adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, November 2, 2010

Mayat dalam beg dipercayai pembantu rumah

Ini adalah susulan dari berita mengenai mayat yang ditemui didalam beg hitam.........

AMPANG: Seorang wanita warga asing yang ditemui dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, di Hulu Klang, Khamis lalu dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 20-an itu bekerja sebagai pembantu rumah sebelum melarikan diri dari rumah majikannya.

“Polis berharap majikan yang kehilangan pembantu rumah tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

“Sehingga hari ini (semalam), hanya lima keluarga sudah membuat pengecaman ke atas mayat wanita terbabit di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Namun, kelima-lima ahli keluarga itu mengesahkan mayat berkenaan bukan ahli keluarga mereka. Menurutnya, polis percaya wanita itu pembantu rumah yang melarikan diri dari rumah majikannya, namun masih berharap sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.-myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu