adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, September 20, 2010



Anak2 adalah amanah Allah swt yang telah diberi kepada kita untuk dijagai dengan penuh kesempurnaan dan kasih sayang.

Sejak dari dalam kandungan lagi.....aku curahkan sepenuh kasih sayang diiringi dengan doa dan pengharapan agar apabila dewasa kelak dia akan menjadi insan yang mulia dan dihormati. Seorang anak yang terpelajar dan berakhlak mulia adalah harapan semua ibubapa.

Tetapi...itulah.... ada cabaran dan dugaan yang akan dilalui oleh ibubapa apabila anak sudah meningkat remaja.... dah rasa diri tu dah pandai.....dah besar......dah ada kawan2 yang dia rasa lebih memahami dirinya dari kita, ibu yang melahirkan dia.....

Pantang aku kalau anak itu sudah pandai menipu.......

Menipu......sakit hati kalau kita ditipu dan dimainkan oleh anak2 kerana mereka menganggap kita ni bodoh..... tak tahu apa yang dia buat.....

Mereka lupa bahawa ibu punya naluri yang dapat mengesan apa yang dilakukan oleh mereka.....kan dah kantoi....

Kesabaran aku diuji......di bulan Syawal yang mulia ini .... hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini dipermainkan oleh anak yang kita sayang.

ASTAGHFIRULLAH........ASTAGHFIRULLAH........ASTAGHFIRULLAH..........HAL-ADZIM.........

Adalah kesedaran untuk dirinya selepas menerima pengajaran yang tidak disangka dari ayahanda tercinta......

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu