adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, January 4, 2011

Bayi lelaki ditemui dalam beg berhampiran Istana Budaya

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain putih ditemui dalam sebuah beg berwarna hitam di tepi jalan berhampiran Istana Budaya, Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, seorang anggota Polis Bantuan Pos Malaysia yang kebetulan berada di kawasan itu telah dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari.

"Pengadu (orang awam) yang berusia 23 tahun telah menemui bayi lelaki terbabit yang masih hidup dalam beg berwarna hitam semasa melalui kawasan berkenaan sebelum meminta pertolongan daripada polis bantuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bayi lelaki seberat satu kilogram itu kemudian dibawa oleh anggota berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

"Pemeriksaan awal pihak hospital mendapati bayi itu lahir tidak cukup bulan dan dianggarkan dilahirkan selepas kandungan berusia enam hingga tujuh bulan.

"Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan kita akan segera menjalankan siasatan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang bayi lelaki berkenaan,” kata Zakaria. – Bernama

1 comment:

  1. hari2 buang baby baik di dalam maupun di luar negara.....apa dah jadi dgn manusia diera kini....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu