adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, November 26, 2010

Boboiboy

Tak lama lagi ada siri animasi yg terbaru bakal mewarnai dunia animasi di negara kita disamping Upin & Ipin.

Haaa....macam ni baru la bagus, kalau boleh perbanyakkan lagi siri animasi tempatan. Tidak lah anak2 kita terpengaruh dengan siri dari luar. Kadang2 ceritanya tidak membina minda langsung.

Oh ya...nak tahu cerita apa? Ceritanya lebih kurang macam Upin & Ipin juga....cuma kali ini kisah budak lelaki yang berumur 10 tahun yg berupaya menukar dirinya kpd 3 karakter yg mempunyai 3 kuasa yg berbeza.


BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yg turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yg masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara. Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yg bakal bersiaran sekitar Jun 2011.

Animasi yg dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yg dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yg dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.

Yaya merupakan watak sampingan yg tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yg mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.

Antara watak lain yg turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.


7 comments:

  1. ohh saya tau psl katun ni..org yang cipta katun ni pernah bekrja utk kartun upin dan ipin yang berbeza cuma syarikatnya saja jadi saya pasti kartun ni akan membawa fenomena yang sama dengan upin dan ipin..majulah Malaysia!!

    ReplyDelete
  2. Haffis82: ya ke...terima kasih....

    Fitrah Adnan: harap2 pun macam tu la....

    ReplyDelete
  3. Wow!mesti best ni!tak sabar nak tengok!thankz for sharing info!

    ReplyDelete
  4. kartun comel....x sabar nak tonton...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas sokongan. jangan lupa saksikan boboiboy di TV3 Mac nanti :)

    Noriman,
    Animonsta Studios

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu