adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, December 24, 2010

Hujan, Ribut Petir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Johor

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang serta Kulai Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman) mulai Isnin malam hingga Khamis pagi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.
Selain Kelantan dan Terengganu, Pahang (Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan serta Rompin) dan Johor (Mersing) juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak (Miri), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman serta Kudat), selatan Samui, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang dan Palawan mulai Ahad ini hingga Jumaat.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut. - BERNAMA

2 comments:

  1. Percutian ke pantai timur terpaksa dibatalkan. Hajat dihati nak bertolak hari Ahad....nak ke Johor pun x jadi.....nampaknya bercuti dlm rumah aje....

    ReplyDelete
  2. Lebih baik berhati-hati. jalan raya pun tak berapa okay musim hujan.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu