adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, January 12, 2011

SM Faisal, Siti Nurhaliza terima anugerah BrandLaureate

SM Faisal SM Nasimuddin (empat dari kiri) bersama Siti Nurhaliza Tarudin (dua dari kanan) bangga menunjukkan SMEs Man & Woman Of The Year 2010 Award yang diterima mereka di Hotel Shangri La, malam tadi. Anugerah tersebut disampaikan oleh Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

KUALA LUMPUR 11 Jan.– Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dianugerahkan Anugerah SMEs Man of the Year di Anugerah BrandLaureate, Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2010 di sini malam tadi.

Anugerah yang disampaikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mengiktiraf peneraju perniagaan yang mampu membawa jenama mereka ke peringkat tertinggi termasuklah ke persada antarabangsa.

Manakala Anugerah SMEs Woman of the Year pula diberikan kepada penyanyi tersohor yang juga seorang usahawan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan, menyeru semua usahawan PKS mencabar keupayaan masing-masing bagi meningkatkan lagi prestasi syarikat.

“Usahawan PKS perlu mengubah cara berfikir dan sikap dan seterusnya berani mengambil risiko untuk terus berjaya,” katanya di dalam ucapan pembukaan majlis tersebut.

Majlis dihadiri Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Anugerah yang dibahagikan kepada 10 kategori itu turut menobatkan Perodua sebagai pemenang kategori utama iaitu Jenama Terbaik 2010.

Manakala Secret Recipe memenangi Jenama Paling Popular 2010.

Selain itu, Munchy‘s dan Yomeishu masing-masing dianugerahkan Jenama Paling Dikagumi dan Jenama Paling Dikenali.

Anugerah tahun ini juga mengiktiraf jasa pengasas Limkokwing University of Creative and Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.

Beliau merupakan penerima sulung bagi Anugerah Lagenda The BrandLaureate 2010. - Utusan

1 comment:

  1. mmg dia bagus.....masuk bidang bisnis pun dia dpt anugerah....tahniah Datuk Siti..you are great...

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu