adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, December 11, 2010

Justin Bieber, Selena Gomez berpacaran


LOS ANGELES 10 Dis. – Selebriti remaja kelahiran Kanada, Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan sah berpacaran.

Menurut majalah Amerika Syarikat (AS), Life & Style, pasangan itu yang sebelum ini menafikan khabar angin itu dilaporkan keluar bersama beberapa kali dan mula serius dalam perhubungan mereka.

“Gomez kini menganggap Bieber lebih daripada seorang kawan dan dia telah jatuh hati dengannya,” kata satu sumber.

Gomez yang pernah berpacaran dengan penyanyi Nick Jones dan bintang Twilight, Taylor Lautner bertegas dia tidak pernah keluar bersama dengan penyanyi remaja itu (Bieber) dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘pelik’.

Ketika ditanya oleh Ellen DeGeneres dalam rancangan sembang sama ada dia berpacaran dengan Bieber, Gomez berkata, dia menganggap penyanyi remaja popular itu seperti adiknya.

“Saya tidak pernah keluar dengan teman lelaki sepanjang enam bulan lalu. Saya belum menemui jejaka pilihan, dan saya tidak memerlukannya buat masa ini.

“Sebarang hubungan adalah sesuatu yang besar. Jika anda menyukai seseorang tetapi dia tidak menyukai anda, ia rasa seperti dunia telah berakhir.

‘‘Anda perlu membuat 1,000 kali temu janji sebelum mendapat lelaki yang diidamkan,” tegasnya. – AGENSI


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu