adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, December 11, 2010

Wanita Malaysia berisiko hidap osteoporosis

SINGAPURA 10 Dis. – Wanita Malaysia adalah antara tiga negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, menurut satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.

Kajian itu juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berhadapan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd.

Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.

“Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata,” katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat pertama rantau Asia anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini.

Todd berkata, kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.

Justeru kata beliau, risiko osteoporosis yang dihadapi golongan itu semakin meningkat apabila usia bertambah, kerana jisim tulang yang terbentuk pada usia 30-an mempunyai kesan besar pada kemudian hari.

Kajian juga menunjukkan rakyat Filipina dan Indonesia mempunyai keadaan tulang paling tidak sihat, manakala penduduk Taiwan dan Singapura mempunyai tulang paling kuat. – BERNAMA


2 comments:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu