adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, November 4, 2010

Tetap buat wanita rambang mata

BERBEZA...corak dan rekaan berbeza untuk pilihan tersendiri.


BAGI meraikan Deepavali, secara kebiasaannya tumpuan utama adalah menghias rumah dan mendapatkan pakaian baru untuk seluruh ahli keluarga.

Pemilihan perhiasan diri terutama barangan kemas pula berdasarkan kemampuan individu apatah lagi tidak semua mampu menyediakan barangan baru setiap tahun.

Bagi Tamil Selvi, 34, tidak dinafikan barang kemas juga perlu dipakai pada sambutan perayaan Deepavali tapi ia bergantung kepada kemampuan bukan satu kemestian untuk menyediakannya.

Tidak semua keluarga mampu menyediakan barangan kemas baru setiap tahun tapi sebaliknya boleh memilih bentuk lain sekiranya ingin bergaya.

"Penggunaan perhiasan yang disadur dengan emas mungkin boleh dijadikan sebagai bahan alternatif untuk bergaya kerana ia lebih murah dan mampu dimiliki berbanding emas asli yang lebih mahal harganya.

CANTIK...sesuai digayakan bagi majlis berlainan
MENARIK...untuk mereka yang gemarkan motif penuh pada tangan.
WARNA-WARNI...boleh disesuaikan dengan pakaian berbeza


"Rekaan dan bentuk yang boleh dipilih memang pelbagai dan ia kelihatan seperti emas asli, pasti puas memakai," katanya yang ditemui pada Karnival Deepavali AirAsia Ke-9 di tempat letak kereta, KL Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Karnival yang diadakan untuk kali ke-9 berturut-turut itu memberi peluang kepada pengusaha luar dan dalam negara mengetengahkan produk terpilih kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, ada pelbagai pilihan perhiasan di pasaran kini meskipun bukan emas asli tetap mampu membuatkan wanita rambang mata untuk memilihnya.

Pelbagai pilihan barangan kemas buatan tangan dengan mutunya yang terjamin boleh diperoleh kini terutama dalam kalangan pengusaha yang melakukannya secara turun temurun.

Ketika perayaan Deepavali, menurutnya, hanya kelengkapan tertentu saja perlu disediakan serba baru.

"Jangan beranggapan musim perayaan masa untuk membazir kerana sudah pasti ia melanggar makna sebenar perayaan terbabit.

"Jangan juga jadikan musim perayaan sebagai tempat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menyambut Deepavali dengan penuh rasa syukur," katanya.

Sementara itu, Patchammal, 34, pula berkata, dia tidak begitu meminati barangan kemas oleh itu baginya, barangan berkenaan bukanlah satu kemestian setiap kali sambutan Deepavali.

"Saya lebih banyak menumpukan perhatian pada kelengkapan pakaian baru untuk setiap ahli keluarga kerana ia lebih penting.

"Saya akan pastikan mereka memperoleh hanya pakaian yang terbaik tapi mengikut kemampuan dan bajet disediakan. Buat masa ini saya tidak menetapkan had tapi menyediakan mengikut keperluan," katanya.

Shema Thevan, 37, pula mengakui sebagai wanita dia amat meminati barangan kemas dan berasakan perayaan yang diraikan akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran barangan kemas.

Tapi katanya, ia tetap bukan satu kemestian setiap kali musim perayaan, cukup sekadar termampu jika ingin mengenakannya.

"Pada saya bersederhana adalah matlamat paling utama dalam setiap perayaan, hanya tumpukan pada perkara yang penting saja kerana ia lebih berbaloi.

"Oleh kerana sambutannya setahun sekali, kita perlu raikannya dengan perkara yang lebih bermakna terutama bersama keluarga," katanya.

Selain itu, Aruna Kunari, 64, berkata penyediaan pakaian baru dan menghias rumah adalah lebih penting dan perlu dilakukan.

Ini bagi memastikan segala keburukan lampau ditinggalkan dan mengalu-alukan kedatangan tuah yang lebih menguntungkan untuk seluruh keluarga.

"Segala barangan dalam rumah perlu dipastikan ditukar baru malah semua pakaian lama yang tersimpan perlu dicuci semula agar kelihatan baru.

"Ia biasanya dilakukan seminggu sebelum sambutan perayaan Deepavali, di samping itu saya juga menyediakan hidangan kuih-muih dan pastinya muruku adalah sajian utama," katanya.

Katanya, semua pakaian baru yang akan dikenakan pada Deepavali itu akan diletakkan pada altar sebelum bersembahyang pada waktu pagi untuk memohon restu kemudian baru digayakan bersama-sama.

"Sebelum itu, pada awal pagi kami akan mandi minyak sebelum bersembahyang di rumah dan memakai baju baru kemudian barulah ke kuil bersama-sama.

"Malah, kami juga akan memberikan 'angpau' sama seperti masyarakat lain. Bezanya, pada zaman dulu, duit diletakkan dalam daun sirih sebelum diserahkan kepada anak, kini hanya menggunakan sampul angpau saja," katanya.-myMetro

Memang cantik....blink-blink lagi....apa2 pun Selamat Menyambut Deepavali utk semua kaum Hindu......

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu