adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, August 7, 2010

Pelajar panik


SABAK BERNAM: “Saya panik tak tahu nak buat apa-apa. Selepas lihat bayi itu menangis sekuat hati, saya telefon mak cik yang tinggal di Bandar Baru Bangi memaklumkan kejadian dan dia minta saya beli tuala dan susu,” kata seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Iz, 20-an yang menemui seorang bayi lelaki di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank, Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak.

Tubuh bayi itu ditutup dengan kotak dan hanya menampakkan kepala dipercayai berusia antara sehari sehingga seminggu manakala tali pusatnya masih merah. 

Iz mendakwa, dia serba salah dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada mak ciknya dan membawa pulang bayi berkenaan ke Bandar Baru Bangi. 

Menceritakan lebih lanjut kejadian, Iz mendakwa, ketika kejadian dia bersama rakan wanita baru selesai mengunjungi kedai telefon bimbit sebelum melihat bayi terbabit menangis bersebelahan pintu kiri penumpang Perodua Kancil. 

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya tiba di sini dan meletakkan kenderaan sebelum kembali semula kira-kira sejam kemudian. Bagaimanapun saya tergamam dan tak tahu nak buat apa-apa selepas lihat bayi ini menangis. Malah ketika kejadian kawasan ini sunyi, agak gelap dan tiada orang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas memberi susu dan membalut bayi terbabit dia bersama rakannya membawa pulang ke Bandar Baru Bangi sebelum mak ciknya membuat satu laporan di balai polis kira-kira jam 2 pagi semalam. 

Bayi itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.


CRasa: Comelnya....kenapa la otak ibu kamu kat kepala lutut....samakan dirinya
umpama.....???? Nasib kamulah sayang....kalau la hamba Allah tu letak kat 
depan rumah achik pun x pa....I will adopt you......

SIASAT...anggota forensik menjalankan siasatan ditempat bayi lelaki ditemui




2 comments:

  1. Sayang punya rezeki dibuang gitu aja....

    ReplyDelete
  2. Manusia yang tak tahu bersyukur dan menghargai nikmat yang diberi Allah swt. Kenikmatan yang diberi disalahgunakan secara haram....inilah jadinya....pembuangan bayi yang tak berdosa.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu