adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, July 31, 2010

Cinta Anak Sekarang


Masalah sosial remaja Islam dewasa kini berada di tahap kritikal. Terbaru, remaja perempuan sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata kerana CINTA.

Torehan nama sang kekasih dilakar di lengan sendiri seakan-akan tatu hanya untuk menyatakan kesetiaan dan cinta yang mendalam. Bagi aku itu hanya mencacatkan diri sendiri. Sayang kulit lengan yang cantik, putih dicacatkan dengan lakaran nama jantan yang belum tentu akan menjadi suami.

Kesian pada ibu yang mengandung dan melahirkan remaja yang bermasalah ini. Sepanjang mereka berada dalam kandungan para ibu tidak berhenti-henti berdoa pada ILLAHI agar zuriat yang dilahirkan dijauhi dari segala kecacatan. Tapi sayang, apabila dewasa dek tuntutan nafsu, mereka sanggup mencacatkan diri sendiri....aduuuhhh....semuanya kerana CINTA...

Yang rugi siapa...yang cacat siapa...kamu juga... wahai remaja2 di luar sana. Fikirlah dengan sewaras-warasnya sebelum kamu mengorbankan diri untuk teman lelaki yang belum tentu akan menghargai kamu....

2 comments:

  1. Aku bimbang juga kerana aku pun memiliki tiga dara yang sedang membesar...motivasi, didikan agama telah pun diberi....aku pasrah padaMU YA ALLAH....

    ReplyDelete
  2. Apa yang mampu dilakukan sbg ibubapa telah dilaksanakan cuma lebihkan pemantauan dari segi pergaulan....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu