adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, September 27, 2010

Bahagianya........

Lama x dengar cerita pasal Waheeda yg kini menjadi isteri pada Ustaz Akhil  Hayy.

Ini gamber terbaru yg aku ambil dari Mangga Online....cantik kan? Berpurdah gitu.... X pa... orang x suka tapi aku suka ngan couple ni. Sama cantik dan padan sangat. Bila agaknya nak dapat baby.... mudah2an rezeki ke arah itu bakal menjelma dengan izin Allh swt.

Lovely couple

Ini satu lagi pasangan pengantin baru.... muda sangat isteri dia.... tuah badan orang kata...

Mudah2an kekal ke akhir hayat ya... jangan ada lagi kontroversi saperti pernikahan yg lalu......

Aziz M.Osman & Lily
Ceria gitu......

Saturday, September 25, 2010

Rezeki masing-masing.....

Kacak kan.....

Sejak kita dilahirkan...rezeki, jodoh dan mati kita telah ditentukan oleh Allah swt.

Di sini aku ingin berkongsi cerita mengenai selebriti kita. Aku dapat cerita ini pun dari majalah Mangga... jgn marah ya..... gambar pun aku ambil kat situ juga.  Saja je nak menyibuk sambil update diri sendiri..... x da lah orang kata ketinggalan zaman.

Pasangan kembar bolasepak negara...masing2 dah bertemu dan akan bertemu jodoh. Yalah... Aidil Zafuan dah nikah ngan Rita Rudaini, kini giliran pasangan kembar dia lak.... Kabarnya nak nikah ngan Ayu Raudhah sekitar Januari 2011..... alhamdulillah.... semuga impian mereka diberkati Illahi.


Cantik kan....... tapi kalau bertudung lagi cantik... sesuai ngan nama......

Hubungan cinta mereka direstui keluarga.... bahagia rasanya... x da halangan. Tapi kesian kat pasangan Rita ngan Zafuan.... Bagi aku la... mereka dah dikurniakan anak ...terimalah Rita seadanya, dia pun cantik jugak. Lagipun saperti yg aku tulis di awal post ini...jodoh dah ditentukan Allah swt... jadi x perlulah nak marah2 lagi. Kesian kat cucu tu nak juga rasa kasih sayang atuk ngan nenek.... betul x?


Sepadan kan....suka aku tengok........

Di bawah ni...ada satu lagi pasangan artis yg aku suka tengok... romantis...bahagia sangat... lagi pun mereka x banyak ataupun x da gosip yg memualkan.....


Sweet kan....

X sangka dah sepuluh tahun mereka hidup bersama.....aku doakan agar Allah swt sentiasa melindungi dan merahmati pasangan ini..... semuga jodoh mereka kekal ke akhir hayat, begitu juga untuk Rita Rudaini dan Ayu Raudhah.....amin.

Thursday, September 23, 2010

Sembang Kosong

Hari ni 14hb Syawal......sekejap kan masa berlalu.....

Baru 3 hari aku dapat laksanakan puasa ganti dah terhenti....nampaknya puasa 6 Syawal tahun ni tergendala lagi......

Dalam keadaan harga barang naik pun...masih ramai yang punya rezeki untuk membuat rumah terbuka.....bagus la... sedekah... jamu orang pun rezeki jugak..

Aku macam biasa....siapa yang bertandang aku terima kerana rumahku sentiasa terbuka pada sesiapa yang sudi menziarah. Mengenai hidangan...kalau datang mengejut....dapatlah air bujang ngan biskut raya yang ada...kalau beritahu sebelum sampai...dapatlah rasa...paling koman pun nasi atau bihun goreng.....nasiblah...itulah rezeki namanya.....

Cuma yang aku tak berapa nak gemar ni....kalau buat rumah terbuka hanya untuk nak menunjuk-nunjuk....orang buat rumah terbuka...kita pun nak buat... walhal kita ni tak berkemampuan.....alamatnya tanggung hutang la...... kesian kan.... macam jiran aku ni.... pastu merungut....lari bajet..... kesian...tak dapatlah den nak bantu..... Cuma yang dapat aku nyatakan....adalah rezeki yang bakal menyusul kalau kita ikhlas menjamu orang..... betul tak?....


Monday, September 20, 2010



Anak2 adalah amanah Allah swt yang telah diberi kepada kita untuk dijagai dengan penuh kesempurnaan dan kasih sayang.

Sejak dari dalam kandungan lagi.....aku curahkan sepenuh kasih sayang diiringi dengan doa dan pengharapan agar apabila dewasa kelak dia akan menjadi insan yang mulia dan dihormati. Seorang anak yang terpelajar dan berakhlak mulia adalah harapan semua ibubapa.

Tetapi...itulah.... ada cabaran dan dugaan yang akan dilalui oleh ibubapa apabila anak sudah meningkat remaja.... dah rasa diri tu dah pandai.....dah besar......dah ada kawan2 yang dia rasa lebih memahami dirinya dari kita, ibu yang melahirkan dia.....

Pantang aku kalau anak itu sudah pandai menipu.......

Menipu......sakit hati kalau kita ditipu dan dimainkan oleh anak2 kerana mereka menganggap kita ni bodoh..... tak tahu apa yang dia buat.....

Mereka lupa bahawa ibu punya naluri yang dapat mengesan apa yang dilakukan oleh mereka.....kan dah kantoi....

Kesabaran aku diuji......di bulan Syawal yang mulia ini .... hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini dipermainkan oleh anak yang kita sayang.

ASTAGHFIRULLAH........ASTAGHFIRULLAH........ASTAGHFIRULLAH..........HAL-ADZIM.........

Adalah kesedaran untuk dirinya selepas menerima pengajaran yang tidak disangka dari ayahanda tercinta......

Saturday, September 18, 2010

Hi...Selamat Datang!...Klik Di Sini Untuk Daftar Serverfreak!

Assalamualaikum.....semua..!!!!


Hari ini saya ingin memperkenalkan Serverfreak hosting khusus untuk anda yang berminat untuk meraih pendapatan melalui blog :)


Daftar sebagai ahli.... percuma x yah bayar....siap dapat RM30.00 dalam account... kalau x percaya cuba klik link di bawah.... pasti teruja punya......





http://secure.web-hosting.net.my/clients/aff.php?aff=1809




  1. Klik ke link di atas.

  2. Scroll ke bawah, carikan menu "Affiliate"

  3. Klik "Affiliate" dan register nama anda.
Siap.. anda dapat RM30.00 kat dalam account anda...




Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Jadi Yaya


muuuuaaaahhhhhhhh......
Semalam adalah hari jadi anak bongsuku.

 




SELAMAT HARI JADI.....Dek Yaya...... Allah selamatkan kamu...... Allah selamatkan kamu...... Allah selamatkan Nur Hidayah...... Allah selamatkan kamu.........



minuman cokelat utkmu.....sayang


Cup cake favourite mu.........


Kemeriahan Raya.....tetamu dihargai......

Sepanjang minggu ini.... x menang tangan dibuatnya.... hati seronok.... tetamu yang berkunjung amat dihargai....


Tetamu anak sulungku

selamat menjamu selera

Walaupun juadah yang dihidang x seberapa.... aku cuba juga hidangkan mereka dengan menu yang berbeza setiap hari..... x sedap pun terpaksalah mereka belasah......



Nasi Dagang
  

Soto Ayam
Selain dari menu di atas..... aku juga masak yang "simple"....bihun goreng...dan juga mee goreng.....
Menu ni untuk yang datang menyerbu....tanpa "warning" ..... hah..dapatlah menu ni......

nak beraya lagi

 
destinasi yg lain......
Selamat beraya.....terima kasih kerana sudi mengunjungi....apa yang terlebih maupun terkurang, kira halal lah...

Monday, September 13, 2010

Allah selamatkan kamu........Allah selamatkan kamu........

Allah selamatkan kamu......Allah selamatkan kamu.......Allah selamatkan Era Zulaika......Allah selamatkan kamu.



Kek utk mu...sayang
Semoga berbahagia dan dilimpahi rahmat Allah swt sentiasa......aminnnnnn.......

Sunday, September 12, 2010

Syoknya raya.....

Hari ini penghujung raya ketiga.....baru aku dapat jengok blog ni.....

Letih x usah nak cakap la.... tapi seronok dpt berkumpul ngan sedara-mara. Teman yg dah lama x jumpa pun datang berkunjung....

Paling yang aku seronok adik-adikku yang bujang dua orang tu datang beraya ngan kami sekeluarga.... ramai sikit...tambah korum....











Nampakkan?  Semuanya happy.... semuga kami dapat berkumpul lagi di perayaan yang akan datang......

Wednesday, September 8, 2010

SALAM IDIL-FITRI buat semua




SELAMAT HARI RAYA PUASA !!!!!!!! buat semua kaum keluargaku, sahabat handai-taulan dan seluruh muslimin & muslimat di planet bumi ini...... MAAF DZAHIR & BATHIN. HALALkan apa yang diberi dan terberi...... yang dimakan dan termakan..... yang hutang dan terhutang......

Sambutlah dengan penuh kesederhanaan agar diberkati..... yang tak ada buat cara tak ada.... jangan sampai berhutang.... bersyukurlah dengan apa yang dimiliki.... elakkan pembaziran......



Monday, September 6, 2010

Aura Aidil-Fitri


Malam tadi bermulanya malam 27 likur...wow...kemeriahan hari raya amat terasa sekarang.....

Anak2 adalah insan yang paling happy sekarang terutama sibongsu. Asyik menghitung hari. Teringat aku masa zaman aku kecik2 dulu.... macam tu lah gayanya....asyik membelek baju raya... try kasut baru ....posing depan cermin.....aduh...seronoknya kala itu. Dalam kepala asyik menghitung duit raya... nak pergi rumah sapa dulu... rumah yang bagi duit raya lebih....

Tahun ni....warna tema ungu untuk perempuan manakala jejakanya pula warna kuning air. Baju raya tahun ni adik ipar yang sponsor.....bajet tak cukup..... kesian kan.... pening bila memikirkan bajet... banyak saluran yang hendak ditampung..... yang mencari rezeki hanya seorang.... Lepas ni aku kena pikir bisnes apa yang boleh aku buat tanpa meninggalkan rumah.... Susah nak bergerak sebab sibongsu aku masih di sekolah rendah.

Biskut raya adalah dua tiga jenis dalam perancangan.... belum buat lagi kerana aku sibuk selesaikan tempahan dulu.... mana nak buat kuih untuk pasar ramadan lagi...

Brownies


Semperit


Cornflakes Madu


Cornflakes Crunchy


Sedap tak?  Inilah biskut dan kek yang akan dijamu dan inilah juga kegemaran anak2ku......

Yang penting anak2ku happy......

Wednesday, September 1, 2010

Pecah dara dimalam kemerdekaan

Semalam kita menyambut kemerdekaan yang ke 53, sudah pasti pada cuti umum ini ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena Hari Raya Puasa yang bakal tiba tidak lama lagi. Dalam kita sibuk-sibuk dengan persediaan menyambut hari raya, kita di dedahkan lagi dengan  berita yang kurang menyenangkan. Apa lagi kalau bukan masalah sosial, minum arak dan berzina.

Berita terbaru tangkapan khalwat pasangan remaja di hotel bajet serta beberapa pasangan lain dimalam kemerdekaan tanpa mengira atau menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Hina sungguh maruah mereka.

Yang tak sedap nak dibaca berita tentang remaja perempuan 19 tahun yang menggunakan mykad ibunya untuk mendaftar  masuk bilik hotel bajet di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan. Yang bestnya, siap berbangga dapat pecah dara pada malam tersebut.....kurang asamnya anak..... Inilah dia penyumbang pembuangan bayi yang sedang berleluasa sekarang.

Kita tunggu dan lihat sekitar penghujung bulan Mei dan Jun, akan keluar lagi berita bayi terbuang hasil dari hubungan haram di malam kemerdekaan.

Beberapa orang pelajar IPT yang menyertai UNGGAS sedang menasihati segolongan remaja di Persiaran Gurney dan persisiran pantai Queensbay
Salah siapa gejala ini berlaku? Pada hemat saya, salah diri sendiri kerana terlalu mengikut nafsu....kita diberi akal kenapa tidak digunakan. Jangan asyik nak menyalahkan orang lain atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu