adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, November 22, 2010

Shout! Award 2010: 3 award milik Yuna

Persembahan yg dinantikan...Yuna

MALAM kemuncak anugerah meraikan bakat kreatif dalam bidang muzik, filem, TV dan radio, Shout! Awards 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di ibu kota kelmarin menyaksikan Yuna melakar kecemerlangan apabila membawa pulang tiga trofi, sekali gus mengetepikan semua calon lain yang bertanding dalam kategori sama.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, yang julung kalinya dicalonkan di Shout! Awards mengungguli tiga kategori, Popstar Award (Pop Award), Break Out Award (Best New Act) dan anugerah utama yang menjadi rebutan Ultimate Shout! Award.Dalam kategori Popstar Award, Yuna berjaya mengetepikan enam lagi calon lain, Aizat, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi. 

Bagi kategori Break Out Award pula Yuna menewaskan Azlan & The Typewriter, Black, Mizz Nina, Monoloque dan Zee Avi.Tidak ketinggalan, dalam kategori Ultimate Shout! Award, Yuna berjaya memadamkan impian Bunkface yang turut menang dua kategori lain pada malam itu. Bagaimanapun, dalam kategori Mobile Artiste of The Year Award, Yuna terpaksa akur apabila ia berpihak kepada kumpulan 6ixth Sense (Tanpa).

Ketika ditemui, Yuna yang tampil dengan rekaan Syomir Izwa berkata, dia tidak sangka menang besar pada malam itu.

“Saya hanya sasarkan kategori Popstar Award menang dan tidak sangka akan menang dua lagi kategori lain pada malam ini. Maklumlah, ia kali pertama saya dicalonkan dalam Shout! Awards.

“Saya juga ingat Mizz Nina akan menang besar kerana dia menerima pencalonan paling banyak dalam anugerah ini,” katanya.

Secara peribadi, Yuna yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya mengakui gembira kerana dirinya diterima di kalangan peminat urban di Malaysia.

“Sebelum ini saya bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan Muzik-Muzik dan saya memang tidak jangka akan diterima peminat urban pula,” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, kata Yuna yang kini muncul dengan album sulung, Decorate, dia akan kembali menyambung rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Saya akan kembali ke sana untuk meneruskan rakaman lagu,” katanya yang berada di Los Angeles selama tiga bulan untuk mencari peluang membikin album dan menjayakan persembahan.

Selain Yuna, penyanyi Mizz Nina juga mencuri tumpuan ramai kerana menerima pencalonan yang paling banyak dalam Shout! Awards iaitu dalam kategori Popstar Award, Break Out Award dan Hot Chick Award.

Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya membawa pulang satu kategori iaitu Flava Award (Hip Hop & R & B Awards), sekali gus menewaskan lima lagi calon lain iaitu Altimet, DJ Fuzz & Malique, Joe Flizzow, Malique dan Sonaone.

Mizz Nina yang popular menerusi lagu What You Waiting For ini berkata, dia tetap bersyukur sekalipun hanya membawa pulang satu trofi pada malam itu. 
BERTENAGA...persembahan Mizz Nina menghangatkan malam kemuncak

“Saya tetap gembira walaupun kalah dengan Yuna. Bagi saya membawa pulang satu trofi pun tetap bermakna dalam pencapaian karier seni saya,” katanya. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu