adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, November 8, 2010

Berpuluh penerbangan dibatal

Gambar yang dikeluarkan oleh Media Indonesia merakamkan seorang anggota sukarelawan sedang mengangkat seorang penduduk yang cedera parah akibat melecur selepas Gunung Merapi mengeluarkan letusan dahsyat pada 5 November 2010. - AFP

JAKARTA 7 Nov. - Berpuluh-puluh lagi penerbangan dibatalkan hari ini berikutan Gunung Merapi terus menghanburkan awan debu, ketika pegawai memberi amaran, angka korban akibat letusan terbaru gunung tersebut mungkin bertambah.

Syarikat-syarikat penerbangan membatalkan 56 penerbangan hari ini berbanding 36 semalam, dalam satu langkah serupa yang dilaksanakan Iceland awal tahun ini apabila debu gunung berapi Eyjafjallajokul memenuhi ruang udara mengakibatkan pembatalan beribu-ribu penerbangan dan kelam-kabut di seluruh Eropah.

"Sebanyak 56 penerbangan dari luar dan dalam Jakarta daripada 15 syarikat penerbangan terpaksa dibatalkan hari ini atas sebab-sebab keselamatan, kebanyakannya adalah penerbangan melalui Singapura," kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Sudaryanto.

Antara syarikat penerbangan terjejas adalah Malaysia Airlines (MAS), Singapore Airlines (SIA), AirAsia, Cathay Pacific, Emirates, Turkish Airlines dan Lufthansa.

Turut terjejas adalah penerbangan ke bandar-bandar berhampiran Gunung Merapi di pulau Jawa seperti Yogyakarta, Solo dan Bandung.

Jurucakap itu menambah kata, lapangan terbang Jakarta yang mengendalikan kira-kira 900 penerbangan sehari, masih dibuka.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijadual tiba di Jakarta pada Selasa ini, bagi satu kunjungan.

Pegawai White House semalam berkata, sehingga kini jadual penerbangan Presiden itu ke Indonesia masih tidak berubah.

Agensi pengurusan bencana negara, hari ini melaporkan, angka korban akibat bencana itu diletak pada 117, walaupun sebelum ini dlaporkan seramai 138 orang maut akibat letusan gunung itu, namun ia dijangka meningkat kerana pekerja penyelamat masih mencari mangsa di kampung-kampung terlibat. - AFP

2 comments:

  1. kesian.....bencana x kira siapa...ini ketentuan Illahi.....ada hikmahnya yg perlu diperhalusi....

    ReplyDelete
  2. Sedih bila ramai orang terkorban dan mereka adalah tidak bersalah dan menjadi korban dalam bencana ini.Sesungguhnya DIA maha berkuasa dan semua ini adalah kehendakNYA.Ada hikmah yang disebalik kejadian ini.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu