adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, July 31, 2010

Cinta Anak Sekarang


Masalah sosial remaja Islam dewasa kini berada di tahap kritikal. Terbaru, remaja perempuan sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata kerana CINTA.

Torehan nama sang kekasih dilakar di lengan sendiri seakan-akan tatu hanya untuk menyatakan kesetiaan dan cinta yang mendalam. Bagi aku itu hanya mencacatkan diri sendiri. Sayang kulit lengan yang cantik, putih dicacatkan dengan lakaran nama jantan yang belum tentu akan menjadi suami.

Kesian pada ibu yang mengandung dan melahirkan remaja yang bermasalah ini. Sepanjang mereka berada dalam kandungan para ibu tidak berhenti-henti berdoa pada ILLAHI agar zuriat yang dilahirkan dijauhi dari segala kecacatan. Tapi sayang, apabila dewasa dek tuntutan nafsu, mereka sanggup mencacatkan diri sendiri....aduuuhhh....semuanya kerana CINTA...

Yang rugi siapa...yang cacat siapa...kamu juga... wahai remaja2 di luar sana. Fikirlah dengan sewaras-warasnya sebelum kamu mengorbankan diri untuk teman lelaki yang belum tentu akan menghargai kamu....

Wednesday, July 28, 2010

uLanGtaHuN Ke 22





Syukur ALHAMDULILLAH....hari ini genap usia pernikahan ku bersama insan tersayang yang bernama Mohd Adros bin Shaari yang ke 22 tahun.....aminnnnn.

Kehidupan disampingnya amat bahagia...dikurniakan dengan 3 puteri yang boleh dikategorikan lawa lah juga.... cerdik dan bijak. Aku senang dan bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah swt., walaupun tidak diselimuti kemewahan dan kekayaan dunia....





Ku bermohon padaMu Ya Allah...kekalkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat kami, rahmati dan berkati keluarga kami agar sentiasa berada di landasan yang benar....amin.






Sana sini masyarakat membicarakan isu kenaikan harga barang. Aku pun x terkecuali.
Aku dan suami mula mengira bajet hasil dari kenaikan tersebut almaklumlah yang bekerja seorang, yang ditanggung 5 orang.

Anak2 masih dibangku persekolahan. Ramadhan bakal menjelma dan kemudian Syawal ...aduh ...pening...mana nak chekau duit nie... Bagi yang berkemampuan mungkin x kisah kut.... bagi mereka, x jadi tahi gigi pun...tapi bagi familyku, banyak tu bib...dah la selama ni nak menyimpan pun x cukup....ini dah naik macam ni... lagi la x cukuppppp....

Kesian aku tengok suamiku....termenung panjang, bak kata dia : "nak merungut, marah pun x guna....mereka tetap naikkan juga....hadapi aje lahhhhh..." Betul juga apa yang dikatakan...tapi hati ku sakit...aku hanya insan biasa....sudah pastilah aku menghamun dan mengutuk kerajaan yang hanya pandai melontar slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Aku bosan dan meluat dengan setiap bicara mereka....itu AKU janganlah pula ada yang marah dengan statement aku...kerana aku bebas menyuarakan rasa tidak puas hatiku.....

Apapun aku balik ke pangkal....setiap kejadian ada hikmahnya.... Aku berserah padaMU. Hanya padaMU YA ALLAH!!!!! Tenangkan dan damaikan jiwa ku ini.....ASTAGFIRULLAH HAL AZIM......

Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah




Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah kerana telah mengembalikan kesihatan anak bongsuku. Kini dia telah sihat dan menjalani rutin hariannya saperti biasa.

Kelegaan dan ketenangan fikiranku, aku nikmati sekarang....alhamdulillah....syukur sangat2.

Thursday, July 1, 2010

kesihatan



Dah 2 malam anak bongsu aku demam. Malam tadi tak boleh nak lelap mata...panas dia naik. Susah hati betul aku dibuatnya. Doktor suruh tengok malam ni...kalau tak kebah juga alamatnya besok kena ke hospital.

Selalunya dia demam, dia ok... boleh bercakap...boleh ketawa.. tapi kali ni...senyap tak bersuara. Dia cakap kepala dia berat sangat macam nak tumbang kalau duduk. Itu yang membuat aku lagi susah hati. Tak boleh nak buat kerja... terpaksa mengadap dia aje...siap ngadu sakit pinggang lagi.

Ya Allah! hambamu pohon sangat2 sembuhkanlah Yayaku ini...jauhkanlah dia dari segala penyakit yang tidak diingini. Amin amin ya rabbalallamin.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu