adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, November 30, 2010

Wanita Paris terperangkap dalam kamar mandi selama 20 hari


Seorang wanita warga emas terperangkap dalam kamar mandi rumahnya selama 20 hari, selepas kunci pintu kamar mandi tidak berfungsi.
Bilik tersebut tidak mempunyai tingkap atau telefon menyebabkan mangsa, 69 thn tidak dapat menghubungi sesiapa pun. Dia hanya mampu mengetuk batang paip di waktu malam dengan harapan jiran2nya akan perasan atau pun terganggu.
Jiran2nya ingat bunyi bising itu datang dari kerja2 "DIY" dan mula mengemukakan bantahan agar kerja2 tersebut dihentikan.
Namun ada jiran ini yang perasan sudah beberapa hari warga emas ini tidak kelihatan dan menghubungi penguatkuasa yang menghantar bantuan penyelamat.
Pasukan bomba memecah masuk rumah mangsa di tingkat 2, Flat Epinay-sous-Senart dan menemui beliau terbaring di lantai bilik air dalam keadaan yang menyedihkan.
Mangsa terselamat dengan meminum air paip untuk tempoh 3 minggu. Keadaan beliau di laporkan beransur pulih di hospital.
"Kami dengar bunyi ketukan saperti ketukan penukul walaupun di malam hari. Kami ingat mereka lakukan kerja ubahsuai di waktu malam dan ini memang melampau kerana menggangu tidur kami. Kalau lah kami menyedari dari awal ......." kata salah seorang jiran mangsa kepada media tempatan.

2 comments:

  1. kesiannya..nasib baik hidup lg.pasni kena bwk hp lah kalau nak ke toilet

    ReplyDelete
  2. ini pernah terjadi kat akak tau...kat toilet hospital serdang, lucky masa tu ada anak akak kat luar....punya la ketat pintu tu...

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu