adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, January 20, 2011

Bekas polis Indonesia didapati bersalah

DEPOK, Indonesia 19 Jan. - Seorang bekas pegawai polis Indonesia yang didakwa sebagai ahli gabungan al-Qaeda, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana membekalkan senjata kepada militan, hari ini.

Hakim Dwiarso Budi Santiarto memberitahu mahkamah di sini, Mohammed Sofyan Tsauri, 34, didapati bersalah menjual 24 unit senjata api termasuk AK-47 dan M-16 kepada pelampau yang mempunyai kaitan dengan sebuah kem latihan yang dibongkar pihak berkuasa Februari 2010 di wilayah Aceh.

"Dia menjual senjata-senjata itu pada harga 325 juta rupiah (RM113,040) dan memperoleh keuntungan sebanyak 28.1 juta rupiah (RM9,483) daripada penjualan itu.

"Tindakannya itu meletakkan nyawanya dan orang lain dalam bahaya dan dia turut mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat," katanya.

Santiarto berkata, hukuman yang dikenakan ke atas Mohammed Sofyan itu kurang lima tahun berbanding tempoh 15 tahun yang dicadangkan pendakwa raya, atas alasan dia berkelakuan baik, tidak pernah disabit kesalahan dan pernah berkhidmat dalam pasukan polis.

Dikenali sebagai Abu Ayyash, dia ditahan tahun lalu dalam operasi menghapuskan militan yang setia kepada Dulmatin, seorang daripada pengganas yang merancang pengeboman Bali 2002 yang meragut 202 nyawa.

Dulmatin mati ditembak dalam satu serbuan polis Mac 2010. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu