adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, December 11, 2010

Sepasang kekasih disebat kerana berkucup

Gambar fail, Murni Amris menjalani hukuman sebatan di pekarangan sebuah masjid di daerah Acheh Besar pada 1 Oktober 2010 kerana didapati bersalah membuka gerai menjual makanan pada bulan Ramadan. - REUTERS

JANTHO 10 Dis. - Sepasang kekasih menjalani hukuman sebat di wilayah Aceh hari ini selepas ditangkap berkucupan di dalam hutan.

Beratus-ratus penduduk berhimpun menyaksikan Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, masing-masing menerima lapan sebatan di pekarangan sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara ibu kota wilayah, Banda Aceh.

"Kedua-duanya sudah berkahwin dengan orang lain. Penduduk menangkap mereka berkucupan di dalam hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu.

"Mereka belum mengadakan hubungan seks semasa ditangkap," kata Pendakwa Raya, Deby Rinaldi.

Katanya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di kampung ketika itu, manakala wanita berkenaan, Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.

Aceh adalah antara beberapa kawasan di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah.

Pada Oktober lalu, dua wanita dihukum sebat di Aceh kerana menjual makanan pada waktu siang pada bulan Ramadan. - AFP


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu