adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, June 3, 2010

Politik Atau Kawan


Haruskah kita kehilangan kawan semata-mata kerana berlainan pendapat dalam isu politik sementelah pula dalam parti yang sama?

Kadang2 aku terfikir apa nak jadi dengan dunia hari ini, khususnya dalam masyarakat Melayu. Ini kisah kawan bukan kawan karibku tetapi merangkap jiran sekampung. Kerana kedudukan dalam parti jadi rebutan...mereka tidak lagi bertegursapa. Yang menjadi mangsa adalah aku.....kerana aku jadi pendengar yang tak rasmi....

Mereka berebut untuk menjadi perwakilan persidangan yang akan diadakan tidak lama lagi. Mula meraih simpati dari kami, menjaja cerita memburukkan sesama sendiri....Dimanakah nilai jati diri mereka, aku pun tak tahu. Yang bestnya sampai jatuh sakit....siap masuk wad lagi...sakit jantung lak tu....tak ke haru....

Tak malukah mereka pada masyarakat kampung...sanggup membiarkan diri diperkatakan dan dinilai sedangkan mereka adalah ustazah dan juga guru.
Kalau mereka dari parti politik yang berlainan, lainlah ceritanya....Aku jadi malu malah kesian amat sangat dengan bangsaku yang seagama....agama Islam.....agama yang suci. Betul kata saudara Pahrol Mohamad Juoi, "Melayu-Islam sekarang sebenarnya kurang fikir mahupun zikir". Terlalu rakus ingin berkuasa, ingin punya kedudukan dan terlalu mengikut nafsu duniawi.
Aku jadi letih dan malas mengikut rentak mereka-mereka ini...tapi dituduh pula tak campur orang pentingkan diri sendiri. Tak nak sokong bangsa...tak nak menyumbang idea....belajar tinggi2 hanya utk diri sendiri....Dilabelnya aku orang bandar, orang luar...... Tapi mereka lupa kalau kita beri pendapat, pendapat kita disangkal...pendapat dia aje yang betul...kita hanya perlu ikut apa pun perancangan tanpa dibangkang. Mereka ingat aku ni bodoh...sorry....itu bukan aku...YANG SALAH TETAP SALAH DAN YANG BETUL HARUS DIPERTAHANKAN....
Sebenar-benarnya, aku malas nak terlibat dalam politik murahan seperti ini....aku lebih suka menyertai kumpulan NGO2 di luar sana tanpa dikengkang oleh sesiapa pun.
Renung2kanlah tulisan sdr Pahrol, baik untuk jiran2ku yang sekampung, separti mahu pun berlainan parti :
Pertama mari kita fikirkan.......
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan......
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu....
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu??????
Jadi aku berdoa padamu YA ALLAH....kembalikanlah bangsaku yang Islamnya tidak seberapa ini kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya....Islam yang menyatukan penganut2nya.....Islam yang diperjuangkan oleh Rasullullah s.a.w......Amin Ya Rabbul Alamin....


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu