dekat benteng keselamatan," katanya.

Helikopter penggempur Israel turut membantu askar yang melepaskan tembakan ke arah pejuang Palestin dalam insiden tersebut.

Ketegangan meningkat di sepanjang Genting Gaza sejak kumpulan pejuang Palestin meningkatkan aktiviti mereka dengan melepaskan tembakan mortar dan roket ke selatan Israel.

Israel membalas dengan melancarkan beberapa serangan udara, termasuk serangan awal semalam yang menyebabkan dua orang cedera dan bekalan elektrik terputus di bandar ini.

Hamas yang memerintah Genting Gaza terus mematuhi gencatan senjatanya dengan Israel tetapi memberi amaran ia bersedia untuk kembali berperang jika Israel menyerang wilayah itu.

Sayap bersenjata Hamas semalam memberi amaran, ia bersedia untuk menangkis sebarang serangan Israel dan mendakwa memiliki senjata rahsia.

"Gencatan senjata pada dasarnya wujud jika Israel menghentikan serangan dan menamatkan sekatan.

"Bagaimanapun jika berlaku serangan Israel ke atas Genting Gaza, kami akan membalas dengan sekeras-kerasnya," kata seorang jurucakap Briged Al-Qassam. - AFP

Saturday, December 25, 2010

Tauke kedai seks diracun

USAHAWAN BERJAYA... Jacqueline (tengah) bersama model pakaian dalamnya.

LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.
Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.

Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.
Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.

Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.

Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline.Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.

Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.
UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers

Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.

Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.

Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi

Antara Garisan, Muallaf Ungguli ASK201


Norkhiriah dan Fauzi Nawawi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010 di PWTC, Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Drama arahan Shahrul Ezad Mohamedin, Antara Garisan berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat malam.
Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan.
Sharifah Amani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Muallaf.
Drama ini turut memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).
Kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.
Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat.
Sementara kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Muallaf arahan Yasmin Ahmad.
Bront Palarae meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Belukar.
Filem tersebut turut memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Sharifah Amani).
Turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.
Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.
Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.
Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, isteri Datin Seri Maznah Rais, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.
Drama rantaian Nur Kasih memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik.
Acara tersebut telah dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari serta disiarkan secara langsung di TV3.
Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan 24 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.
Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah VideografiTerbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.
Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.
Anugerah Skrin 2010 ini mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.
Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.
Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:
Kategori Filem
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3
Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)
Videografi Terbaik: Datang Bulan
Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam
Sumber:mStar

Friday, December 24, 2010

Hujan, Ribut Petir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Johor

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang serta Kulai Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman) mulai Isnin malam hingga Khamis pagi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.
Selain Kelantan dan Terengganu, Pahang (Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan serta Rompin) dan Johor (Mersing) juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak (Miri), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman serta Kudat), selatan Samui, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang dan Palawan mulai Ahad ini hingga Jumaat.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut. - BERNAMA

SMS tipu minta tambah prabayar

SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.

KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan."Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya. - Kosmo

Tuesday, December 21, 2010

Minda: Zionis berang dikecam

PERTUBUHAN hak asasi manusia berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW), menegaskan warga Palestin yang tinggal di tanah jajahan Israel di Tebing Barat hidup melarat tanpa sebarang kemudahan asas. Segala-galanya, kata HRW, berpunca daripada dasar diskriminasi Israel ke atas pemilik sebenar tanah berkenaan.

Justeru, HRW menggesa Washington menghukum Israel dengan hanya menyerahkan bantuan tahunan setara dengan subsidi diberi Tel Aviv kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.



Dalam laporan setebal 166 halaman itu, HRW mendapati Israel menafikan hak penduduk Palestin daripada mendapat perkhidmatan seperti dinikmati pendatang haram Yahudi di situ.

Wakil HRW, Carroll Bogert, berkata penduduk Palestin itu menghadapi diskriminasi bersistematik hanya kerana faktor keturunan, etnik dan asal-usul mereka.


“Penduduk terbabit dinafikan hak mendapat bekalan elektrik, air bersih, sekolah dan akses ke jalan utama,” katanya.Pada masa sama, kata Carroll, pendatang Yahudi itu diberi layanan baik walaupun taraf penempatan mereka dianggap haram mengikut perspektif undang-undang antarabangsa.


“Warga Palestin seperti terperangkap dalam ruang waktu silam. 
“Bukan saja mereka tidak mendapat hak persamaan, malah kadang-kadang dizalimi apabila diusir dari tanah sendiri,” katanya.

Seperti kelaziman mana-mana penganut Zionis, Tel Aviv dengan pantas menafikan laporan HRW dan mendakwa pertubuhan itu bersikap berat sebelah.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pertubuhan hak asasi manusia kononnya selalu bersikap hipokrit dan ia mesti didedahkan kepada umum. 
“Mereka memejamkan mata terhadap rejim paling kejam di dunia kerana merejam wanita sehingga mati dan menggantung pengamal homoseks.

“Sebaliknya, pertubuhan itu hanya menyerang satu-satunya negara liberal dan demokratik di Timur Tengah,” katanya.


Jurucakap kerajaan, Mark Regev, pula berkata HRW membenarkan agenda anti-Israel mempengaruhi pandangan mereka terhadap sesuatu isu. 
Sambil menafikan laporan HRW, Regev berkata, berlaku pembangunan pesat di wilayah dikuasai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat sejak dua tahun lalu.

“Sesiapa saja yang memberi perhatian secara objektif dapat melihat hakikat itu. 
Kerajaan Israel komited bekerjasama dengan PA bagi kepentingan semua pihak,” katanya.

Namun, di sebalik penafian membabi-buta Tel Aviv itu, penulis laporan dan penyelidik HRW, Bill Van Esveld, berkata penelitian pertubuhan itu membuktikan kewujudan dua sistem berbeza yang diamalkan oleh satu rangkaian undang-undang diskriminasi dan ketenteraan.


“Kita membincangkan isu dua kumpulan penduduk yang tinggal di satu kawasan sama, tetapi mendapat layanan berbeza tanpa sebarang alasan,” katanya.


Menurut Van Esveld, ketika pendatang haram Yahudi boleh berhubung secara langsung dengan pentadbir tanah jajahan itu, warga Palestin pula tidak dilayan sama sekali.


Diskriminasi itu, katanya, menyebabkan mustahil bagi penduduk asal tanah Palestin itu mendapat permit bagi membina kediaman.


Katanya, selepas menghadapi pelbagai kesukaran dan kezaliman Zionis, diskriminasi di penempatan haram Yahudi itu menambahkan lagi keperitan warga Palestin di Tebing Barat.


Kekecewaan mendorong kebanyakan penduduk asal berpindah ke kawasan lain.


“Diskriminasi itu sangat ketara,” katanya.


Justeru, HRW mencadangkan komuniti antarabangsa mengenakan tindakan ke atas rejim Zionis, termasuk memotong bantuan kepada Israel.


“AS - yang menyediakan bantuan bernilai AS$2.75 bilion (RM8.7 bilion) setahun - perlu menggantung peruntukan itu dan hanya menyalurkannya mengikut nilai subsidi dibelanja Tel Aviv untuk penduduk Palestin,” kata laporan itu.


Berdasarkan kajian pada 2003, nilai perbelanjaan Israel untuk penduduk Palestin di Tebing Barat hanya AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion).


HRW juga menggesa Washington bersikap lebih adil apabila memberikan pengecualian cukai terhadap mana-mana pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada penempatan haram di Tebing Barat.


Kata HRW, Washington perlu menjelaskan bagaimana dasar itu selari dengan tanggungjawab AS yang kononnya bersungguh-sungguh memastikan semua negara mematuhi undang-undang antarabangsa.


Ketika ini, kira-kira 500,000 pendatang haram Yahudi menetap di lebih 130 lokasi diceroboh dan dijajah rejim itu di seluruh Tebing Barat. - AFP


Monday, December 20, 2010

Kemaman dilanda banjir, 700 mangsa dipindah

BALAI Polis Kerteh, Kemaman turut dinaiki air banjir semalam

KEMAMAN - Hampir 700 orang dari Kampung Baru dan Kampung Chabang Kerteh di sini dipindahkan setakat ini setelah kawasan mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, jumlah penduduk yang dipindahkan adalah setakat pukul 10 malam tadi ke lima pusat pemindahan.
Katanya, antara pusat pemindahan yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Pekan Kerteh dan balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chabang.
"Kesemua mangsa dipindahkan sejak pukul 1 petang tadi (semalam) ekoran rumah mereka ditenggelami air setinggi antara 0.5 meter dan satu meter," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, turut dinaiki air adalah Balai Polis Kerteh dan enam buah perumahan polis di situ sedalam hampir satu meter sejak pukul 2 petang semalam.
"Bagaimanapun operasi di balai tetap berjalan seperti biasa dan semua anggota sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan air banjir semakin naik," katanya.
Abdullah berkata, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kilometer 116 berhampiran Pekan Kerteh juga ditutup kepada kenderaan ringan setelah ditenggelami air hampir satu meter sejauh 500 meter.
"Paras air Sungai Kerteh juga dilaporkan sedang naik dan kemungkinan terdapat beberapa batang jalan lagi akan turut terjejas dan ditutup kepada kenderaan ringan seperti Jalan Kerteh ke Batu Putih dan jalan ke Lapangan Terbang Kerteh," katanya.
Menurut Abdullah, ekoran air sungai yang semakin naik, kemungkinan lebih ramai penduduk akan dipindahkan khususnya membabitkan kawasan perumahan rendah dan berhampiran sungai seperti Kampung Chabang dan Labohan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Ir. Rosli Othman yang membuat tinjauan ke kawasan terlibat banjir berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat Kemasek membuka sebuah bilik gerakan banjir di Dewan Sivik Pekan Kemasek bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir.
"Kita menjangkakan kemungkinan air semakin naik ekoran akan berlaku air laut pasang besar bermula petang tadi (semalam) selama dua hari dan kami telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir lebih besar dan pemindahan lebih ramai penduduk," katanya.
Rosli berkata, segala persiapan seperti bot, bekalan makanan dan segala keperluan berkaitan telah disediakan dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah bersiap sedia untuk dipindahkan dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
"Semua agensi yang berkaitan termasuk pihak berkuasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. -  Kosmo

Emillia Contessa promosi "Akhir Sebuah Impian"

Ingat tak dengan filem Akhir Sebuah Impian lakonan Broery Marantika dan Emellia Contessa pada tahun 1973? Ia sebuah filem hebat. Filem ini masih jadi sebutan. Sementelah memuatkan lagu-lagu evergreen.

Sebab itulah ada usaha Life Records memasarkan DVD filem tersebut. Sekarang sudah dipasarkan di Singapura dan akan menyusul pasaran di Malaysia selepas ini.
Pelakon utamanya Emillia Contessa akan hadir ke Singapura bagi mempromosikan DVD tersebut pada 26 Disember ini. Sesi bertemu peminat itu diadakan di Hall 4, Singapore Expo. Ada juga majlis istimewa sempena kedatangan penyanyi dan pelakon popular itu.

Siapa sangka filem era 1970-an masih ada pasaran sehingga hari ini. Sememangnya filem itu sangat berjaya semasa ditayangkan dulu. Pasti ramai yang  sudah menontonya di kaca TV ataupun VCD cetak rompak yang berleluasa.

Menyedari filem itu masih ada sambutan, syarikat tersebut sanggup mencuba nasib memasarkannya. Filem itu menjadi pemula dan sekiranya ada permintaan terhadap filem lain pasti mereka akan meneruskannya. - mangga


Naik jangan x naik.......

Oh...oh....oh.....ini adalah perkara yg aku x berapa nak suka....bukan aku aje...ramai lagi kat luar sana yg x suka malah benci sangat dgn isu ini......


Nak tahu apa????  Apa lagi kalau bukan kenaikan harga barangan runcit.....


Semalam ke pasaraya, minyak masak kehabisan stok.....tempat you all aku x tahu le....tapi di kawasan penempatan aku sudah menampakkan tanda2 yg minyak akan berkurangan. Menurut sumber, minyak dicatu dan akan dinaikkan harga pada awal tahun depan.


Hari ini dlm paper, dah ada pengumuman akan kenaikan harga barangan tenusu....yg pasti susu sejat akan dinaikkan sebanyak RM0.30 sen setiap tin dan akan diikuti oleh susu pekat manis....... dan mungkin barangan lain.....


Lepas ni, kita pakat2 minum air suam aje la..... kurangkan lemak dan manis.... ikut saranan kerajaan kerana majoriti rakyat M'sia obesiti....

Saturday, December 18, 2010

Pejabat Agama Indonesia Belum Terima Permohonan Nikah Krisdayanti

Krisdayanti dan pasangannya Raul Lamos dikhabarkan bernikah minggu hadapan

JAKARTA: Pejabat Urusan Agama (KUA) Kebayon Baru, Jakarta menafikan dakwaan menerima pendaftaran pernikahan diva popular Indonesia, Krisdayanti dengan jutawan Timor Laste, Raul Lamos.
Ketua KUA, Toyib memberitahu belum menerima sebarang permohonan pernikahan, biarpun pasangan tersebut diberitakan akan melangsungkahan upacara pernikahan mereka minggu hadapan.
“Belum ada sebarang permohonan pernikahan daripada pasangan tersebut atau kami masih belum menerimanya,” tambahnya seperti dipetik Detikhot.com.
Sementara itu, pihak Hotel Mulia turut menafikan rancangan pernikahan yang dikatakan akan dilakukan di hotel tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam Hotel Mulia, Andry Kurniawan memberitahu bahawa tiada sebarang tempahan melibatkan nama pasangan tersebut pada minggu hadapan.
“Saya tidak tahu tentang pernikahan pasangan tersebut, namun tentang majlis perkahwinan sememangnya setiap minggu ada tempahan di sini,” ujarnya.
Dia juga mengakui sudah beberapa kali dihubungi pihak media bertanyakan hal berkenaan.
“Ramai yang sudah bertanyakan perkara ini tapi saya sendiri belum mendapat kepastiannya,” katanya. -mStar

Ibu simpan ‘anak ikan’

PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.

“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami,” katanya.

Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.“Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat. -myMetro

Kisah dua wanita di dalam "birthday suit"

Kes pertama:
Mengikut laporan Sin Chew Daily, seorang wanita yang sedang berjalan kaki ke arah sebuah bus stop yang berhampiran dengan blok apatment di Singapura, secara tidak semenanya dia berhenti dan menanggalkan keseluruhan pakaiannya dan menyimpan di dalam beg yg dibawanya.
Wanita yang bertelanjang bulat (in birthday suit) ini kemudian berjalan dicelah-celah orang ramai yang sedang menunggu bas di bus stop tesebut tanpa segan silu sambil tersenyum dengan selambanya.
Lima minit kemudian, sebuah bas sampai dan dia cuba untuk menaikinya namun menurut saksi, drebar bas tersebut cepat2 menutup pintu basnya yang membawa lebih kurang 20 orang penumpang di dalamnya dan terus menelefon polis.
Sementara menanti polis tiba, drebar bas tersebut mengarah semua penumpang lelakinya bergerak memenuhi ruangan depan bas manakala penumpang wanita ke bahagian belakang bas baru lah dia membenarkan wanita tersebut menaiki basnya melalui pintu belakang.
Sejurus kemudian polis pun sampai dan menahan wanita tersebut yang sentiasa tersenyum selama 45 minit kejadian tersebut. Beberapa orang lelaki yang menyaksi kejadian tersebut tidak melepaskan peluang totonan percuma dengan mengambil gambar wanita tersebut.
Kes kedua:
Seorang wanita membuat laporan polis di Singapura mengadu ditipu bekas teman lelakinya, yang mana telah mengambil foto bogel dia dan menyiarkan dalam internet.
Mengikut laporan China Press, gambar2 tersebut ditawarkan untuk tontonan dengan harga S$150 (RM345).
Mangsa yang berasal dari Hangzhou, China, dikenali sebagai Lee, 26 berkata bekas teman lelakinya mengambil wang tersebut dan tidak memberinya sesen pun sebaliknya telah memutuskan hubungan dengan mereka.
Lee dan teman lelakinya adalah graduan dari sebuah kolej seni di Singapura sebelum ini  mula berkenalan dan tinggal bersama.
Walau bagaimanapun, selepas graduasi, Lee tidak mendapat sebarang pekerjaan dan mencuba nasibnya dalam dunia modeling dengan menyertai kursus modeling. Tapi nasib tidak menyebelahinya kerana dia gagal dalam setiap audition yang disertai.
Pada tahun 2008, teman lelakinya telah menunjukkan beberapa keping gambar dan menyuruh dia berfoto bogel untuk sumber pendapatan.
Lelaki tersebut telah menghasilkan 28 foto album dan uploaded di internet dengan menawarkan tontonan untuk setiap satu album tersebut dengan harga S$150.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu