adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, November 10, 2010

Selamatkan maruah gadis

LELAKI mempunyai peranan yang besar untuk menyayangi, melindungi dan menyelamatkan kaum wanita daripada sebarang keburukan. - Gambar hiasan.

LAPORAN kes remaja perempuan mengandung seterusnya melahirkan bayi yang kemudiannya dibuang sering dipaparkan di saluran media. Selalunya, remaja-remaja ini akan dipersalah dan dicaci tanpa menyedari bahawa ada satu makhluk bernama lelaki yang turut berperanan dalam kes tersebut.
Bukan menuding jari, tetapi ini sesi perbetul diri agar kesalahan bukan difokuskan kepada para remaja perempuan ini semata-mata. Terdapat tiga faktor utama yang mendorong golongan remaja perempuan ini tidak mengendahkan nilai maruah mereka:
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga
* Status ketua keluarga sinonim dengan suami, bapa atau lelaki yang menyumbang kepada kelahiran zuriat.
Ketua keluarga bukan ibu. Malangnya mutakhir kini, kebanyakan golongan ibu terpaksa mengambil alih peranan tersebut. Bukan saja sebagai penyumbang nafkah keluarga tetapi juga sebagai pembentuk dan pembimbing akhlak anak-anak.
Malah, dalam keluarga yang nafkahnya dibiayai oleh si bapa pun, terlalu sedikit golongan bapa yang mengambil berat tentang pembentukan akhlak anak-anak. Ramai yang bersikap lepas tangan, menyerah bulat-bulat tanggungjawab itu kepada si ibu.
Apabila tanggungjawab mendidik anak-anak diabaikan oleh si bapa, anak-anak mungkin akan hilang hormat kepada si ibu.
* Setiap bapa bertanggungjawab mempastikan ahli keluarganya berada di landasan yang betul, sesuai dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras lagi kasar (layanannya); mereka tidak pernah derhaka kepada Allah dalam setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - surah al-Tahrim ayat 6.
* Kegagalan si bapa berperanan dengan sewajarnya mendorong para remaja mengambil kesempatan dan tidak mempedulikan harga diri sendiri.
Mengabaikan tuntutan syariat
* Khitan kepada anak perempuan.
Kajian membuktikan masyarakat moden kebelakangan ini terlalu mengabaikan tuntutan syariat antaranya seperti amalan berkhitan atau berkhatan kepada anak perempuan yang telah ditinggalkan.
Biarpun tiada nas yang jelas dalam al-Quran atau hadis berkenaan keperluan khitan kepada anak perempuan namun ulama salaf berijtihad, khitan kepada anak perempuan adalah wajib sebagai satu cara mengekang nafsu. Apabila khitan tidak dilakukan kepada anak perempuan, nafsu seksual yang ada adalah pada tahap yang tinggi dan sukar untuk dikawal.
* Pergaulan bebas.
Remaja kini juga terlalu bebas bergaul lantaran tidak mengendahkan saranan syariat agar membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan. Bukan saja hubungan dengan bukan muhrim malah Islam menyuruh setiap Muslim agar menjaga adab hubungan sesama ahli keluarga termasuk adab bergaul di dalam rumah.
* Cara berpakaian dan penampilan.
Kebanyakan remaja kini juga terlalu bersikap melampau dalam cara berpakaian dan berpenampilan. Bukan saja mendedahkan aurat malah sudah ramai yang berani mendedahkan alat sulit sendiri. Semacam satu kebanggaan. Hakikatnya cara berpakaian tersebut bukan saja melanggar syariat tetapi juga nilai murni masyarakat. Siapa perlu dipersalahkan?
Peranan lelaki sebagai pelindung
* Wanita sinonim sebagai makhluk yang lembut. Dalam satu hadis, lelaki disuruh untuk membentuk wanita dengan penuh hikmah kerana lelaki sepatutnya berperanan sebagai pelindung tetapi kebelakangan ini, ramai lelaki yang lebih suka mengambil kesempatan.
Betul ada pepatah: 'Bangkai dah di depan mata, masakan harimau tak merasa!' Persoalannya, kenapa manusia perlu jadi harimau?
* Jika kaum lelaki mempunyai iman yang kuat, selicik mana pun kaum wanita atau para remaja perempuan menggoda, lelaki tersebut tidak akan terpengaruh lalu menodai mereka. Ingat! Antara kaum yang mendapat perlindungan di mahsyar nanti ialah lelaki yang menolak ajakan kaum wanita untuk berzina. - KOSMO
Sama2 lah kita ambil iktibar dari kejadian2 yg lepas.....mungkin  juga pemakanan yg mempengaruhi jiwa remaja sekarang..... samada halal atau tidak, selalu dipandang remeh oleh ibubapa masakini.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu