adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, November 1, 2010

Remaja AS diumum Ratu Cantik Dunia

Alexandria Mills

SANYA, China 31 Okt. - Remaja dari Amerika Syarikat (AS), Alexandria Mills yang bermata biru dan berambut perang muda dimahkotakan sebagai juara pertandingan Ratu Cantik Dunia 2010 setelah menewaskan lebih 100 peserta lain pada sebuah upacara gilang-gemilang di selatan negara ini.

Mills, 18, berasal dari Kentucky, di selatan AS menangis kegembiraan ketika penyandang Ratu Cantik Dunia, Kaiane Aldorino dari Gibraltar memakaikan mahkota itu di kepalanya dan memimpinnya ke singgahsana berbentuk berlian sempena menandakan ulang tahun ke-60 pertandingan itu.

Wanita cantik yang memiliki ketinggian 1.75 meter, mengenakan persalinan putih dan model profesional yang berdaftar dengan agensi Model Elite itu, melambai-lambaikan tangannya ke arah 2,000 penonton yang memenuhi Beauty Crown Theatre di bandar peranginan Sanya, di pulau Hainan.

Semasa pertandingan selama dua jam yang setiap tahun menarik minat kira-kira satu bilion penonton televisyen di seluruh dunia itu, Mills berkata, bulan yang dihabiskannya untuk melawat China dengan 114 peserta Ratu Cantik Dunia yang lain telah memberikan satu 'impak besar' dalam hidupnya.

Emma Wareus dari Botswana memenangi tempat kedua dan Adriana Vasini dari Venezuela di tempat ketiga dalam pertandingan itu yang kali pertama diadakan pada 1951.

Ia dimulakan dengan para peserta diiringi persembahan berwarna-warni oleh penari dan pemain deram daripada kumpulan etnik minoriti China, Li di Pulau Hainan yang menjadi tuan rumah sebanyak lima kali bagi acara itu dalam tempoh lapan tahun.

Sebelum para peserta memperagakan pakaian kebangsaan masing-masing untuk segmen 'Tarian Dunia', penonton disajikan dengan montaj video lawatan mereka di China, dari Tembok Besar ke pusat membeli-belah.

Peserta kegemaran pada awalnya, Mariann Birkedal dari Norway disenaraikan oleh penerima taruhan Britain, William Hill sebagai wanita yang akan menewaskan Mills, menamatkan pertandingan dengan menduduki tempat ketujuh.

Kemenangan untuk Norway boleh menyebabkan kekecohan di Beijing di mana kerajaan berang dengan jawatankuasa Nobel yang berpangkalan di Oslo kerana menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada aktivis pro-demokrasi, Liu Xiaobo.

Pertandingan itu menekankan tentang pentingnya kerja amal. - AFP(Utusan Malaysia Online)

Cantik......muda lagi dah jadi ratu......harap2 x da la skandal......yg akan melucutkan gelaran..... TAHNIAH!

3 comments:

  1. hmmm...cantik dan muda sangat2....

    ReplyDelete
  2. wow....cantik la...muda lagi dah pandai buat duit...glamor lagi....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu