adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, September 23, 2010

Sembang Kosong

Hari ni 14hb Syawal......sekejap kan masa berlalu.....

Baru 3 hari aku dapat laksanakan puasa ganti dah terhenti....nampaknya puasa 6 Syawal tahun ni tergendala lagi......

Dalam keadaan harga barang naik pun...masih ramai yang punya rezeki untuk membuat rumah terbuka.....bagus la... sedekah... jamu orang pun rezeki jugak..

Aku macam biasa....siapa yang bertandang aku terima kerana rumahku sentiasa terbuka pada sesiapa yang sudi menziarah. Mengenai hidangan...kalau datang mengejut....dapatlah air bujang ngan biskut raya yang ada...kalau beritahu sebelum sampai...dapatlah rasa...paling koman pun nasi atau bihun goreng.....nasiblah...itulah rezeki namanya.....

Cuma yang aku tak berapa nak gemar ni....kalau buat rumah terbuka hanya untuk nak menunjuk-nunjuk....orang buat rumah terbuka...kita pun nak buat... walhal kita ni tak berkemampuan.....alamatnya tanggung hutang la...... kesian kan.... macam jiran aku ni.... pastu merungut....lari bajet..... kesian...tak dapatlah den nak bantu..... Cuma yang dapat aku nyatakan....adalah rezeki yang bakal menyusul kalau kita ikhlas menjamu orang..... betul tak?....


1 comment:

  1. have a look at please http://www.englishtips-self-taught.blogspot.com and follow mine.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu