adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, January 20, 2011

Mati rentung

SEGAMAT: Empat lelaki hanya mampu melihat rakan mereka terbakar hidup-hidup apabila mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu gagal keluar dari kereta yang terbakar selepas bertembung dengan kereta lain di Kilometer 7, Jalan Muar-Labis di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Syed Sarizat Syed Hussain, 36, rentung di tempat kejadian apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya disambar api selepas bertembung dengan Honda.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali berkata, ketika kejadian, Syed Sarizat, seorang kontraktor dalam perjalanan dari Felda Chemplak Barat menghala ke Labis, bersama empat lagi rakannya.

“Setiba di lokasi kemalangan, kereta dipandunya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Honda itu.

“Empat rakan mangsa yang cedera ringan sempat keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri tetapi mereka gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurutnya, apabila api makin marak, mereka terpaksa meninggalkan Syed Sarizat di dalam kereta yang sedang terbakar.Polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.

“Selepas kebakaran dipadamkan, kami menemui mangsa dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu,” kata Abdul Majid.

Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
HANGUS...Proton Iswara hangus terbakar selepas bertembung dengan Honda, malam semalam.

Keempat-empat lelaki itu dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandu kereta Honda berkenaan berusia 32 tahun yang memandu seorang diri menghala ke Felda Chemplak Barat, patah kaki dan tangan kiri.

Menurut Majid, pihaknya mendapatkan keterangan daripada rakan mangsa serta pemandu kereta Honda berkenaan bagi membantu siasatan. - myMetro

1 comment:

  1. kebanyakan nyawa rakyat M'sia habis di jalanraya... di mana silapnya......

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu