adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, August 30, 2010

Masalah moral

MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.


Dibuang lagi.....nasib kamulah wahai anak..... Masalah moral semakin meruncing dikalangan remaja-remaja Islam.... Dek kerana nafsu duniawi.... bayi-bayi yang tidak berdosa jadi mangsa....

Gambar di atas adalah yang terbaru.... kes ini terjadi di Shah Alam, Selangor. Anak lelaki yang dikenal pasti berbangsa Melayu atau Indonesia, masih bertali pusat dan uri.....tergantung dalam beg kertas yang digantung di tiang papan tanda di persimpangan lampu isyarat berhampiran pangsapuri Brunsfield,Seksyen 13.

Yang hairan tu siibu tak rasa sakit ke masa melahirkan sibayi ini....dengan rela hati dicampaknya bayi ini saperti sampah...masyaAllah......astagfirullah....apa nak jadi dengan bangsaku ini..... Tak ada ke sekelumit kasih pada bayi yang dikandung ini... dah la berzina....ni dah berniat nak membunuh ni....nasib baik dijumpai sebelum jadi arwah....

Saturday, August 14, 2010

Ariel (peter porno) dilapor nafi seks dengan Cut Tari





JAKARTA: Penyanyi Ariel Peterpan dilaporkan tidak mengaku mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, sebagaimana terpapar dalam klip video yang tersebar meluas baru-baru ini.

Menurut sumber, vokalis utama kumpulan Peterpan itu menafikan beliau lelaki dalam klip video itu.
Laman web kompas.com melaporkan penafian itu dibuat Ariel ketika bersemuka dengan Cut Tari di ibu pejabat polis Indonesia Rabu lalu.

Bagaimanapun, kehadiran Cut Tari di ibu pejabat polis Jakarta tidak diketahui media.
'Memang ada pertemuan antara Ariel dengan Cut Tari,' kata sumber ibu pejabat polis itu.

Cut Tari ketika ditemui pemberita kelmarin berkata beliau sedih atas tindakan Ariel, yang turut berkata tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya.


'Ia memang aneh, terutama apabila dia terus menafikan pembabitannya dalam klip itu.


'Dia menafikan juga mengenali dan mempunyai perasaan terhadap saya. Jika Ariel berasa dia bukan individu dalam video itu dan tidak pernah mempunyai perasaan terhadap saya, itu hak dia, tetapi saya sangat sedih,' ujar beliau.


Cut Tari berkata ketika disiasat beliau hanya berkata apa yang sepatutnya secara jujur.


Dalam pada itu, peguamnya, Encik Hotman Paris Hutapea, menyifatkan Ariel sebagai telah merendahkan martabat wanita dan tidak serius dalam menjalani soal siasat polis. -- Agensi.



dipetik dari media singapura:


CRasa: kesiannya kamu...Cut...benda udah jadi...jangan nyesal deh...lain kali pikir dulu dong sebelum lakuin. Dasar kasanova..gitu deh enggak mau ngaku...takut kena hukum tapi yang diatas sana udah tahu siapa pelakunya....kalau dia lepas di planet ini tapi di akhirat besok belum tentu deh....sabar ya....



Friday, August 13, 2010

Kurma Oh Kurma





Sekarang kita berada di bulan Ramadhan yang mulia. Setakat ni alhamduallillah....ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan baik sekali berserta dengan solat sunat terawih.

Buah kurma hidangan wajib mesti ada....kalau tak anak2ku...huh....bising...



Tapi yang tak sedap didengar dan dibaca tentang buah kurma yang satu ini yang dikhabarkan oleh media Singapura ini dihasilkan oleh negara Yahudi....zionist tu....dengan membawa nama "Jordan River". (Buat masa ini aku belum lagi terbaca  artikel tu, aku dapat ni pun dari Yahoo mail.)


Diimport  serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia.....aduh....parah ni kalau betul.....

Kabarnya ia ditanam di satu kawasan yang luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya dan hasil jualannya untuk tabung Yahudi.

Dan kita tahu yang Israel ni sekarang tengah menindas warga Palestin...jadi ada ke patut mereka2 yang bersekongkol dengan zionist ni menipu kita....

Jadi pada hemat aku la....yang tak berapa nak pandai dalam bab2 ini....betul ke tak betul ke...baik aku jauhi dari membeli buah kurma berjenama ini. Maka dengan ini wahai para muslimin dan muslimat yang ku kasihi...jauhilah dari menikmati jenama ini....tak pun siasat dulu kalau tak puas hati....

Setakat ini aku belum beli lagi jenama ni.....nasib baik....aku makan kurma yang murah aje...tak mampu kaweh nak makan yang mahal......
    
Picture (Device Independent Bitmap)Picture (Device Independent Bitmap)

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

Syukur alhamdulillah semuanya settle....boleh tahan juga para undangan yang hadir ke kenduri kami sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini pada Ahad, 8.8.2010.

Badan pun sakit-sakit dan penat yang berbaloi tapi hati happy sangat....... jumpa adik beradik walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri dek kengkangan masa mahupun urusan duniawi yang lain serta sanak saudara dan juga handai-taulan. Cuma anak ku di Machang yang tidak dapat menyertai kerana kuliahnya. Lain kali lah sayang ya....kalau ada umur kita buat lagi.

SELAMAT BERPUASA buat semua para muslimin dan muslimat sekalian. Sama-samalah kita meraikan bulan mulia ini dengan seberapa banyak amalan yang dapat digapai selagi ada hayat dengan penuh barakah dari YG ESA.

Saturday, August 7, 2010

Pelajar panik


SABAK BERNAM: “Saya panik tak tahu nak buat apa-apa. Selepas lihat bayi itu menangis sekuat hati, saya telefon mak cik yang tinggal di Bandar Baru Bangi memaklumkan kejadian dan dia minta saya beli tuala dan susu,” kata seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Iz, 20-an yang menemui seorang bayi lelaki di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank, Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak.

Tubuh bayi itu ditutup dengan kotak dan hanya menampakkan kepala dipercayai berusia antara sehari sehingga seminggu manakala tali pusatnya masih merah. 

Iz mendakwa, dia serba salah dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada mak ciknya dan membawa pulang bayi berkenaan ke Bandar Baru Bangi. 

Menceritakan lebih lanjut kejadian, Iz mendakwa, ketika kejadian dia bersama rakan wanita baru selesai mengunjungi kedai telefon bimbit sebelum melihat bayi terbabit menangis bersebelahan pintu kiri penumpang Perodua Kancil. 

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya tiba di sini dan meletakkan kenderaan sebelum kembali semula kira-kira sejam kemudian. Bagaimanapun saya tergamam dan tak tahu nak buat apa-apa selepas lihat bayi ini menangis. Malah ketika kejadian kawasan ini sunyi, agak gelap dan tiada orang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas memberi susu dan membalut bayi terbabit dia bersama rakannya membawa pulang ke Bandar Baru Bangi sebelum mak ciknya membuat satu laporan di balai polis kira-kira jam 2 pagi semalam. 

Bayi itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.


CRasa: Comelnya....kenapa la otak ibu kamu kat kepala lutut....samakan dirinya
umpama.....???? Nasib kamulah sayang....kalau la hamba Allah tu letak kat 
depan rumah achik pun x pa....I will adopt you......

SIASAT...anggota forensik menjalankan siasatan ditempat bayi lelaki ditemui




Wednesday, August 4, 2010

Kikis duit gaji isteri koma

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/08/04

KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa seorang isteri yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu apabila dia diabaikan suami yang bukan saja langsung tidak pernah datang menjenguk, malah turut mengikis gajinya yang amat diperlukan untuk menampung kos perubatan menjangkau ribuan ringgit setiap bulan.

KASIH IBU...Robaeyah menjaga anaknya, Zalina yang terlantar.
Zalina Elias, 30, yang juga kakitangan Pejabat Pos Padang Temu, Melaka, kini bergantung hidup kepada ibu kandungnya yang uzur sambil mengharapkan ihsan sanak-saudara.

Ibunya, Robaeyah Mansor, 54, berkata penderitaan Zalina bermula kira-kira setahun lalu apabila dia mengalami batuk berdarah sebelum jatuh pengsan dan dimasukkan ke Hospital Melaka hampir dua bulan.

Doktor yang merawatnya memberitahu Zalina diserang penyakit tibi, namun agak menghairankan kerana dia selalu tidak sedarkan diri dan koma.

“Malah, dia pernah putus nafas hampir 20 minit sebelum doktor memulihkannya. Namun, keadaannya tidak ubah seperti mayat hidup apabila hanya bernafas dengan keadaan mata terbuka tanpa memberi reaksi.

“Lebih menyedihkan, sepanjang dia terlantar sakit dua bulan di hospital, mak cik terpaksa menjaganya bersendirian kerana suaminya bersikap acuh tak acuh dan enggan ambil tahu keadaan isterinya.

“Hati saya terguris apabila mengenangkan anak perempuan saya yang terlantar tanpa perhatian suami. Saya yang menjaganya sepanjang masa terpaksa membawanya pulang ke kampung di Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor,” katanya.

Robaeyah yang kini menjaga Zalina di rumah adiknya di Sijangkang, Banting, Selangor berkata, dia sering menitiskan air mata apabila mengenangkan kelakuan menantu yang langsung tidak mengendahkan keadaan isterinya itu, jauh sekali membantu mengangkat Zalina untuk dimasukkan ke dalam kenderaan bagi menjalani rawatan.
“Lebih mengecewakan, semua wang gaji anak saya diambil suaminya berikutan kad juruwang automatik (ATM) dipegangnya. Kami pernah bertanyakannya, namun jawapan diberi amat mengecewakan.

“Wang gaji bulanan anak saya RM1,400 sepatutnya boleh digunakan bagi menampung kos rawatan, sebaliknya diambil semua si suami,” katanya.

Berikutan itu, kata Robaeyah, adiknya, Ibrahim Mansor, 44, membuat aduan di Ibu Pejabat Pos Besar Malaysia di sini, pada minggu lalu berhubung masalah berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan Pos Malaysia berjanji memberikan bantuan sewajarnya dan meminta mereka membuka akuan bank baru atas nama Zalina bagi memudahkan urusan memasukkan gaji bulanannya selepas ini.

“Saya kesal kerana menantu mengambil kesempatan terhadap penderitaan isterinya dan langsung tidak mahu menjenguk isteri yang terlantar di kampung. Zalina kini seperti dibuang suami dan hanya menunggu detik ajal,” katanya.

Menurutnya, kesukaran untuk menjaga Zalina menyebabkan seorang lagi anaknya, Siti Norhamidah Elias, 23, terpaksa berhenti kerja untuk membantu menjaga Zalina.

“Bukan mudah menjaganya berikutan Zalina perlu dipantau sepanjang masa walaupun koma. Dia kini hanya hidup dengan minuman susu menggunakan saluran tiub yang dimasukkan melalui hidung.

“Kami perlu sentiasa memastikan saluran pernafasan di lehernya yang ditebuk tidak tersumbat lendir dan kahak. Dia juga perlu dibersihkan dan dipakaikan lampin pakai buang, ”katanya.

Robaeyah berkata, dia perlu membelanjakan RM60 setiap dua hari bagi membeli susu khas untuk Zalina dan membawanya ke hospital di Johor hampir setiap bulan untuk menjalani pemeriksaan susulan.

“Saya dan adik kini berusaha membawa Zalina ke Banting untuk menjalani rawatan secara tradisional. Kami terpaksa mencuba pelbagai cara sama ada moden atau tradisional dengan harapan Zalina akan sembuh,” katanya.


p/s: Memang dasar jantan yang tak tahu malu.....ada ke patut buat begini pada isteri dan keluarga mentua. Semoga Allah swt balas atas segala perbuatannya.

Tuesday, August 3, 2010

Bakat Si Cilik


GAMBAR menunjukkan Kieron Williamson melukis di rumahnya di Holt, Britain baru-baru ini.

HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi (petikan Kosmo Online 3/8/2010)

p/s: Kecil2 dah pandai buat duit.....Lagipun di luar negara terutamanya di Britain, mereka amat menghargai lukisan dan bakat...rezeki anak ibubapa tumpang sekali...

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu