adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 1, 2010

kesihatan



Dah 2 malam anak bongsu aku demam. Malam tadi tak boleh nak lelap mata...panas dia naik. Susah hati betul aku dibuatnya. Doktor suruh tengok malam ni...kalau tak kebah juga alamatnya besok kena ke hospital.

Selalunya dia demam, dia ok... boleh bercakap...boleh ketawa.. tapi kali ni...senyap tak bersuara. Dia cakap kepala dia berat sangat macam nak tumbang kalau duduk. Itu yang membuat aku lagi susah hati. Tak boleh nak buat kerja... terpaksa mengadap dia aje...siap ngadu sakit pinggang lagi.

Ya Allah! hambamu pohon sangat2 sembuhkanlah Yayaku ini...jauhkanlah dia dari segala penyakit yang tidak diingini. Amin amin ya rabbalallamin.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu