adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, January 4, 2011

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.
Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.
Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.
Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.
“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.
Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.
Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.
Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.
Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.

2 comments:

  1. selamatkan diri dulu sebelum tenggelam.....

    ReplyDelete
  2. nampak gaya memang dia tak toleh belakang lagi. Eloklah kalau itu cara paling baik untuk dia. Gud luck

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu