adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, November 4, 2010

Mayat wanita Jerman ditemui sangkut di pokok

JITRA: Mayat wanita warga Jerman berusia 64 tahun yang dihanyutkan arus deras bersama anak dan menantunya, ditemui tersangkut pada sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, di sini, kira-kira 100 meter dari tempat dia berpaut di bawah jambatan kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata Erna Fischer, 64, ditemui kira-kira jam 5.45 petang semalam oleh penduduk kampung dan pasukan keselamatan. 
“Mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian di sungai berkenaan selepas dua hari dihanyutkan arus deras.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk dibedah siasat,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita warga Jerman berusia 64 tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas manakala anak lelaki serta menantunya terselamat dengan memanjat dan berpaut pada pokok selepas mereka dihanyutkan arus deras banjir.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa bersama anaknya, Yusof Abdullah, 41, juga warga Jerman serta menantunya, Ashalehah Zain, 40, warga tempatan dikatakan panik apabila mendapati air memasuki rumah mereka melebihi paras pinggang menyebabkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada pokok, manakala mangsa sempat berpaut pada jambatan. - myMetro

Ini adalah susulan dari berita yg lepas....TAKZIAH buat keluarga mangsa.....

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu