adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, November 20, 2010

Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan

ELYANA selamat diijabkabul dengan pasangannya, Khairul Anuar Hussin pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman pada majlis ringkas yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini tepat pukul 9.40 malam.

Elyana, 23, yang mengikat tali pertunangan dengan Khairul, 35, pada Julai tahun lalu menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM22,000.

Pasangan tersebut bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran dengan hantaran dari pihak Elyana berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan.

Manakala Khairul pula membalas dengan tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set wangian, set penjagaan tubuh serta manisan.

Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Elyana dan Khairul mula berkenalan sejak tiga tahun lalu apabila salah seorang teman rapat penyanyi itu memohon pekerjaan di restoran milik Khairul.

Bermula dari detik itu, pasangan itu kerap bertemu biarpun pada awalnya Khairul tidak mengetahui bahawa Elyana merupakan seorang artis.

Pasangan itu sepakat mengadakan majlis resepsi esok di Duchess Place dan bakal diraikan pada 27 November ini dalam satu lagi majlis resepsi di kediaman abang Khairul di Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Pahang.


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu