adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, January 14, 2011

Lelaki Mengaku Liwat 96 Remaja Ditangkap Polis Jakarta

JAKARTA: Setelah beberapa tahun menjalankan kegiatan meliwat 96 remaja dan menjual perkhidmatan sebahagian daripada mereka kepada pelanggan homoseksual, seorang lelaki akhirnya ditangkap polis di Stesen Kereta Api Kota, Jakarta Barat, pada Ahad lepas.
Ketika disoal siasat polis, lelaki berusia 29 tahun itu, mengaku telah meliwat remaja lelaki berusia antara 14 dan 17 tahun.
Dia melakukan perbuatan itu kerana pernah menjadi mangsa liwat ketika berusia 13 tahun.
Ketua Siasatan Jenayah Kepulauan Seribu, Jakarta, Renold E.P. Hutagalung, berkata hampir semua mangsa merupakan anak jalanan yang tinggal di sekitar stesen kereta api di beberapa bandar di pulau Jawa terutamanya di Jatinegara, Serang, Karawang, Cikampek, Purwakarta dan Bandung.
Laporan-laporan menyebut kegiatannya terbongkar setelah seorang mangsa yang diculiknya berjaya melarikan diri dan membuat laporan kepada polis.
Mangsa culik itu, seorang remaja berusia 14 tahun dari Pulau Harapan, Kepulauan Seribu, Jakarta, telah diliwat sebanyak 18 kali sepanjang satu setengah bulan dia ditahan dan kerana kesempitan wang, lelaki itu menjual perkhidmatan remaja berkenaan kepada lelaki homoseksual dengan bayaran antara Rp25,000 hinggga Rp50,000 untuk sekali langganan.
Mangsa culik itu telah dibawa ke beberapa bandar mulai Serang, Cikampek, Purwakarta hingga Bandung untuk dijual perkhidmatannya kepada pelanggan.
Bagaimanapun ketika singgah di sebuah hotel di Serang, mangsa berkenaan telah dimarahi oleh suspek kerana wang Rp50,000 yang diterima daripada seorang pelanggan ialah wang palsu dan dia disuruh memulangkan wang itu.
Kesempatan itu diambil oleh mangsa untuk melarikan diri. Polis kemudian menghantar mangsa ke pangkuan keluarga di Kepulauan Seribu.
Lelaki yang beristeri itu mempunyai empat orang anak. - BERNAMA

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu