adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, December 17, 2010

Marion Counter & SM Nasarudin Selamat Bernikah

Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku, dekat sini malam tadi.
Dengan sepersalinan serba putih, Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.
Majlis resepsi pula akan diadakan malam Jumaat (malam ini) pada pukul 7 petang di dewan utama Hotel Mandarin Oriental dan ia juga diadakan secara tertutup dan para tetamu perlu berpakaian kemas mengikut tema yang diberikan iaitu sut (lelaki) dan pakaian formal ala barat (wanita).
Pada malam resepsi nanti, pengacara E! News Asia itu akan memakai pakaian rekaan Vera Wang.
Majlis resepsi pernikahan mereka itu diadakan secara tertutup dengan kehadiran tetamu jemputan sahaja.
Pihak media tidak di undang membuat liputan sebaliknya hanya krew E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.
Pasangan itu juga akan mengadakan sebuah lagi majlis di kepulauan Maldives tidak lama lagi. - mStar

4 comments:

  1. ralat sikit...but no comment.....citarasa masing2...

    ReplyDelete
  2. mana ada bangsa lain nak kawin melayu kalau miskin.... tapi org melayu mmg camtu...bangga dpt kawin bangsa asing.... mmg betul jodoh pertemuan ditangan tuhan....tapi tu la susah nak komen... tunggu dan lihat sampai mana bahagianya klu dah x berduit....

    ReplyDelete
  3. hensem, duit byk....lalat asing suka la hurung... cuba x da duit....nak ke dia.... apa lagi klu kena tukar agama....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu