adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, December 18, 2010

Pejabat Agama Indonesia Belum Terima Permohonan Nikah Krisdayanti

Krisdayanti dan pasangannya Raul Lamos dikhabarkan bernikah minggu hadapan

JAKARTA: Pejabat Urusan Agama (KUA) Kebayon Baru, Jakarta menafikan dakwaan menerima pendaftaran pernikahan diva popular Indonesia, Krisdayanti dengan jutawan Timor Laste, Raul Lamos.
Ketua KUA, Toyib memberitahu belum menerima sebarang permohonan pernikahan, biarpun pasangan tersebut diberitakan akan melangsungkahan upacara pernikahan mereka minggu hadapan.
“Belum ada sebarang permohonan pernikahan daripada pasangan tersebut atau kami masih belum menerimanya,” tambahnya seperti dipetik Detikhot.com.
Sementara itu, pihak Hotel Mulia turut menafikan rancangan pernikahan yang dikatakan akan dilakukan di hotel tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam Hotel Mulia, Andry Kurniawan memberitahu bahawa tiada sebarang tempahan melibatkan nama pasangan tersebut pada minggu hadapan.
“Saya tidak tahu tentang pernikahan pasangan tersebut, namun tentang majlis perkahwinan sememangnya setiap minggu ada tempahan di sini,” ujarnya.
Dia juga mengakui sudah beberapa kali dihubungi pihak media bertanyakan hal berkenaan.
“Ramai yang sudah bertanyakan perkara ini tapi saya sendiri belum mendapat kepastiannya,” katanya. -mStar

5 comments:

  1. Krisdayanti tu tergedik-gedik, tergedik-gedik, hangin tengok muka dia..

    ReplyDelete
  2. minah gedik...sanggup runtuhkan rumahtangga org lain sebab wang....ada wang ada cinta...x da wang cinta melayang....

    ReplyDelete
  3. betul ada wang ada cinta.... x da wang sendiri mau ingat....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu