adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, December 15, 2010

SPRM tutup fail kes kaitkan Nik Aziz

Alhamdulillah.....syukur kepada Allah swt, Tn Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat terlepas dari tuduhan rasuah dan menyalahgunakan kuasa apabila Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah menutup fail siasatan ke atasnya.


Ini adalah petikan kata2 Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil : "Dalam mesyuarat hari ini kita menerima laporan daripada SPRM untuk menutup kes berkenaan dan kita bersetuju bahawa ketiga-tiga kes melibatkan mereka tiada lanjutan lagi,"


3 kes yang dimaksudkan adalah 2 kes yang melibatkan  Tn Guru dan 1 kes Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.


Katanya bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Nik Aziz yang melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), siasatan mendapati Nik Aziz sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa penuh melantik pegawai dan kakitangannya seperti yang termaktub dalam enakmen PMBK.


"Siasatan terperinci dijalankan oleh SPRM berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK itu adalah lebih kepada pertukaran nama jawatan," katanya.

Manakala kes dakwaan penerimaan pakej mengerjakan haji bernilai RM65,000 daripada sebuah syarikat tidak dapat disabitkan kerana Tn Guru tidak pernah meminta pembiayaan tersebut dan perjalanan mengerjakan haji tidak dilaksanakan.



Untuk mereka yang melaporkan kes2 ini kepada SPRM, ingin aku nasihatkan: "Allah lebih mengetahui akan segala-galanya......tidak perlu mencari kesalahan orang lain sebaliknya cermin diri kita sendiri, adakah kita berada dilandasan yang betul......."


3 comments:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu