adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, October 31, 2010

Gangguan aliran darah

MUDAH...bersenam langkah awal elak strok

SERANGAN otak. Ini istilah tepat untuk penyakit strok atau angin ahmar yang sering dipandang sebelah mata dan dianggap kurang penting berbanding penyakit jantung, sedangkan kesan dialami sebenarnya jauh lebih buruk dan boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan atau terlantar sepanjang hayat.
“Secara peribadi, saya lebih rela terkena serangan jantung daripada strok; jika serangan jantung itu teruk, saya akan meninggal dunia. Habis cerita.

“Bagaimanapun, serangan strok berbeza kerana ia boleh menyebabkan pesakit menjadi lumpuh sama ada sebelah badan atau sepenuhnya dan terlantar.

“Sepanjang hayat terpaksa bergantung kepada orang untuk semua perkara,” kata Perunding Kardiologi dan Presiden Majlis Strok Malaysia, Dr Razali Omar.

Di Amerika Syarikat, 15 juta orang mendapat serangan strok setiap tahun; lima juta meninggal dunia dan lima juta lagi mengalami kehilangan keupayaan kekal. Pada 2005, 5.7 juta kematian akibat strok dicatatkan dan 87 peratus kes berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Di negara kita sebanyak 10,000 kes baru dicatat setiap tahun dan yang membimbangkan, risiko strok meningkat sejajar pertambahan umur; dikukuhkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat, merokok, kurang kawalan penyakit (terutama kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol tinggi) serta kurang bersenam.

Strok ada dua jenis iaitu iskemia dan pendarahan. Strok iskemia berlaku apabila otak kekurangan bekalan darah dengan kehadiran ketulan darah yang menyekat aliran darah ke otak. Strok pendarahan terjadi apabila salur darah di otak pecah dan menyebabkan darah terkumpul di otak.

Bagaimanapun, serangan strok paling kerap berlaku ialah strok iskemia dan antara puncanya ialah masalah jantung dikenali sebagai fibrilasi atrium.

Fibrilasi atrium ialah keadaan apabila degupan jantung menjadi tidak normal sama ada terlalu cepat, terlalu perlahan atau rentak degupan tidak sekata yang paling kerap berlaku. Di Eropah barat dan Amerika Syarikat saja dilaporkan ada lebih sembilan juta mengalami masalah ini.

Menurut Dr Razali, jantung mempunyai empat bilik — dua di atas (kiri dan kanan) dan dua di bawah. Untuk membolehkan jantung berdegup (dan mengepam darah), ia memerlukan sistem elektrik yang dihasilkan oleh sel dalam bilik kiri atas yang bergerak ke bilik kanan atas jantung.

“Apabila ia menerima isyarat elektrik, bilik atas akan mengecut dan menolak (mengepam) darah memasuki bilik bawah. Selepas semua darah memasuki bilik bawah dan mendapat isyarat elektrik, baru bilik bawah jantung mengecut dan mengepam darah yang beroksigen keluar untuk dihantar ke seluruh badan.

“Fibrilasi atrium berlaku apabila isyarat elektrik dikeluarkan terlalu cepat, menyebabkan bilik atas mengecut terlalu cepat antara 400 hingga 600 degupan seminit berbanding kadar degupan biasa iaitu 60 hingga 100 degupan seminit.
Dalam keadaan tidak normal ini, kadangkala pengecutan bilik atas jantung tidak berlaku dan darah terkumpul di dalamnya.

“Darah perlu mengalir sepanjang masa. Jika bertakung, sel darah melekat sesama sendiri dan membentuk darah beku.

“Ketulan darah beku inilah yang berbahaya kerana jika memasuki salur darah ke otak, ia menyekat aliran darah dan menyebabkan serangan otak (strok).
Senarionya sama seperti serangan jantung, cuma ia berlaku di otak,” katanya.

Setiap tahun di seluruh dunia dianggarkan tiga juta orang mengalami strok berkaitan fibrilasi atrium atau satu kes bagi setiap 12 saat. Strok berkaitan fibrilasi atrium lebih serius dan menyebabkan lebih banyak kematian serta kehilangan keupayaan. Malah, individu yang mengalami masalah fibrilasi atrium mempunyai risiko lima kali untuk mendapat serangan strok berbanding mereka yang tiada masalah berkenaan.

Punca dan tanda strok
Banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan serangan strok seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kegagalan jantung atau lain- lain trauma membuatkan salur darah dalam otak pecah. Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah fibrilasi atrium.

Malangnya tidak ramai sedar mereka mengalami masalah fibrilasi atrium, kebanyakan pesakit yang datang berjumpa doktor mengadu sakit dada. Kira-kira 50 peratus kes fibrilasi atrium tidak mempunyai gejala.

Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan. Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Perunding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, berkata kebanyakan orang tidak sedar mereka mengalami gejala strok. Antara tanda penting serangan strok ialah seperti berikut:-

-  Tiba-tiba rasa kebas atau lemah pada badan, terutama pada satu belah
-  Penglihatan (sebelah atau dua-dua belah mata) tiba-tiba berubah
-  Sakit kepala teruk yang tidak diketahui secara tiba-tiba
-  Tiba-tiba berasa pening, sukar berjalan dan hilang keseimbangan
-  Tiba-tiba anda sukar bercakap, keliru dan tidak memahami percakapan orang

Jika anda dapati ada ahli keluarga atau teman mengadu mengalami gejala di atas, anda boleh lakukan buat ujian mudah dipanggil FAST iaitu:


  • F (face) — Muka. Minta seseorang itu untuk senyum. Adakah senyumannya senget sebelah? 

  • A (arm) — Lengan. Suruh individu itu mengangkat kedua-dua tangannya. Adakah sebelah tangan jatuh? 

  • S (Speech) — Percakapan. Adakah individu itu boleh mengulang ayat mudah? Adakah percakapannya tidak jelas dan sukar difahami? 

  • T (Time) — Masa. Masa adalah perkara yang sangat kritikal bagi pesakit strok. Ini kerana tempoh untuk memulihkan serangan strok sangat terhad iaitu kurang dari empat jam selepas serangan. 




  • Jika individu itu menunjukkan tanda di atas, segera bawa ke hospital untuk mendapat rawatan sewajarnya. Setiap saat berlalu bermakna semakin banyak sel otak yang mati.

    Strategi pencegahan dan rawatan
    Dr Hamidon berkata, perkara paling penting untuk dilakukan ialah mengawal penyakit sedia ada, terutama kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, selain kerap bersenam serta elak merokok.

    “Jika merokok, segera berhenti kerana ia meningkatkan risiko mendapat strok sehingga 50 peratus dan kesan asap rokok hanya hilang sepenuhnya dalam masa dua hingga empat tahun selepas anda berhenti merokok.

    “Melakukan perubahan gaya hidup adalah kaedah terbaik untuk mencegah strok. Berdasarkan kajian, penduduk Asia, termasuk Malaysia, mendapat serangan strok 10 tahun lebih awal berbanding penduduk Barat. Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat,” katanya. 

    Dr Hamidon berkata, jika ada yang mengalami masalah fibrilasi atrium, segera dapatkan rawatan kerana ia menjadi penyumbang utama serangan strok. Kajian menunjukkan serangan strok berkaitan fibrilasi atrium lebih teruk kesannya berbanding strok jenis lain.

    “Yang menyedihkan ialah, apabila mendapat serangan strok teruk, pesakit terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang walaupun untuk makan dan membersihkan diri. Tidak boleh menelan adalah masalah biasa bagi pesakit strok dan dalam keadaan ini mereka memerlukan makanan formulasi yang bukan murah harganya.

    “Pesakit yang terlantar pula memerlukan penjaga sepenuh masa untuk mengubah posisi badan bagi mengelak ulser tekanan, terutama pada belakang badan. Setiap pesakit strok yang terlantar akan menyebabkan dua hingga tiga orang menjadi ‘kurang upaya’ kerana perlu berhenti kerja dan menjaga pesakit sepenuh masa,” katanya.

    Masalah dihadapi pengamal perubatan di negara kita ialah pesakit strok lambat dibawa ke hospital (75 peratus kes). Banyak punca menyebabkan kelewatan ini, antaranya membiarkan gejala kecil dialami kerana menganggap bukan masalah serius, mahu mencuba rawatan tradisional terlebih dulu, tidak tahu mengenai penyakit, tinggal sendirian dan tinggal jauh dari hospital.

    Lambat di sini bermakna melebihi tiga jam selepas mendapat serangan strok. Bagi pesakit strok, setiap saat sangat berharga dan mereka perlu diberi rawatan dalam tempoh empat jam bagi melawan kesan serangan strok. Namun kesan pemulihan paling baik jika pesakit diberi rawatan dalam tempoh 90 minit selepas serangan pertama strok.

    “Serangan strok boleh berulang. Pesakit berisiko 30 kali ganda mengalami serangan kedua dalam masa tiga hari dan 14 kali ganda dalam masa 14 hari. Jadi, sebaik ahli keluarga terkena serangan strok, segera dail 999 untuk mendapatkan maklumat hospital terdekat yang menyediakan rawatan strok dan segera bawa pesakit ke hospital berkenaan.

    “Hampir 78 peratus pesakit lewat dibawa ke hospital kerana mereka bergantung kepada keluarga untuk membuat keputusan bagi mendapatkan rawatan. Ini memang menyedihkan kerana kelewatan hanya membawa keburukan kepada pesakit,” katanya pada majlis pelancaran Kempen 1 Misi 1 Juta — Mendalami Punca Strok anjuran Boehringer Ingelheim.

    Kempen ini diadakan bagi mencegah sejuta kematian akibat strok disebabkan fibrilasi atrium yang dilihat semakin membimbangkan.

    Dalam kempen ini, semua pihak dipelawa mengemukakan cadangan atau idea projek untuk meningkatkan kesedaran mengenai strok dan fibrilasi atrium serta penambahbaikan pengurusan penyakit.

    Cadangan anda akan dinilai pakar perubatan antarabangsa dan diundi oleh orang ramai melalui laman web. 

    Mana-mana 32 projek terpilih akan menerima pembiayaan sebanyak 1 juta euro (RM4.3 juta) dan untuk menyertai program ini anda hanya perlu mendaftar di laman web 1 Misi 1 Juta di www.heartofstroke.com yang berakhir 31 Disember depan.-
    Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (myMetro)

    Saturday, October 30, 2010

    Pelajar Malaysia dilarang jadi sukarelawan Merapi sementara waktu

    Pasir volkanik dan abu putih yg dibawa angin meliputi kota lama Yogyakarta, October 30, 2010. Credit: Reuters/Dwi Oblo
    PYOGYAKARTA: Perkembangan terkini letusan Gunung Merap awal pagi ini yang menurunkan hujan abu dan hujan pasir volkanik sehingga ke kota Yogyakarta menyebabkan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia melarang pelajar Malaysia menjadi sukarelawan bencana itu untuk sementara waktu.

    Awan panas yang dikenali sebagai "Wedhus Gembel" oleh penduduk tempatan itu berlaku pada pukul 12.40 pagi ini menyebabkan ramai penduduk sekitar gunung itu menjadi panik dan melarikan diri ke arah kota Yogyakarta.

    Namun hujan abu dan kadang kala hujan pasir volkanik itu dibawa angin sehingga ke Yogyakarta sampai melitupi ibu kota lama Indonesia ini menyebabkan kebanyakan tempat kelihatan putih dengan abu dan pasir volkanik.

    Pengarah MSD Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, beliau meminta semua pelajar Malaysia di Yogkayarta mengurangkan aktiviti luar rumah atau luar bangunan dan jika perlu keluar, harus memakai topeng muka.

    Semua pelajar Malaysia di Yogyakarta dipastikan selamat dan MSD terus memantau arahan terkini pihak berkuasa tempatan sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya.

    "Menurut pemerintah Kota Yogyakarta, hujan abu ini tidak membahayakan.

    Langkah-langkah keselamatan diutamakan.

    "Jika wap panas dan lava sampai ke Jogja dan penduduk Jogja dipindahkan, MSD akan mencadangkan agar semua pelajar kita dibawa balik ke Malaysia," katanya.

    Junaidy berkata ibu bapa pelajar Malaysia di Yogyakarta yang ramai menelefon jabatan itu telah dimaklumkan bahawa sehingga kini keadaan masih terkawal.

    "Pihak media telah diminta untuk menyalurkan maklumat di akhbar Malaysia supaya ibu bapa tidak bimbang dengan keadaan anak-anak mereka," katanya. - Bernama (myMetro)

    Sifat perikemanusiaan memang ada dijiwa pelajar2 kita....sifat ingin membantu memang terpuji... tapi keselamatan diri perlu diutamakan.... jgn biarkan ibubapa risau akan keselamatan kita.... hati2 dan selamat berbakti.....

    Friday, October 29, 2010

    Mayat berlipat dalam beg

    AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

    Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

    Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

    Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

    Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

    “Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya. Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

    Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

    Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

    Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

    Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

    “Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

    “Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

    “Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

    Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

    “Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

    Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

    Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

    “Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.-myMetro

    Sejarah berulang lagi.....kes dulu pun belum selesai....dah timbul kes yg hampir sama... Jahatnya iblis ni.... Kehilangan kata2.... sebak, sedih, kasihan semuanya ada.... memang binatang sipelaku ini...Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada keluarga mangsa.......

    Thursday, October 28, 2010

    Saya keliru, terkejut

    Saat bahagia......
    KUALA LUMPUR: “Saya menjadi keliru dan terkejut apabila Aidil dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh sedangkan sewaktu pulang untuk memulihkan kembali hubungan baru-baru ini, Aidil menyatakan dia menyayangi saya dan anak.

    “Bukan itu saja, dia turut berjanji akan menjaga rumah tangga kami dan memastikan kandungan saya yang baru berusia tiga bulan dalam keadaan baik,” kata dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang kini mengandung anak kedua pasangan itu.

    Sewaktu dihubungi, Rita menjelaskan dia sangat sedih dengan tindakan Aidil, (pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23), kerana hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar, pagi semalam. “Saya sendiri sayangkan rumah tangga ini dan dia pun sayang. Cuma apabila tersiar berita ini, pada pandangan saya orang pergi ke mahkamah kerana sudah tiada lagi jalan penyelesaian. Perkara ini benar-benar menyebabkan saya keliru dan langsung tidak faham.

    “Bukankah permohonan dibuat Aidil itu untuk pasangan yang sudah bercerai. Masalahnya kami masih lagi suami isteri. Setahu saya sebelum meminta kebenarannya untuk menetap di rumah adik saya di Taiping, Perak, buat sementara keadaan kami baik,” kata pelakon yang cukup terkenal menerusi drama bersiri Reflesia itu.

    Menurut Rita, hubungan mereka sebelum ini tiada masalah. “Malah, sewaktu kami bertemu sebelum ini, Aidil memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Begitu juga dengan saya. Malah, dia sendiri datang menjemput saya pulang ke Kuala Lumpur dan mengambil anak di kampung (Perlis). “Hubungan kami baik seperti sebelum ini. Namun pengakuan dibuat Aidil benar-benar membuatkan saya sedih dan kecewa,” katanya.

    Semalam, Harian Metro melaporkan Aidil ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bersama seorang peguam bagi memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak.

    Menjelaskan lebih lanjut, Rita berkata sejak berita itu disiarkan, Aidil langsung tidak menghubunginya bagi memberikan penjelasan atau menerangkan kedudukan sebenar apa yang telah berlaku.

    “Saya hanya mengetahui menerusi teman-teman wartawan bahawa Aidil meminta bantuan mereka bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Saya tak mampu untuk berkata apa lagi. Masalahnya saya sendiri tidak sihat kerana kandungan baru berusia tiga bulan. Saya tidak tahu apa sebenarnya motif suami berbuat begini,” katanya.

    Rita menjelaskan sebelum ini Aidil pernah membuat aduan sama, namun selepas berbaik-baik dan berbincang, suaminya mengakui kesilapan yang dibuat. “Saya fikir tindakan itu diambil suami sewaktu sedang marah. Maklumlah waktu orang tengah marah mereka tidak boleh berfikir dengan matang. Bila sudah berbaik, dia cakap dia silap. Hendak diikutkan antara kami sudah tidak ada apa-apa masalah pun.

    “Walaupun ada masalah, semuanya boleh dibawa berbincang antara kami. Apatah lagi sebelum ini apabila ada masalah berlaku kami tidak pernah berfikir sehingga hendak bercerai. Katanya, sebelum ini dia meminta kebenaran Aidil untuk pulang ke rumah adiknya berikutan suaminya kini sibuk kerana perlu menumpukan perhatian pada perlawanan bola sepak dan lebih banyak menghabiskan masa di Negeri Sembilan untuk persediaan menghadapi perlawanan. “Saya tak berapa sihat dan apabila tinggal di rumah adik, mereka boleh tengok-tengokkan saya dan Ryyan (anak),” katanya.

    Menurutnya, dia masih sayangkan Aidil, apatah lagi suaminya benar-benar menunjukkan kesungguhan mahu memulihkan hubungan mereka selepas perbincangan, baru-baru ini.

    “Saya hairan apabila perkara ini berlaku selepas Aidil pulang bertemu keluarganya. Saya tidak mampu hendak berkata apa lagi, kini terpulanglah kepada Aidil untuk membuat keputusan. Sebagai isteri saya tidak mampu berkata apa. Lagipun pada fikiran saya kami tidak berhadapan dengan apa-apa masalah. Hubungan kami baik,” katanya.-myMetro

    Aduhai!....akibat nikah ngan org mudo.....ni la...hai....x mikir panjang.....kena hasut sikit....dah nak bercoghai.... hai....ontah la.....

    Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud

    MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia
    YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.

    Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

    Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.

    Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.

    Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.

    Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat.-Utusan Malaysia Online

    Kalau dah ajal.......

    Wednesday, October 27, 2010

    Aidil tuntut jaga anak

    SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

    Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

    “Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

    “Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.


    Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

    Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

    “Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

    Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

    Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

    “Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

    “Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

    Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

    Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

    Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.-myMetro

    Sayangkan....usia perkahwinan muda sangat.... dah dpt anak.... Anak yg jadi mangsa klu ibubapa bercerai.....(aku doakan jgn sampai bercerai, cari solusi yg terbaik demi cinta yg pernah kau org semai...) Inilah masalahnya nikah tanpa restu org tua.... klu boleh org tua jgn kacau lagi rumahtangga yg dibina demi cucu..... apa nak jadi x tau la....

    Tuesday, October 26, 2010

    Marah ibu suruh taubat

    KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

    Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

    Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

    “Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.

    “Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

    “Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya.

    Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

    Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

    “Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.
    “Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya.

    Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

    “Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

    “Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya.-myMetro

    Kurang asam nya anak..... tu la dah tua dan liat utk ditegur..... klu kecik lagi senang, boleh gak dirotan tapi zaman skrg mana boleh nak rotan anak... nanti kata dera pulak... sebab tu anak2 skrg kurang ajar kerana ada undang2 yg x munasabah yg melindungi mereka. Parents era kini susah nak ajar anak... x mcm dulu ..... skrg nak nasihat aje dah x jln dah.... depa buat bodoh aje....
    Tu la...nasib baik mak tu x sampai hati....syg anak, maafkan dia.... tapi boleh caya ke....klu dah kaki tonggeng.... jgn harap la nak berubah.... melainkan Allah dah terbalikkan hati dia.....

    Monday, October 25, 2010

    Magika Filem Terbaik FFM23

    
    SHAH ALAM 24 Okt. - Filem Magika yang sarat dengan elemen cerita-cerita rakyat menepati ramalan peminat filem tempatan apabila diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam ini.

    Mohd. Shamsul Yusof pula muncul Pengarah Terbaik menerusi filem arahannya, Evolusi KL Drift 2.

    Magika arahan pertama Edry Abdul Halim menggondol hadiah berupa trofi dan wang tunai RM50,000, manakala Shamsul menerima trofi serta wang tunai RM20,000.

    Hadiah bagi anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sambil diiringi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim.

    Pada majlis itu, kategori Filem Pendek Terbaik dimenangi oleh Project Genex, Filem Animasi Terbaik (Buas), Filem Dokumentari Terbaik (Suatu Ketika Laskar Senoi), Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim-Magika), Penyunting Terbaik (Mohd. Shamsul Yusof/Hisham Jupri-Evolusi KL Drift 2), Cerita Asal Terbaik (Ahadiat Akashah-Lagenda Budak Setan), Lakon Layar Terbaik (Jumaatun Azmi-Haq) dan Sinematografi Terbaik (Raja Mukhriz Raja Ahmad-Niyang Rapik).

    Pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik diungguli Lisa Surihani menerusi filem Lagenda Budak Setan, manakala Pelakon Lelaki Terbaik milik Bront Palarae menerusi filem Belukar.

    Turut disampaikan ialah empat Anugerah Khas FFM23 iaitu Penggiat Belakang Tabir yang dimenangi oleh Johari Ibrahim, Pelakon Veteran Wanita (Datuk Sarimah Ahmad), Pelakon Veteran Lelaki (Tamam Idris) dan Filem Box-Office (Adnan Sempit) yang mencatat kutipan tiket RM7.6 juta.

    Sementara itu, FFM23 yang dianjurkan oleh Finas dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) turut menyediakan empat Anugerah Khas Juri yang dimenangi oleh filem Cinta Ais Kacang, Woohoo, Estet dan Mualaf.

    Juri FFM23 bagi kategori Filem Cereka diketuai oleh Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin dengan dibantu oleh Panchacharam P. Nalliah, Dr. Naim Ahmad, Kamarudin Abu dan Akmal Abdullah.-Utusan Malaysia Online

    Nak kena tengok ni....bila tu x tau la sebab aku bukan suka masuk panggung....mungkin beli cd kot.

    Saturday, October 23, 2010

    Beri ruang pelajar berpolitik

    PARA perwakilan mengangkat tangan sebagai tanda sokongan kepada usul yang dibangkitkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC semalam.
    KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mahu golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) aktif dan serius membabitkan diri dalam politik.

    Beberapa Exco pergerakan itu berkata, ia hanya boleh dilakukan dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

    Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan pergerakan itu, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, golongan muda dan terpelajar di IPT sewajarnya diberi ruang yang cukup untuk berpolitik kerana merekalah generasi pelapis kepada kepimpinan negara.

    Kata beliau, kecenderungan pelajar di pusat pengajian tinggi memilih media alternatif yang propembangkang menyebabkan mereka memilih parti pembangkang selepas tamat pengajian.

    "Dengan ada kelonggaran terhadap akta berkenaan, pergerakan Pemuda dilihat akan berpeluang mendekati golongan itu secara lebih efisien.

    "Inilah cabaran besar kita, inilah perkara yang perlu difikirkan untuk Model Baru Politik seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak... kita mahu Kementerian Pengajian Tinggi meminda akta itu," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.-Kosmo Online

    Ya! aku sokong 100%.... kenapa kita harus takut sekiranya kita berjuang di landasan yg benar... Mereka harus diberi peluang utk menggilap ketokohan mereka sebagai bakal pemimpin yg akan meneraju negara ini suatu masa nanti.

    Friday, October 22, 2010

    'Abang tak amanah'

    JOHOR BAHRU: “Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan wang itu.


    “Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah gunakan wang itu.”

    Demikian penjelasan anak bongsu wanita berusia 84 tahun dikenali sebagai Aminah yang lumpuh separuh badan dan tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di sini.

    Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah Aminah yang mendakwa dibuang sembilan anaknya ke pusat jagaan itu, malah pencen arwah suaminya sebanyak RM700 sebulan turut dikaut anak-anaknya bergilir-gilir setiap bulan.

    Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga anak bongsu Aminah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan menafikan apa yang dikatakan ibunya.

    “Apa yang emak saya cakap tidak boleh diambil kira 100 peratus kerana usianya lebih 80 tahun. Dia sering lupa dan nyanyuk. Cuba tanya dia dua tiga kali (mengenai sesuatu perkara), pasti dia tidak ingat,” katanya.

    Katanya, semalam dia mengeluarkan ibunya daripada pusat jagaan berkenaan kerana tersinggung dengan kenyataan pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan berhubung ibunya itu.

    “Sebaik membaca Harian Metro pagi tadi (semalam), saya pergi ke sana (pusat jagaan) dan keluarkan emak. Sekarang emak tinggal bersama abang saya dekat Masai,” katanya.

    Ditanya bagaimana adik-beradiknya menjaga Aminah, anak bongsu terbabit berkata, mereka belum memutuskan sama ada menghantar ibu ke pusat penjagaan orang tua lain atau menjaganya sendiri.

    Menurutnya, sebelum ini emaknya ditempatkan di sebuah pusat jagaan harian, tetapi kosnya terlalu tinggi iaitu RM1,200 sebulan menyebabkan adik-beradiknya menghantar wanita itu ke pusat jagaan berkenaan.

    “Bukan kami tidak mahu jaga emak, tetapi emak perlu jagaan sepenuhnya kerana dia lumpuh dan masing-masing (adik-beradik) tak dapat berbuat demikian,” katanya.

    Lelaki itu turut menafikan dia bersama adik-beradiknya menghabiskan wang pencen arwah ayah mereka, sebaliknya memberitahu sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar kos penjagaan ibunya di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

    “Daripada RM700 itu, RM500 digunakan untuk membayar kos penjagaan di pusat berkenaan manakala RM200 lagi digunakan untuk diberikan pada ibunya selain membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

    “Sepanjang ditempatkan di sana, adik-beradik saya bayar (guna) duit pencen (kos penjagaan), tetapi seorang abang buat hal, habis kami semua dipandang serong masyarakat,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Lelaki itu turut menafikan dia dan adik-beradiknya mengabaikan Aminah, sebaliknya memberitahu dia membawa wanita itu ke rumah seorang abangnya untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

    “Selain membawa emak pulang berhari raya di rumah abang, saya memberinya duit raya dan membelikan baju baru,” katanya.

    Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata anak warga emas berkenaan berkunjung ke pusatnya dan melahirkan rasa kesal.

    “Dia berjanji akan menjaga ibunya sebaik mungkin. Pada mulanya kami terkilan apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyatakan mahu bertemu ibunya seketika. Bagaimanapun, dia berubah fikiran sebelum meluahkan hasrat membawa pulang ibunya,” katanya.

    Menurut Norijah, biarpun Aminah keberatan meninggalkan pusat jagaan itu, dia akur dan menuruti kehendak anaknya.

    Katanya, hasil persetujuan kedua-dua pihak, pengurusan pusat jagaan itu membenarkan Aminah dibawa pulang dengan harapan kehidupannya lebih ceria di samping anak dan cucu.

    “Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghubungi pusat jagaan dan menyatakan simpati terhadap nasib Aminah,” katanya.

    Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Ahmad Nizam Norali pula berkata, pihaknya berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan penerima pencen berkenaan untuk siasatan.

    Pihak berkenaan juga akan menghubungi pusat jagaan itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan Aminah.

    “Wanita berkenaan lebih berhak mendapatkan wang pencen arwah suaminya dan kami akan menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.-myMetro

    Kita x tahu apa kisah sebenar mereka......walau bagaimana pun diharap perselisihan faham ini diselesaikan dgn berhemah. Kita harus ingat kasih ibu sampai ke syurga....jadi apa sumbangan kita utk mereka selagi hayat dikandung badan....usia mereka pun dah sampai ke penghujung.... seharusnya kita bahagiakan dia selagi ada kesempatan.

    Thursday, October 21, 2010

    9 anak 'buang' ibu kuat makan

    JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.


    Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

    Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

    “Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.

    “Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

    Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

    Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

    Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

    Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

    “Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

    “Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

    Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

    Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

    “Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

    “Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya. -myMetro

    Apa nak jadi dunia sekarang....makin kita hampir ke penghujungnya....hamba Allah kini makin kehilangan nilai kemanusiaan. Tergamak buat ibu sendiri sedemikian rupa. Buruk mana pun perangai ibu kita....kita harus bersabar sebagaimana ibu pernah bersabar dalam mendidik & membesar kita hingga masih bernafas hingga kini....

    Tuesday, October 19, 2010

    Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris Kesultanan Kelantan



    KOTA BAHRU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkut kuasa serta merta.


    Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

    Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.

    Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

    Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri. Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

    Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.


    Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi Raja.

    "Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak mebabitkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya.

    Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra, namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini.-Bernama

    Saturday, October 16, 2010

    Istimewanya epal hijau

    Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


    Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

    Epal hijau boleh membantu mencegah:

    •Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

    •Mengurangkan risiko penyakit jantung.

    •Membantu kesihatan membran paru-paru.

    •Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

    •Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

    •Membantu mengekalkan berat badan.

    •Mengurangkan tekanan penyakit asma.

    •Mengurangkan risiko barah.

    Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

    Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

    Kalau nak tahu kebenarannya...amalkanlah.... terima kasih kepada Saji Online untuk maklumat ini.

    Friday, October 15, 2010

    Mandi Wajib atau Junub

    Mandi wajib yg betul…..

    Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

    Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

    Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

    “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

    Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

    Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

    Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

    Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

    Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

    Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

    Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

    Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

    Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

    Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

    Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

    Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

    Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

    Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

    Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

    Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

    Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

    Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

    Panduan Tambahan


    1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

    2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

    3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

    4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

    5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

    6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

    Maklumat berguna ini aku perolehi dari blog Oh! Islam...terima kasih....semuga ia dapat jadi panduan kearah lebih sempurna.

    Thursday, October 14, 2010

    Gadis malang dapat hidung baru


    Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.


    Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

    Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

    Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

    Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

    Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.
     
    Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.


    Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

    “Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

    "Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

    Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.

    Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.

    Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.-myMetro

    Ambil iktibar kejadian ini...kerana dunia masakini sudah hilang nilai kasih sayang terutamanya yang beragama Islam. Buat malu aje....bapa yang berhutang anak yang jadi mangsa.... Tambah bercelaru bila bangsa bukan Islam yang membantu.... secara tak langsung Islam yang dihina.....

    Friday, October 8, 2010

    Sabar Menghadapi Ujian Hidup

    Dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh berombak ini, setiap manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Tidak kira suka, duka, pahit mahupun manis. ALLAH S.W.T sentiasa menegaskan di dalam al-Quran bahawa manusia tidak akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Firman ALLAH S.W.T bermaksud: Dan Kami akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami mengetahui (baik buruk) hal ehwalnya. – Surah Muhamad: 31

    Jadi, untuk menghadapi keadaan dan situasi yang bersilih ganti ini, maka Islam dari awal-awal lagi telah menganjurkan kita agar menghiaskan diri kita dengan sifat sabar. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). – Surah Ali ‘Imran: 200.

    Sabar adalah salah satu sifat mulia lagi terpuji yang sewajarnya dimiliki oleh setiap Muslim untuk mencapai keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Sabar itu sebahagian dari iman. – Riwayat al-Tabarani dan al-Baihaqi. Sifat sabar amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya merupakan satu medan perjuangan dan arena pertarungan sengit yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Malahan hidup ini sentiasa menuntut kerahan buah fikiran, tenaga, harta dan bahkan nyawa sekali pun. Maka dengan kesabaran, keyakinan diri dan keimanan akan mantap dalam menghadapi apa juga cabaran yang mendatang.

    Sehubungan itu, Imam al-Ghazali dalam kitab tersohornya ‘Ihya Ulumuddin’ pernah berkata dalam kehidupan di dunia terdapat dua hal yang selalu mengiringi hidup manusia. Pertama, sesuatu yang sesuai dan selari dengan kemahuan dan kehendak hati seperti memiliki harta kekayaan, pangkat, penghormatan dan kenikmatan. Kedua, sesuatu yang tidak sesuai dan berlawanan dengan keinginan hati, bahkan amat dibencinya seperti segala bala bencana dan penderitaan termasuk kemiskinan, kesakitan, kehinaan dan sebagainya.

    Oleh itu, setiap manusia wajib menyimpul kemas tali kesabaran untuk menghadapi dua kemungkinan yang bakal menghiasi hidup. Menurut perspektif agama, sabar itu ialah keteguhan hati dalam menghadapi apa juga kesulitan dan bahaya yang menimpa. Jika ditinjau dalam al-Quran, ALLAH S.W.T telah mengklasifikasikan sifat sabar itu kepada beberapa tingkat berlainan. Antaranya sabar terhadap segala dugaan dan ujian dihamparkan dalam setiap detik dan perjalanan hidup manusia.

    Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakit hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya ALLAH S.W.T meliputi pengetahuan-Nya akan apa juga yang mereka lakukan. – Surah Ali ‘Imran: 120

    Selain itu, sabar dalam menyampaikan kebenaran Islam kepada umat manusia. Firman ALLAH S.W.T bermaksud: Dan jika ada segolongan dari kamu yang beriman kepada wahyu (perintah-perintah ALLAH S.W.T) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya dan segolongan lagi tidak beriman, maka bersabarlah sehingga ALLAH S.W.T menjalankan hukum-Nya di antara kita semua, dan DIA juga sebaik-baik penghakiman. – Surah al-A’raf: 87.

    Berdasarkan kepada hakikat di atas, dapat disimpulkan bahawa sabar itu secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu sabar dalam menghadapi musibah dan bencana, sabar dalam menjauhi maksiat dan larangan ALLAH S.W.T dan sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada ALLAH S.W.T.

    Kata2 motivasi ini aku ambil dari majalah Pa & Ma sebagai panduan utk aku kerana sejak akhir2 ini kesabaran aku bagaikan teruji. Dengan menghayati artikel ini sedikit sebanyak mampu memberi ketenangan.

    Tuesday, October 5, 2010

    Kalau dah jodoh akhirnya bertaut jua......

    Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan

    Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.


    JODOH...pasangan Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, kelmarin. Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

    Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.

    “Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.

    “Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.

    Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain.

    “Saya masih pulang ke kampung biarpun sudah tidak tinggal di sini memandangkan ini adalah kampung halaman saya manakala Umi masih menetap di sini.

    “Ketika pasangan masing-masing masih hidup, kami tidak mengambil tahu hal masing-masing dan hanya bertegur sapa apabila bertemu secara kebetulan.

    “Justeru, saya tidak sangka selepas pasangan masing-masing meninggal dunia dan berpisah selama 53 tahun, akhirnya jodoh tetap menyatukan kami sebagai suami isteri.

    “Saya juga gembira kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perkahwinan kami,” katanya yang tinggal di Sabak Bernam, Selangor.

    Umi pula menganggap jodohnya dengan Shamsuddin tiada selepas pertunangan mereka terputus dan reda dengan keadaan itu.

    “Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan.

    “Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin semula selepas kematian suami kira-kira empat tahun lalu tetapi apabila ketika Shamsuddin datang melamar, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.

    Walau apa pun sekalung tahniah buat pasangan ini. Semuga jodoh kekal ke akhir hayat. Artikel menarik ini aku copy dari myMetro untuk hiasan blog aku.....

    Monday, October 4, 2010

    10 TIP NIKMATI MAKANAN DI AIDILFITRI



    Bagai tidak terasa Ramadan al-Mubarak berlalu pergi meninggalkan kita. Kini sesudah sebulan berpuasa, Syawal disambut dengan aneka juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang, wajik dan dodol. Aroma lazat membuka selera seolah memanggil agar ia dijamah sepuas-puasnya. Bolehkah pemakanan dikawal secara bijak?
    Ketahuilah 10 tip menyihatkan tanpa berkompromi dengan hidangan Hari Raya yang digemari!
    1. Pelbagaikan jenis makanan ikut keperluan 
    Nikmati kepelbagaian makanan dalam kuantiti sederhana bagi mendapatkan tenaga serta sumber nutrien lengkap untuk tubuh.
    Tip: Seimbangkan diet menerusi pengambilan lauk-pauk, sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Contohnya, nikmati sebiji ketupat dengan kuah kacang atau tiga potong lemang dengan rendang ayam (bahagian dada) bersama segelas jus buah tanpa gula dan sebiji pir.
    2. Kekalkan berat badan
    Musim perayaan ini bukannya alasan untuk menambahkan berat badan. Elakkan dari makan secara berlebihan dan berhenti sebelum kenyang.
    Tip: Elakkan dari mengudap kerepekkerepek, muruku atau kacang ketika sedang bertandang ke rumah orang. Ingat bahawa tujuan sebenar anda menziarahinya bukan untuk bersembang kosong tetapi untuk bermaaf-maafan.
    3. Nasi dan bijirin
    Jenis makanan-makanan ini dapat membekalkan tenaga untuk sepanjang hari. Ia juga baik untuk kesihatan gastrousus di samping turut membantu mengurangkan obesiti, diabetes, penyakit jantung koronori dan kanser.
    Tip: Masakan seperti lontong biasanya lengkap dengan pelbagai zat tetapi kurangkan pengambilan kuahnya dan lebihkan sayur-sayuran. Begitu juga jika ke majlis rumah terbuka, ambillah menu salad atau pecal sayur dahulu.
    4. Nikmati ayam, daging, ikan dan telur secara sederhana
    Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa hidangan rendang. Apa salahnya jika ia dijamah kerana lauk-pauk seperti ayam dan daging membekalkan protein serta beberapa nutrien penting untuk kesihatan.
    Tip: Semasa mengambil rendang, ceduklah dalam kuantiti yang kecil. Cukup seketul ayam (bahagian dada) atau beberapa ketul daging untuk dirasa serta kurangkan pengambilan kuahnya yang terbuat dari ramuan santan dan minyak.
    5. Jangan abaikan susu dan produk tenusu
    Setiap orang, tanpa mengira peringkat usia harus mengambil susu atau produk tenusu dalam diet harian mereka. Ia mengandungi kalsium serta nutrien penting untuk tulang, gigi dan rambut anda.
    Tip: Mulakan hari anda dengan segelas susu segar tanpa lemak atau nikmati segelas susu hangat sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Anda juga boleh mengambil yogurt sebagai snek sihat ketika Hari Raya ini.
    6. Kurangkan masakan berlemak
    Lemak dan minyak membekalkan tenaga, asid lemak yang penting serta akan menggalakkan penyerapan vitamin larut-lemak. Namun pengambilan lemak yang terlalu banyak akan menyebabkan peningkatan berat badan dan menyumbang masalah jantung yang serius.


     
    Artikel ini aku ambil dari majalah NONA....bukan apa peringatan untuk aku yang berpenyakit ini...

    Sunday, October 3, 2010

    Petua Awet Muda




    Dah lama aku tercari-cari artikel mengenai awet muda dari sudut Islam dan hari ini aku jumpa dan terus ambil dan minta izin dari iluvislam.com. Senang aku nak refer lain kali dan kongsi ngan anak2 aku. 
    Aku memang x boleh nak muda lagi dah....tapi ini untuk orang yang masih muda dan belum terlambat utk mengamalkannya. So, rajin2 lah amalkan kalau nak cantik dan berseri-seri .....
    Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
    Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
    Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
    Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
    Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
    Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
    Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
    Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
    Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
    Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
    Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
    Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
    Amalkan solat tahajud.
    Sentiasa tenang dan bersikap positif.
    Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
    Maafkan semua orang sebelum tidur.

    Saturday, October 2, 2010

    Cara tepat cuci rambut.....

    Kita semua pasti sayangkan rambut kita kan. Kadang2 tu pening kepala tengok rambut lesu atau pun selalu gugur. Kat sini aku nak kongsi artikel yang aku baca kat majalah Mingguan Wanita, manalah tahu ia boleh jadi panduan untuk kita.

    Anda pastinya tidak mahu memiliki rambut yang bermasalah tidak kira bagi yang bertudung mahupun tidak. Justeru, mencegah lebih baik dari mengubati, dalam hal ini perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah penjagaannya terutama sekali rutin mencuci atau membersihkan rambut.

    Walaupun anda membersihkan rambut sejak dari kecil tapi itu tidak menjamin anda mahir dalam melakukannya. Ataupun menggunakan teknik yang tepat ketika membersihkan rambut tidak bermakna rambut anda sihat sentiasa. Oleh itu MW kali ini menurunkan tip mencuci rambut yang tepat untuk anda ikuti sebagai langkah pertama penjagaan mahkota wanita ini.

    Jadikan kulit kepala sebagai penentu

    Anda tidak perlu pening mencari kaedah terbaik untuk menentukan syampu ataupun perapi yang mana sesuai untuk anda. Gunakan kulit kepala dan rambut anda untuk menentukan sendiri produk pembersih apa yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh, jika rambut anda jenis kering, sebaiknya pilih syampu dan perapi yang melembapkan. Sementara itu, untuk rambut yang berminyak, gunakan syampu dan perapi yang memiliki formula cukup ringan.

    Cuba dahulu sebelum membeli

    Jangan mudah terpedaya dengan iklan mahupun pujuk rayu juru jual yang menawarkan produk perawatan rambut. Sebaiknya, anda harus mencuba terlebih dahulu bagi melihat keberkesanannya. Untuk itu, anda tidak perlu membeli produk rawatan yang besar ataupun mahal. Memadai mencubanya dalam kuantiti yang kecil. Atau anda boleh bertanyakan kepada juru jual sama ada mereka mempunyai produk sampel yang boleh anda cuba. Setelah itu, jika di dapati sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda, barulah membelinya.

    Sikat sebelum bersyampu

    Sebelum bersyampu, sikat rambut dengan sikat jarang untuk menguraikan rambut yang kusut. Selepas rambut sudah terurai, anda tak perlu menarik gumpalan rambut kusut yang akan mengakibatkan rambut rosak dan tidak bersih secara menyeluruh.

    Jangan menggunakan kuku untuk bersyampu

    Menggosok kulit kepala dengan kuku akan merosakkan kulit kepala dan rambut, selain mengakibatkan kulit kepala terluka. Justeru, lebih baik gunakan hujung jari untuk mengurut dengan lembut. Lakukan gerakan urutan lebih kurang tiga minit agar perjalanan darah pada kepala menjadi lancar.

    Jangan membilas terlalu cepat

    Pembilasan yang baik untuk menghilangkan syampu memerlukan waktu lebih lama dari yang anda sangka. Jika anda rasa, sudah cukup sekali anda mencuci, apa kata cuci lagi. Jika anda tidak menggosok, sebaiknya anda bersyampu sebanyak dua kali. Bagi basuhan yang kedua, pastikan ia lebih lama.

    Jangan sapu perapi pada akar rambut

    Setelah anda menggosok atau meramas-ramas rambut, sapukan perapi pada hujung rambut. Jangan menyapu pada kulit kepala atau akar rambut. Ini kerana, perapi dibuat untuk rambut, bukan untuk kulit kepala. Bahagian hujung rambut yang rosak memerlukan perapi. Gunakan perapi ringan jika rambut anda cenderung normal. Tetapi bagi anda yang berambut kasar atau keriting, sebaiknya anda sapukan lebih banyak perapi.



    Tip membersih dan merawat rambut

    1. Rawatan rambut dimulakan dengan mencuci menggunakan syampu.

    2. Setelah itu, cuci rambut sebelum menyapu perapi. Jangan biarkan perapi terlalu lama.

    3. Seterusnya, gunakan cream bath ginseng yang dilumur ke seluruh rambut untuk memperbaiki rambut yang rosak, menguatkan akar rambut selain mencegah keguguran rambut.

    4. Kemudian, urutkan kulit kepala untuk melancarkan perjalanan darah serta mengembalikan kesegaran pada rambut. Urut perlahan-lahan ke seluruh kulit kepala. Setelah siap diurut, stim rambut lebih kurang 15 minit sebelum mencuci semula rambut.

    5. Seterusnya, sapukan tonik rambut pada seluruh rambut untuk membantu menghilangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala serta menghindari rambut gugur.

    6. Setelah itu, sapukan serum pada tapak tangan lalu gosok ia terlebih dahulu bagi memanaskannya sebelum menyapu ke akar rambut. Ia bertujuan untuk melembutkan rambut.

    Klik klu suka

    Related Posts with Thumbnails

    Iklan Semanis Madu