adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Salji Lebih Realistik Di Snow Walk

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir di pusat budaya zodiak di Snow Walk.


Salah satu ukiran ais yang dijangka menarik perhatian pengunjung.
SELAGI bumi Malaysia yang dipijak, maka mustahil untuk kita merasa kesejukan suhu di bawah takat beku apatah lagi mendapat peluang bermain salji.
Andai tidak terbang ke negara-negara Eropah yang cukup terkenal dengan timbunan saljinya, simpan sahaja angan-angan untuk menyentuh salji dan merasai pengalaman bersejuk bersama ahli keluarga atau teman-teman.
Sedang salji asyik meruntuh apabila tiba musimnya di negara-negara seperti Switzerland, Jepun atau Rusia pada zaman moden hari ini, sebenarnya kita tidak lagi perlu bimbang atau berkira-kira untuk menempah tiket ke sana semata-mata untuk melihat salji.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah berkunjung ke bandar digital i-City di Shah Alam, membayar sejumlah wang yang tentunya lebih murah berbanding kos penerbangan ke negara-negara bersalji, seterusnya merasai sendiri nikmat bergembira di Snow Walk, sebuah taman tema salji yang akan dibuka tidak lama lagi.
Di kawasan seluas 50,000 kaki persegi yang bakal dipenuhi salji memutih, teknologi akan menjadikan Snow Walk sebagai taman tema salji terunggul yang menawarkan keriangan kepada pengunjungnya.
Eu Hong Chew (kiri) dan Ki-Choon Lee (kanan) memerhatikan pengukir ais Harbin, Sing Chea Fong mengukir pagar ais untuk Pusat Budaya Zodiak di Snow Walk, I-City. Foto AZMAN GHANI/THE STAR



2 comments:

  1. boleh la bawa anak2 kat sini....nak bawa ke oversea x da bajet..... kat sini pun jadila....

    ReplyDelete
  2. jimat belanja...harap2 jgn la mahal sangat.... kesian pd yg teringin tapi x mampu....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu