adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, December 4, 2010

Tak sempat habis SPM

Al-fatihah buat adik Muhammad Amirulariff........ salam takziah buat keluarga adik, banyak2kan bersabar kerana Allah lebih menyayangi beliau.......


BATU PAHAT: Keazaman pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini untuk menamatkan semua kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun terpaksa mengambil peperiksaan di sebuah bilik di Hospital Batu Pahat (HBP) selama lima hari, berakhir dengan menyayat hati apabila dia menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.
Allahyarham Muhammad Amirulariff, 17, meninggal dunia ketika dalam rawatan di HBP selepas bergelut dengan penyakit ketumbuhan di paru-paru menyebabkan dia dimasukkan ke wad dan terpaksa menduduki peperiksaan SPM di hospital sejak 25 November lalu.
Bagaimanapun, kecekalan Allahyarham tidak dapat melawan takdir apabila hajat menghabiskan semua sembilan subjek SPM tidak kesampaian selepas dia menghadapi masalah jantung sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan, jam 4.15 pagi semalam.
Bapanya, Sazali Marban, 49, berkata arwah seorang yang sihat dan aktif bersukan sebelum mula diserang batuk sejak September lalu.


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu