adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, September 1, 2010

Pecah dara dimalam kemerdekaan

Semalam kita menyambut kemerdekaan yang ke 53, sudah pasti pada cuti umum ini ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena Hari Raya Puasa yang bakal tiba tidak lama lagi. Dalam kita sibuk-sibuk dengan persediaan menyambut hari raya, kita di dedahkan lagi dengan  berita yang kurang menyenangkan. Apa lagi kalau bukan masalah sosial, minum arak dan berzina.

Berita terbaru tangkapan khalwat pasangan remaja di hotel bajet serta beberapa pasangan lain dimalam kemerdekaan tanpa mengira atau menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Hina sungguh maruah mereka.

Yang tak sedap nak dibaca berita tentang remaja perempuan 19 tahun yang menggunakan mykad ibunya untuk mendaftar  masuk bilik hotel bajet di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan. Yang bestnya, siap berbangga dapat pecah dara pada malam tersebut.....kurang asamnya anak..... Inilah dia penyumbang pembuangan bayi yang sedang berleluasa sekarang.

Kita tunggu dan lihat sekitar penghujung bulan Mei dan Jun, akan keluar lagi berita bayi terbuang hasil dari hubungan haram di malam kemerdekaan.

Beberapa orang pelajar IPT yang menyertai UNGGAS sedang menasihati segolongan remaja di Persiaran Gurney dan persisiran pantai Queensbay
Salah siapa gejala ini berlaku? Pada hemat saya, salah diri sendiri kerana terlalu mengikut nafsu....kita diberi akal kenapa tidak digunakan. Jangan asyik nak menyalahkan orang lain atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.

2 comments:

  1. Bila berbicara tentang masalah remaja masakini aku jadi takut kerana aku memiliki 3 dara yang sedang meningkat dewasa. Aku berdoa sangat2 agar Allah swt sentiasa memberi perlindungan pada anak dara ku dari diganggu gugat syaitan2 yang dilaknati....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu