adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, November 30, 2010

Kota singa terima tetamu Bollywood

Dengar khabar artis Bollywood akan berkampung di Singapura. Kali ini untuk mewarnai Zee Cine Awards 2011 yang ke 12 di Marina Bay Sands pada 14 Januari, 2011.

Tempahan tiket sudah pun dibuka sekarang. Antara selebriti yang sudah "confirm" untuk hadir ialah Shah Rukh Khan, Arjun Rampal, Priyanka Chopra dan ada la lagi.......

Pengacara majlis, khabarnya akan dipertanggungjawabkan kepada Akshay Kumar yang akan berpasangan dengan Sajid Khan.

"Pemilik tiket akan dapat menyaksikan persembahan meriah dengan muzik dan lagu2 petikan filem popular yang pernah memenangi anugerah", kata jurucakap dari Alice George Communication bagi pihak Marina Bay Sands.

Tiket berharga VVIP $997.OO, VIP $697.00, A Reserve $597.00, B Reserve $387.00, C Reserve $277.00 dan D Reserve $197.00. Cepat2 nanti tiket habis.......

Tapi, sayang ya....aku x berapa minat ngan Bollywood ni.....

Wanita Paris terperangkap dalam kamar mandi selama 20 hari


Seorang wanita warga emas terperangkap dalam kamar mandi rumahnya selama 20 hari, selepas kunci pintu kamar mandi tidak berfungsi.
Bilik tersebut tidak mempunyai tingkap atau telefon menyebabkan mangsa, 69 thn tidak dapat menghubungi sesiapa pun. Dia hanya mampu mengetuk batang paip di waktu malam dengan harapan jiran2nya akan perasan atau pun terganggu.
Jiran2nya ingat bunyi bising itu datang dari kerja2 "DIY" dan mula mengemukakan bantahan agar kerja2 tersebut dihentikan.
Namun ada jiran ini yang perasan sudah beberapa hari warga emas ini tidak kelihatan dan menghubungi penguatkuasa yang menghantar bantuan penyelamat.
Pasukan bomba memecah masuk rumah mangsa di tingkat 2, Flat Epinay-sous-Senart dan menemui beliau terbaring di lantai bilik air dalam keadaan yang menyedihkan.
Mangsa terselamat dengan meminum air paip untuk tempoh 3 minggu. Keadaan beliau di laporkan beransur pulih di hospital.
"Kami dengar bunyi ketukan saperti ketukan penukul walaupun di malam hari. Kami ingat mereka lakukan kerja ubahsuai di waktu malam dan ini memang melampau kerana menggangu tidur kami. Kalau lah kami menyedari dari awal ......." kata salah seorang jiran mangsa kepada media tempatan.

2 mati, 10,000 rumah putus bekalan elektrik

WARSAW 30 Nov. - Salji tebal pertama musim sejuk yang melanda Poland telah meragut nyawa dua lelaki yang tidak berumah serta menyebabkan perjalanan harian keretapi tertunda dan kira-kira 10,000 rumah kediaman terputus bekalan elektrik, lapor media tempatan semalam.

Lelaki gelandangan berusia 40 ditemui mati di Lodaz, tengah Poland kelmarin manakala seorang lagi yang berusia 35 tahun mati di Lodz awal pagi semalam.

Salji tebal yang melanda selatan Poland telah menyebabkan 10,000 orang terputus bekalan elektrik semalam dan para pegawai berkata keadaan akan lebih buruk apabila salji lebih banyak turun.

Kira-kira 44 perjalanan keretapi tertunda sekitar 20 minit ekoran cuca buruk itu. - AGENSI (Utusan Malaysia)


Monday, November 29, 2010

Anakku semakin ganas

“Sehingga kini masih tiada siapa yang sudi membantu, malah anak saya semakin agresif kerana dia akan membawa bersama kayu, besi, atau mentol lampu ketika berjalan. Ada kalanya dia mengacukan kepada saya dan saya khuatir dia akan dipersalahkan atau ada orang tidak berdosa akan cedera,” kata Rokiah Ngah, 60, ibu seorang lelaki,27 thn yang mengalami gangguan mental.

Ini adalah luahan hati seorang ibu yg mengharap ihsan pihak berwajib utk membantunya.

Sehingga kini, belum ada sebarang tindakan diambil walaupun 4 pihak sudah memberikan kenyataan iaitu Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri dan juga Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu. 

Di manakah wakil rakyat kawasan ini ataupun JKKK kg ini....tidakkah mereka tahu ini berlaku dlm kawasan mereka?

Bila terjadi kemalangan yg x diingini, baru la semua buka mata.... kesian la kat ibu tua ini.... 

Mana mampu dia nak bawa anak yg agresif ke hospital atau balai.....tanpa bantuan.....

Kisah ibu malang ni...kalau x silap dah seminggu dah... ia dipaparkan dlm Harian Metro.... namun nasibnya masih sama........




Sunday, November 28, 2010

‘Please Forgive Me’ Hadiah Elly Mazlein Buat Peminat

Elly Mazlein kembali dengan album terbaru selepas lima tahun. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

X lama lagi akan berkumandang lah lagu baru Elly Mazlein di radio....dah lama x dengar nyanyian dia kan.....
Dengar khabar single terbaru  tu bertajuk Please Forgive Me..... wow...berbaur inggeris gitu..... Ala...tajuk je inggeris....tapi lagunya dlm bahasa melayu.....
Lagu ni pertama kali diperdengarkan kpd ramai di majlis ulang tahun Suria FM di Studio V, One Utama pada 24 Nov lalu.
Aku minat juga kat minah ni.... suka tengok dia bila bertutur...lembut aja... lakonan dia pun bagus juga..... lagi pun x banyak gosip.... itu yg buat aku senang dengan dia.....

Saturday, November 27, 2010

Nak bunuh Obama....

 Michael Stephen Bowden

Kisah ni lagi kelakar......

Michael Stephen Bowden, 77 thn dari Carolina Selatan. Lelaki warga emas yg bercita-cita...eh! bukan bercita-cita lagi malah mengancam nak bunuh Presiden Barack Obama dgn cara berani mati.....

Aku "salute" la utk dia.... sebab dia dah tua, dah puas hidup.......sebab tu dia berani nak mati......sakit pulak tu.....

Yg kelakarnya....nak bunuh, bunuh la....yg dok pi cerita kat nurse tempat dia ambil rawatan tu nak wat apa......

Dah sah2 la depa pi "report" polis....x pasal2 kena tangkap....yg harunya polis jumpa lak senjata api kat tempat tidur dia.

Ikut kata jurucakap agensi Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan, mereka terpaksa tahan lelaki ni atas dakwaan mengancam presiden.

Aku rasa dia nyanyok la..... klu org betul2 berniat nak membunuh, takkan dia nak heboh.........



Friday, November 26, 2010

Pengorbanan ibu


Bila baca suratkhabar tadi, ternampak artikel yg menyayat hati. Kisah pengorbanan seorang ibu yg merelakan dirinya dirogol demi mengelakkan anak gadisnya yg berusia 12 thn jadi mangsa. Kejadian berlaku di Kg Melayu Subang.

Memang setan hamba Allah ini...dah la merompak, merogol lagi.... Sikit pun x da rasa belas atau kasihan. Kalau perkara ni yg terjadi keatas ahli keluarga dia....camna agaknya perasaan dia. Tapi tu la org kata.... kalau dah jahat tu, jahat juga la... silap2 keluarga dia pun dibahamnya..... maklum la org x da perasaan.

Berbalik pada mangsa ini, aku faham perasaan dia..... Demi maruah anak yg masih hijau, terpaksa la dia berkorban. Agaknya bagaimana penerimaan suami dia ya.... Diharap suami mangsa boleh memotivasikan isterinya....garenti trauma nya.... Banyakkan bersabar dan ingat pada Tuhan........

Hendaknya tertangkap la dgn segera 2 hamba Allah yg berhati iblis tu. Tapi hukuman yg diguna pakai oleh negara kita ni x berapa nak "strong"....habis kuat pun penjara x lebih 1 tahun dgn sebatan. Cuba kerajaan kita laksanakan hukum hudud.....baru "power"........


Boboiboy

Tak lama lagi ada siri animasi yg terbaru bakal mewarnai dunia animasi di negara kita disamping Upin & Ipin.

Haaa....macam ni baru la bagus, kalau boleh perbanyakkan lagi siri animasi tempatan. Tidak lah anak2 kita terpengaruh dengan siri dari luar. Kadang2 ceritanya tidak membina minda langsung.

Oh ya...nak tahu cerita apa? Ceritanya lebih kurang macam Upin & Ipin juga....cuma kali ini kisah budak lelaki yang berumur 10 tahun yg berupaya menukar dirinya kpd 3 karakter yg mempunyai 3 kuasa yg berbeza.


BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yg turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yg masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara. Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yg bakal bersiaran sekitar Jun 2011.

Animasi yg dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yg dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yg dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.

Yaya merupakan watak sampingan yg tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yg mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.

Antara watak lain yg turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.


Thursday, November 25, 2010

ABP13: Datuk Siti Nurhaliza Tarik Diri

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13)tahun depan.
Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.
Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.
"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.
"Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.
"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam.
Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.
"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya.- mStar Online

Pasukan peguam Ariel dikata silap strategi dari awal kes


Ini kisah siAriel Peterpon....dah sah2 awak dlm video tu....masih nak negak benang basah......

Klu iman x cukup didada....ini la jadinya....dgn muka yg x malu.....masih nak wat "innocent" gitu.....eeee...gelinya.....

Peguam yang mewakili Cut Tari, Hotman Paris Hutapea mendakwa pasukan peguam bela Ariel telah memilih strategi yang salah dalam mengendalikan kes video lucah bekas vokalis Peterpan itu.

“Atas sebab itu sejak awal lagi saya mencadangkan kepada Cut Tari agar dia mengaku kerana saya tidak melihat sebarang risiko terhadap pengakuannya itu,” kata Hotman ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kesilapan itu terbukti apabila Ariel dituduh terlibat dalam penyebaran video membabitkan Cut Tari dan Luna Maya itu.

Menurutnya, disebabkan Ariel tidak mengaku yang dia merupakan lelaki dalam video tersebut, pasukan penyiasat berusaha mencari bukti untuk mendakwanya di mahkamah.

“Jika dari awal lagi dia mengaku yang imej di dalam video seks itu adalah dirinya, sudah pasti polis akan menyiasat individu sebenar yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan.

“Pegawai penyiasat dan peguam bela kedua-duanya memerlukan strategi masing-masing. Dalam hal ini, strategi pegawai penyiasat lebih baik dari peguam bela Ariel,” kata Hotman.

Ariel yang merupakan penyanyi kumpulan Peterpan itu, didakwa kerana penglibatannya dalam penyebaran video seks.

Perbicaraan terhadapnya akan disambung semula di Mahkamah Negeri Bandung Isnin depan. Sumber dari AGENSI.


Lanun diesel subsidi

PEMANDU lori, Sofli Ahmad dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam, selepas mengaku bersalah cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung kes penyelewengan subsidi diesel. PEMILIK depot simpanan minyak, Zulkifli Ibrahim tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam atas tuduhan yang sama. Zulkifli mohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. – utusan/Roy Azis Abd Aziz

Tengok la wahai teman akan orang2 yg diberi kemudahan tapi disalahgunakan kemudahan & subsidi yg diberi.

Ini lah dia, nak untung lebih...kayanya x jugak....masuk lokap ada le kalau tertangkap. Kesian pada yg benar2 memerlukan diesel subsidi ni.......

Semalam seramai 13 org dari 3 negeri ditahan dan didakwa atas penyelewengan diesel bersubsidi kpd nelayan. Bukan tu aje, sebanyak 21 premis industri di seluruh negara pun turut disiasat oleh SPRM.

Kalau nak tahu cerita lanjut, klik kat sini.



Wednesday, November 24, 2010

Sesak nafas sebelum rebah

LEDANG: “Saya sedang menoreh getah ketika menerima panggilan mengatakan anak yang hendak menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tenat.

“Saya kemudian bergegas ke sekolah tapi Hazizul disahkan sudah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung,” kata Hasah Eunos, 56, bapa calon SPM yang mati ketika sedang mendengar taklimat peperiksaan itu di sekolahnya, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi di Sekolah Menengah kebangsaan Ledang, Tangkak, Hazizul berada dalam kelas bersama rakan untuk mendengar taklimat peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia 1, sebelum dia mengadu sesak nafas.

Arwah kemudian dibawa ke bilik rawatan dan petugas perubatan yang tiba kira-kira 10 minit kemudian bagaimanapun mengesahkan pelajar itu sudah meninggal dunia. Hasah yang ditemui di rumahnya di Kampung Seri Maamor di sini, berkata arwah anaknya mengalami komplikasi jantung sejak dilahirkan dan mereka sering ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Tiada sebarang perubahan ditunjukkan Hazizul ketika menghantarnya ke sekolah kira-kira jam 6.50 pagi.

“Hazizul yang juga anak lelaki tunggal saya dalam keadaan stabil dan ceria serta tidak sabar untuk menduduki peperiksaan, dia hanya batuk biasa saja,” katanya.

Hasah berkata, walaupun kesihatan Hazizul kurang baik, anak ketiga daripada empat beradik itu tetap mahu ke sekolah bagi meneruskan pelajaran.

Katanya, doktor di IJN memaklumkan penyakit jantung Hazizul agak kronik manakala pembedahan pula tidak boleh dilakukan untuk menyembuhkannya tetapi mereka sekeluarga tetap tidak berputus asa dan membawanya ke hospital dari semasa ke semasa.

“Hazizul mampu belajar seperti biasa tapi tak boleh aktif kerana badannya akan bertukar kebiruan.

“Dia juga meminati mata pelajaran lukisan dan tak sabar menunggu untuk menduduki peperiksaan mata pelajaran itu,” katanya.

Katanya, walaupun Hazizul bukan tergolong di kalangan pelajar cemerlang, kesungguhannya untuk belajar menyebabkan mereka sekeluarga tidak mampu menghalangnya walaupun bimbang keadaan kesihatannya yang makin buruk.

“Sebagai bapa, saya bangga dengan kesungguhan ditunjukkan Hazizul dan kerana itu saya tidak pernah ketinggalan menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah,” katanya.

Ibunya, Wagisah Marzuki, 46, pula berkata, anaknya itu sempat menjamah pisang goreng sebelum ke sekolah.

“Hazizul bersarapan seperti biasa dan saya sempat berpesan supaya menjaga diri serta menjawab peperiksaan dengan tenang. Tidak sangka dia meninggalkan kami pada usia muda,” katanya.

Jenazah Hazizul dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Maamor, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran pada sidang media berkata, kejadian berlaku kira-kira 15 minit sebelum calon mula menduduki peperiksaan.

“Hazizul tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum rebah. Dia kemudian dibawa ke bilik rawatan manakala guru menghubungi pusat perubatan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan oleh petugas perubatan mendapati Hazizul sudah meninggal dunia. Kami mengucapkan takziah di atas pemergian arwah dan berharap keluarganya bersabar,” katanya.

Sementara itu, di Kluang, Bernama melaporkan seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada jam 4 petang kelmarin akibat penyakit buah pinggang. - myMetro

Dia tak hidap Aids

Ha! tu la bila buat laporan, x tanya ngan khusus....samada cerita ni sahih ke x....betul la wartawan ni....kan dah timbul salah faham.........

Ini...klu nak tahu, adalah susulan cerita mengenai adik yang bernama S yg dikatakan mengidap penyakit Aids..... ala... adik yg anggap pemain bass dari kumpulan rock May mcm ayah dia tu......

Ha...skrg macik dia, Pn Siti dah menafikannya.....kesian budak tu x pasal dituduh ada Aids.....

Sihat walafiat sebenarnya dia....aktif gitu..... x baik buat fitnah kat anak yatim......

Apa2 pun adik "famous" la kejap....dpt liputan media massa.... tapi "famous" camni x best...sebab ia memalukan.....maruah tu.... wartawan ni kena minta maaf dari adik..... 

Acik pun minta maaf juga....sebab sembang cerita adik kat sini.... acik dpt kisah ni pun dari myMetro.....

Walau bagaimana  pun, acik doakan adik sihat & berjaya dlm hidup walau pun yatim-piatu ... amin.


Tuesday, November 23, 2010

Minda: AS bimbang siapa berkuasa di Saudi

ARAB Saudi berusaha menunjukkan kepada sekutunya bahawa tidak akan berlaku kelompangan kuasa di negara pengeksport minyak terbesar dunia itu ketika masalah kesihatan melanda pemimpinnya yang sudah lanjut usia.
Bagaimanapun, bahaya pertelingkahan terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi takhta tetap ada.

Raja Abdullah berlepas ke New York, semalam untuk rawatan masalah darah beku dan cakera teranjak sementara Putera Mahkota Sultan bergegas kembali selepas dua bulan menjalani rawatan di Maghribi berikutan masalah kesihatan yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

Beberapa pengumuman rasmi yang dibuat sepanjang minggu lalu berhubung keadaan kesihatan Abdullah menunjukkan keinginan negara itu untuk memberi jaminan kepada Washington bahawa keluarga diraja yang memerintah negara itu masih berkuasa walaupun dalam keadaan tegang.

“Setiap orang perlu tahu kami mempunyai sistem untuk menyelesaikan keadaan yang tidak dijangka. Kami tahu putera mahkota sakit dan kami tahu raja juga sakit,” kata wartawan terkenal Saudi, Jamal Khashoggi yang rapat dengan anggota penting keluarga diraja itu.

“Tidak akan ada kelompangan kuasa kerana Majlis Kesetiaan akan menguruskan perkara itu. Ada sistemnya,” kata Jamal, merujuk kepada Majlis Anggota Kanan Keluarga Diraja yang ditubuhkan Abdullah bagi memastikan pelantikan putera raja yang baru ditentukan menerusi pemilihan.Meskipun negara Teluk itu menguasai lebih seperlima daripada simpanan minyak mentah dunia dan pemegang terbesar aset dolar serta menjadi sekutu utama Amerika Syarikat, ia tidak mempunyai anggota Parlimen yang dipilih rakyat atau parti politik. Raja Abdullah berusia antara 86 atau 87 tahun sementara putera mahkotanya hanya muda beberapa tahun daripadanya.

Sebagai tuan rumah kepada dua tempat paling suci Islam dan tempat kelahiran pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Barat melihat Arab Saudi sebagai amat penting kepada usaha global untuk memerangi kumpulan militan Islam.
Washington mahukan Riyadh meneruskan pembaharuan sosial dan ekonomi dimulakan Abdullah yang dilihat sebagai amat penting selepas serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat yang kebanyakannya membabitkan rakyat negara itu.

Persoalan kini timbul mengenai keadaan sebenar kesihatan Abdullah dan Sultan dan apa akan terjadi kepada dasar yang dilancarkan Abdullah kelak.

Diplomat Barat di Riyadh berkata, mereka tidak dapat gambaran jelas mengenai apa yang akan berlaku.

Apabila media milik kerajaan Saudi melaporkan minggu lalu bahawa anak Abdullah, Mitab, akan mengambil alih pemerintahan terhadap Pasukan Pengawal Kebangsaan, anggota kumpulan tentera elit terdiri daripada kaum Badwi yang menangani isu keselamatan dalam negeri, ia tidak menyentuh secara langsung bahawa raja itu sudah menyerahkan kuasanya.

“Arab Saudi menjadi amat penting memandangkan keadaan di Yaman, Iraq, Iran dan Afghanistan. Washington dan semua sekutu Baratnya memerlukan kestabilan wujud di Arab Saudi,” kata Mai Yamani, penganalisis Saudi yang berpangkalan di London.

Ketika media rasmi berusaha menunjukkan perpaduan di kalangan keluarga diraja, ketegangan tetap wujud di antara putera kanan mengenai siapa yang akan mentadbir negara itu di samping usaha mendapatkan kedudukan penting untuk anak masing-masing dalam kerajaan akan datang.

Sehingga ini, semua raja yang memerintah negara itu adalah anak pengasas Saudi, Abdul Aziz Ibn Saud dan sebahagian besar daripada 18 juta rakyat negara itu mahu melihat penyerahan kuasa kepada generasi baru.

Abdullah melantik Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef, adik tirinya yang berusia 76 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua tahun lalu. Ia memberi gambaran jelas mengenai siapa yang akan berkuasa apabila raja dan putera mahkota meninggal dunia. Bagaimanapun, kedudukan itu tidak menjamin Nayef menjadi raja kerana Abdullah pernah menolak untuk melantiknya menjadi putera mahkota pada 2005 kerana pendiriannya yang menafikan rakyat Saudi bertanggungjawab dalam serangan 11 September.

Nayef dilihat sebagai orang yang agresif yang tidak begitu ghairah mengenai pembaharuan sosial dan ekonomi yang dilakukan Abdullah, termasuk mengurangkan pengaruh ulama.

Penganalisis Keselamatan dan Pertahanan yang berpejabat di Dubai, Theodore Karasik berkata, dasar luar Arab Saudi juga mungkin berubah jika Nayef menjadi raja.

“Pengamatan saya ialah Nayef lebih agresif terhadap Iran. Kerana itu, mungkin terdapat perubahan dalam dasar luar,” katanya.

Penganalisis di Washington, Simon Henderson berkata, kepulangan Sultan bukan saja menunjukkan dia masih bercita-cita untuk menjadi raja tetapi juga ingin mengukuhkan kedudukan keluarganya selepas perlantikan Mitab oleh Abdullah.

Anak Sultan ialah Timbalan Menteri Pertahanan sementara anak Nayef pula ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“Sultan mungkin merasakan tekanan untuk pulang. Langkah dia mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, semalam mungkin menandakan hasratnya untuk kekal berkuasa,” katanya.

Setakat ini, tidak jelas berapa besar kuasa Sultan sepanjang ketiadaan Abdullah. Dia kurang aktif di khalayak ramai sejak menjalani rawatan terhadap penyakitnya.

Abdullah menjalankan tugas raja selama beberapa tahun selepas Raja Fahd lumpuh akibat sakit jantung.

“Ini bukan kali pertama keadaan berlaku seperti sekarang,” kata profesor politik Saudi, Khaled al-Dakhil. - Agensi (myMetro)


'Bukan bapaku'

INI ADALAH SUSULAN BERITA TERDAHULU........ SEGALA SALAH FAHAM TERUNGKAI SUDAH......ALHAMDULILLAH..........

TELUK INTAN: “Saya mengaku wujud kesilapan dan salah faham mengenai kenyataan yang saya laporkan sebelum ini. Dengan kehadiran ahli kumpulan itu hari ini (semalam), ia berjaya merungkai dan menyelesaikan kemelut yang kami sekeluarga hadapi selama ini,” kata Siti, 52, ibu saudara kepada kanak-kanak yatim piatu yang mendakwa anak kepada ahli kumpulan May sebelum ini.

Harian Metro pada 19 November lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikenali sebagai S mendakwa dia anak kepada pemain bass kumpulan rock May, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Bagaimanapun, artis berkenaan sudah membuat kenyataannya sebelum ini dan menafikan dakwaan itu dia tidak mengenali bapa sebenar kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Mohd Noor sebaliknya menganggapnya sebagai peminat tegar kumpulan May dan secara kebetulan mempunyai wajah seirasnya.

Yus bersama vokalis kumpulan berkenaan, Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din, 42, mengunjungi keluarga berkenaan petang semalam yang turut disertai ahli keluarga Yus termasuk isteri, Lailatulakma Sabaruddin, 43, tiga anak mereka, Mohd Fitri, 21, Nor Prittysya, 14, dan Mohd Aidil, 7 selain abang Yus, Zulkifli Mohd Madin, 57.

Kunjungan itu bertujuan menyelesaikan kemelut serta salah faham dihadapi kedua-dua pihak selain tidak mahu kanak-kanak malang itu terus mempercayai insan yang dilihatnya dalam poster itu bapanya yang sebenar.

Siti berkata, dia ingin memohon maaf atas salah faham itu dan tidak menyangka perkara itu sudah mengguris hati ramai pihak terutama ahli keluarga Yus sendiri.Katanya, dia sendiri kabur mengenai latar belakang arwah bapa S dan apa yang pasti ia adalah satu salah faham yang perlu dibetulkan segera.

Sementara itu, Yus berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan mahu ia diselesaikan segera bagi memastikan kekusutan serta dakwaan yang dibuat keluarga berkenaan tidak benar.
Katanya, dia menerima kemaafan yang dibuat keluarga berkenaan selain berharap hubungan yang baru terjalin dapat diteruskan pada masa depan. - myMetro


Monday, November 22, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

[image[7].png]



Hari ini aku jalan2 & terjah blog orang....
tup...tup....aku ternampak entri  hamba Allah ni...
Nampak OK...

SO....
AKU nak join jugak la.....
just for fUN....

JADI...kwn2 ku di luar sana....
jom ikut.....tekan BEN
senang kan....

Shout! Award 2010: 3 award milik Yuna

Persembahan yg dinantikan...Yuna

MALAM kemuncak anugerah meraikan bakat kreatif dalam bidang muzik, filem, TV dan radio, Shout! Awards 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di ibu kota kelmarin menyaksikan Yuna melakar kecemerlangan apabila membawa pulang tiga trofi, sekali gus mengetepikan semua calon lain yang bertanding dalam kategori sama.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, yang julung kalinya dicalonkan di Shout! Awards mengungguli tiga kategori, Popstar Award (Pop Award), Break Out Award (Best New Act) dan anugerah utama yang menjadi rebutan Ultimate Shout! Award.Dalam kategori Popstar Award, Yuna berjaya mengetepikan enam lagi calon lain, Aizat, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi. 

Bagi kategori Break Out Award pula Yuna menewaskan Azlan & The Typewriter, Black, Mizz Nina, Monoloque dan Zee Avi.Tidak ketinggalan, dalam kategori Ultimate Shout! Award, Yuna berjaya memadamkan impian Bunkface yang turut menang dua kategori lain pada malam itu. Bagaimanapun, dalam kategori Mobile Artiste of The Year Award, Yuna terpaksa akur apabila ia berpihak kepada kumpulan 6ixth Sense (Tanpa).

Ketika ditemui, Yuna yang tampil dengan rekaan Syomir Izwa berkata, dia tidak sangka menang besar pada malam itu.

“Saya hanya sasarkan kategori Popstar Award menang dan tidak sangka akan menang dua lagi kategori lain pada malam ini. Maklumlah, ia kali pertama saya dicalonkan dalam Shout! Awards.

“Saya juga ingat Mizz Nina akan menang besar kerana dia menerima pencalonan paling banyak dalam anugerah ini,” katanya.

Secara peribadi, Yuna yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya mengakui gembira kerana dirinya diterima di kalangan peminat urban di Malaysia.

“Sebelum ini saya bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan Muzik-Muzik dan saya memang tidak jangka akan diterima peminat urban pula,” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, kata Yuna yang kini muncul dengan album sulung, Decorate, dia akan kembali menyambung rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Saya akan kembali ke sana untuk meneruskan rakaman lagu,” katanya yang berada di Los Angeles selama tiga bulan untuk mencari peluang membikin album dan menjayakan persembahan.

Selain Yuna, penyanyi Mizz Nina juga mencuri tumpuan ramai kerana menerima pencalonan yang paling banyak dalam Shout! Awards iaitu dalam kategori Popstar Award, Break Out Award dan Hot Chick Award.

Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya membawa pulang satu kategori iaitu Flava Award (Hip Hop & R & B Awards), sekali gus menewaskan lima lagi calon lain iaitu Altimet, DJ Fuzz & Malique, Joe Flizzow, Malique dan Sonaone.

Mizz Nina yang popular menerusi lagu What You Waiting For ini berkata, dia tetap bersyukur sekalipun hanya membawa pulang satu trofi pada malam itu. 
BERTENAGA...persembahan Mizz Nina menghangatkan malam kemuncak

“Saya tetap gembira walaupun kalah dengan Yuna. Bagi saya membawa pulang satu trofi pun tetap bermakna dalam pencapaian karier seni saya,” katanya. - myMetro

Sunday, November 21, 2010

Terlanjur di rumah

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.


AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.” - myMetro

Saturday, November 20, 2010

Jemaah kembali ke Mekah

Beribu-ribu jemaah haji kembali ke Mekah untuk menunaikan tawaf mengelilingi Ka’abah, semalam. – REUTERS

MEKAH 19 Nov. – Seramai 2.8 juta jemaah haji bergegas menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina hari ini dan kembali ke Mekah bagi menunaikan tawaf dan saie, ketika ribut melanda kawasan itu, sekali gus memburukkan lagi kesesakan di jalan-jalan raya dari Mina menuju Mekah.

Jemaah haji yang selesai melontar jamrah di Mina pada sebelah pagi, bergegas kembali ke kota suci itu untuk menunaikan tawaf seterusnya ibadah saie.

Barisan panjang jemaah memenuhi jalan Raja Abdul Aziz yang menyambungkan tapak melontar jamrah di Mina dengan Masjidil Haram di Mekah.

Hujan dan ribut melanda Mina dan Mekah semalam ketika beribu-ribu jemaah yang tidak dibenarkan berkumpul di laluan pejalan kaki, sekali gus menyesakkan lagi laluan menuju ke Mekah.

Ribut yang tidak dijangka itu berlaku petang semalam selepas hujan renyai-renyai mengakibatkan khemah-khemah jemaah yang menyelinap masuk ke lembah ini tanpa permit diterbangkan angin.

Walaupun hujan semakin reda, namun ia telah menyebabkan jalan-jalan menuju ke Mekah dipenuhi lopak dan mengakibatkan jemaah terpaksa berbaris panjang untuk menaiki koc ke Mekah hari ini.

Musim haji tahun ini secara rasminya berakhir hari ini, hari ketiga Tashrik bagaimanapun jemaah yang bergegas untuk menyempurnakan ibadah haji dan meninggalkan Mekah boleh melakukannya pada hari kelima.

Statistik yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi pada Selasa lalu menunjukkan kira-kira 2.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan haji musim ini, meningkat daripada anggaran asal kira-kira dua juta orang.

Jumlah itu terdiri daripada 1,799,601 jemaah dari luar Arab Saudi dan 989,798 jemaah tempatan.

Peningkatan itu berikutan kebanjiran jemaah yang tidak memiliki permit, menurut pihak berkuasa Arab Saudi. – AFP (Utusan Malaysia)


Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan

ELYANA selamat diijabkabul dengan pasangannya, Khairul Anuar Hussin pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman pada majlis ringkas yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini tepat pukul 9.40 malam.

Elyana, 23, yang mengikat tali pertunangan dengan Khairul, 35, pada Julai tahun lalu menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM22,000.

Pasangan tersebut bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran dengan hantaran dari pihak Elyana berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan.

Manakala Khairul pula membalas dengan tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set wangian, set penjagaan tubuh serta manisan.

Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Elyana dan Khairul mula berkenalan sejak tiga tahun lalu apabila salah seorang teman rapat penyanyi itu memohon pekerjaan di restoran milik Khairul.

Bermula dari detik itu, pasangan itu kerap bertemu biarpun pada awalnya Khairul tidak mengetahui bahawa Elyana merupakan seorang artis.

Pasangan itu sepakat mengadakan majlis resepsi esok di Duchess Place dan bakal diraikan pada 27 November ini dalam satu lagi majlis resepsi di kediaman abang Khairul di Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Pahang.


Friday, November 19, 2010

Sekadar wajah seiras

 INI ADALAH SUSULAN BERITA YG TERDAHULU....

IPOH: “Segala bukti termasuk gambar yang didedahkan ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu bukan milik saya. Sekali imbas, memang wajah arwah bapa kanak-kanak itu ada iras muka saya.


“Dia (arwah bapa kanak-kanak itu) mungkin peminat tegar saya sehingga bergaya dan meniru gaya saya seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan. Tetapi, yang pasti dia bukan saya.” Demkian kata pemain gitar bass kumpulan May, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48, atau dikenali dengan nama Yus mengenai dakwaan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bernama S bahawa Yus ayahnya dan meninggal dunia lima tahun lalu akibat Aids.

Mohd Mokhtar berkata, dia terkejut selepas namanya dikaitkan dengan kanak-kanak terbabit seperti disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 15 November lalu.  



“Berita itu tidak benar dan ia membuatkan saya tersentak berikutan ia boleh menyebabkan reputasi kumpulan May tercalar.

“Saya tidak kenal kanak-kanak itu dan kenyataannya tidak betul. Malah, nama Md Nor yang didakwa nama bapa kanak-kanak itu berlainan dengan nama saya. Saya tidak pasti dari mana cerita tidak benar ini timbul, namun perkara ini perlu dijelaskan,” katanya ketika ditemui.


Yus berkata, apa yang pasti dia, isteri bersama tiga anak berusia tujuh hingga 21 tahun masih sihat walafiat dan hidup bahagia di bandar ini.



Menurut Yus, dia bersama ahli kumpulan May sibuk menjalani rakaman album terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-25 kumpulan itu tidak lama lagi.


“Waris keluarga kanak-kanak terbabit seharusnya meneliti terlebih dulu dakwaan terbabit selain menunjukkan bukti jelas berhubung identiti bapa kanak-kanak itu.



“Bagaimanapun, saya maafkan perkara itu jika ini hanya salah faham dari mereka (waris kanak-kanak) berkenaan. Mungkin bapa kanak-kanak terbabit individu lain yang mempunyai iras wajah dengan saya,” katanya.

Katanya, dia sudah meneliti gambar dimaksudkan waris keluarga kanak-kanak perempuan itu dan mengesahkan bukan dirinya berdasarkan beberapa perbezaan nyata.


“Muka arwah bapa kanak-kanak itu ada iras saya, tetapi saya tidak pernah memakai jam tangan sebelah kiri kerana saya memakainya pada tangan kanan walaupun gaya rambut dan berpakaian sama dengan saya.


“Saya menyifatkan arwah bapa kanak-kanak itu sebagai peminat tegar saya sehingga dia sanggup meniru setiap gaya saya. Memang kami ada peminat tegar, dia mungkin seorang daripada mereka,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, atas dasar perikemanusiaan, dia bersama ahli kumpulan May yang lain sanggup bertemu kanak-kanak perempuan itu bagi menghulurkan sedikit sumbangan, sekali gus mengurangkan beban serta penyakit yang dihidapi. - myMetro




Budak Aids dakwa anak gitaris May


TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.


Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.
SEIRAS...Yus (kiri) dalam poster kumpulan May.


“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.


Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

“Adik saya tidak pernah berterus-terang dan memberitahu menghidap Aids sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin dia malu atau mahu menjaga nama baik keluarga.

“Kini, saya perlu membawa anak saudara saya (S) ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan mengambil ubat bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Katanya, biarpun mengalami demam dan batuk yang berterusan, S aktif dan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya, malah memasang impian menjadi doktor haiwan apabila besar.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengetahui penyakit S dan mereka sudah maklum mengenai langkah yang perlu dilakukan sepanjang anak saudaranya itu berada di sekolah termasuk ketika makan dan menyertai aktiviti sukan.

Ketika ditemubual, S tidak putus-putus menahan batuk dan setiap kali batuk dia akan menutup mulutnya dengan tangan. - myMetro




Thursday, November 18, 2010

Rimas warga asing ramai

MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.
Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.

“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.


Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.

“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang. - myMetro



Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu