adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, December 9, 2010

Zed Zaidi Buka Francais 'Papa Rich'

PETALING JAYA: Aktor Zed Zaidi mengukuhkan kedudukannya dalam bidang perniagaannya pada usia 30 tahun apabila membuka sebuah francais restoran Papa Rich di Heritage Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada awal November lalu.
Pelakon filem Cuti Cuti Cinta dan drama Awan Dania 3 ini berkata francais tersebut diusahakan di bawah salah sebuah syarikatnya, Bintang Dahlia Sdn Bhd yang menguruskan hartanah.
Selain itu, dia juga mempunyai syarikat pengurusan acara iaitu Dzed Resources Sdn Bhd dan DMB Trading yang membekalkan barangan saintifik untuk pusat pengajian tinggi tempatan.
“Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan terbaru saya membuka restoran Papa Rich yang boleh memuatkan 250 orang.
Menikmati keindahan pemandangan di tepi Swan River.
“Selain beroperasi pada hari biasa, kami juga menyediakan khidmat kepada sesiapa yang mahu meraikan majlis istimewa di restoran itu,” katanya.
Menceritakan tentang perancangan perniagaannya, Zed berhasrat untuk membuka hotel bajet tidak lama lagi.
Jika mengimbau semula kata-kata Zed sebelum ini dengan apa yang dilakukan sekarang, dia begitu optimis dan tidak sekadar memasang angan-angan kosong.
Zed pernah memberitahu untuk mempelbagaikan bisnes sebelum mencapai umur 40 tahun kerana dia tidak mahu menjadi artis yang tidak dipedulikan apabila sudah lanjut usia.
Malah dia turut melihat artis yang terlibat dalam bidang perniagaan turut mudah bekerjasama dengan golongan korporat atau mana-mana ahli perniagaan kerana mereka terlebih dahulu dikenali.-Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

4 comments:

  1. boleh dijadikan artis contoh....setakat ni belum kedengaran gelombang gosip yg kurang menyenangkan...semuga berjaya wahai anak muda....

    ReplyDelete
  2. dia juga artis yang berkaliber..saya suka lakonan dia

    ReplyDelete
  3. saya suka lakonan zed zaidi tp skang dia jarang berlakon

    ReplyDelete
  4. dia nak jadi pengarah pula...lagipun bisnez ngah kencang...x da masa nak berlakon...aku juga suka lakonan dia....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu