adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, December 6, 2010

Pierre Andre Mengaku Biadab

"Kami sudah berbaik." Mungkinlah itulah ungkapan yang diucapkan oleh penerbit filem David teo dan pelakon Pierre Andre dalam pertemuan eksklusif di pejabat MiG, baru-baru ini. - Foto The Star oleh RAYMOND OOI

PERSELISIHAN faham antara penerbit juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MiG), David Teo dan pelakon Pierre Andre yang tercetus pada 2008 bukan satu isu baru. Malah, ketegangan itu turut mendapat liputan meluas di merata media.
Dek membawa hati yang rajuk, Pierre yang tidak berpuas hati apabila sentuhannya dalam filem Jangan Tegur (2008) dipertikaikan oleh penerbit itu, lantas mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan produksi tersebut dan membiarkan ia terkontang kanting sebelum diambil alih oleh orang lain.
Dua tahun berselang, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan Pierre yang kembali menghubungi David pada Ogos lalu bagi menjernihkan keadaan. Pierre terpaksa menyerah kalah dek kedegilannya selama ini.
Menerusi pertemuan bersama Mingguan mStar baru-baru ini, gambar dirakamkan sebagai bukti kedua-dua mereka tidak berperang lagi. Sebaliknya kata David, dia menerima permohonan maaf Pierre dan sudah melupakan kisah lama walaupun sebelum ini telinganya sudah bernanah untuk mendengar nama Pierre Andre.
Ujar Pierre, dia bertemu semula dengan David pada Ogos lalu selepas dua tahun membawa diri. Sedar akan kesilapannya, Pierre akui berdebar untuk berdepan dengan penerbit itu buat pertama kalinya selepas peristiwa itu.
"Saya akui bimbang apabila hendak bertemu dengan David. Saya memang sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan, dimarah atau ditengking atas kesilapan saya. Cerita selanjutnya disini.


3 comments:

  1. Bagus la klu dah bangkit dari mimpi....bermaafan kan bawa berkat.... utk siapa, utk diri sendiri gak....

    ReplyDelete
  2. betul tu...anak muda selalu terbabas....menyedari kesilapan diri lebih awal x merugikan...

    ReplyDelete
  3. anak muda yg berbakat...aku suka dia....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu