adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, November 23, 2010

'Bukan bapaku'

INI ADALAH SUSULAN BERITA TERDAHULU........ SEGALA SALAH FAHAM TERUNGKAI SUDAH......ALHAMDULILLAH..........

TELUK INTAN: “Saya mengaku wujud kesilapan dan salah faham mengenai kenyataan yang saya laporkan sebelum ini. Dengan kehadiran ahli kumpulan itu hari ini (semalam), ia berjaya merungkai dan menyelesaikan kemelut yang kami sekeluarga hadapi selama ini,” kata Siti, 52, ibu saudara kepada kanak-kanak yatim piatu yang mendakwa anak kepada ahli kumpulan May sebelum ini.

Harian Metro pada 19 November lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikenali sebagai S mendakwa dia anak kepada pemain bass kumpulan rock May, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Bagaimanapun, artis berkenaan sudah membuat kenyataannya sebelum ini dan menafikan dakwaan itu dia tidak mengenali bapa sebenar kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Mohd Noor sebaliknya menganggapnya sebagai peminat tegar kumpulan May dan secara kebetulan mempunyai wajah seirasnya.

Yus bersama vokalis kumpulan berkenaan, Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din, 42, mengunjungi keluarga berkenaan petang semalam yang turut disertai ahli keluarga Yus termasuk isteri, Lailatulakma Sabaruddin, 43, tiga anak mereka, Mohd Fitri, 21, Nor Prittysya, 14, dan Mohd Aidil, 7 selain abang Yus, Zulkifli Mohd Madin, 57.

Kunjungan itu bertujuan menyelesaikan kemelut serta salah faham dihadapi kedua-dua pihak selain tidak mahu kanak-kanak malang itu terus mempercayai insan yang dilihatnya dalam poster itu bapanya yang sebenar.

Siti berkata, dia ingin memohon maaf atas salah faham itu dan tidak menyangka perkara itu sudah mengguris hati ramai pihak terutama ahli keluarga Yus sendiri.Katanya, dia sendiri kabur mengenai latar belakang arwah bapa S dan apa yang pasti ia adalah satu salah faham yang perlu dibetulkan segera.

Sementara itu, Yus berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan mahu ia diselesaikan segera bagi memastikan kekusutan serta dakwaan yang dibuat keluarga berkenaan tidak benar.
Katanya, dia menerima kemaafan yang dibuat keluarga berkenaan selain berharap hubungan yang baru terjalin dapat diteruskan pada masa depan. - myMetro


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu