adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, January 7, 2011

Budak jatuh longkang di Dungun jumpai mati di Kuantan

KUANTAN - Kanak-kanak berusia tiga tahun, Durrani Arfah Masrol yang dilapor hilang ketika bermain air sebelum terjatuh ke longkang berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu Jumaat lepas ditemui terdampar di Pantai Cherok Paloh di sini, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang nelayan yang hendak turun ke laut untuk menahan pukat pada 2.30 petang semalam.
"Mangsa ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan terlentang. Ketika dijumpai mangsa memakai seluar panjang hitam tanpa baju.
"Setelah dibuat pengecaman oleh ibu mangsa hari ini mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah Durrani berdasarkan gigi, rambut dan tanda lahir di dada mangsa,” katanya di sini, hari ini.
Durrani dilapor hilang ketika bermain air bersama dua abangnya berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat lepas.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan selepas kejadian itu bagaimanapun dihentikan selepas empat hari dijalankan. - Bernama

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu