adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, February 28, 2011

Yoyo pemain dram band Padi ditahan kerana dadah


JAKARTA 28 Feb. – Ahli kumpulan Padi yang juga bekas suami penyanyi popular Indonesia Rossa, Yoyo ditahan polis di kediamannya di pangsapuri Sudirman Park, di sini pagi semalam kerana disyaki menyalah guna dadah.

Jurucakap polis bahagian antinarkotik berkata, pemain drum kumpulan Padi itu ditangkap setelah polis mengawasi gerak-gerinya selama tiga hari.

Syabu seberat 0.5gm serta beberapa alat menghisap syabu telah dirampas dari kediaman Yoyo dalam serbuan antara pukul 2 dan 3 pagi itu.

Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo merupakan salah seorang daripada 12 artis popular Indonesia yang sedang dalam perhatian polis kerana disyaki mengambil dadah jenis syabu, kata jurucakap itu.

Beliau berkata Yoyo pernah mengaku menjadi pengguna dadah jenis heroin 10 tahun lalu dan mula menggunakan syabu sejak lima bulan terakhir.

Polis sedang memburu seorang suspek yang dipercayai membekalkan syabu kepada sejumlah artis yang tinggal di beberapa apartmen di Jakarta. - Bernama

‘Air mata’ pokok petai


PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu. Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi. Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan. Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya. 

Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’. Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya. - myMetro

Sunday, February 27, 2011

Siti Sarah Sah Bergelar Isteri Shuib


KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.
"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.
“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.
"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.
"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.
Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka. - mStarOnline

Asia Tenggara lubuk harta Gaddafi


Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.
Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).
Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.
Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.
Menurut beberapa sumber di London dan Tripoli, wang tunai yang disimpan di luar negara itu adalah khusus untuk kegunaan keluarganya.
"Gaddafi sebenarnya bijak, jika tidak masakan beliau boleh bertahan selama lebih empat dekad. Walaupun apa pun yang berlaku kepada dirinya, beliau telah memiliki simpanan tunai dan hartanah di seluruh dunia, terutama Asia tenggara dan rantau Teluk sebagai jaminan masa depan sembilan anaknya," kata sumber itu.
Sumber-sumber tersebut berkerja dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang menguruskan dana negara berjumlah sekitar AS$50 bilion (RM152.5 bilion).

SEBUAH banglo berharga AS$16.1 juta dolar (RM49 juta) milik anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam (gambar kecil) di London.


Agensi tersebut dikawal oleh Gaddafi.
Menurut mereka, Gaddafi mengambil beberapa langkah bijak bagi mengelak kekayaannya dibekukan seperti yang menimpa bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Bin Ali dan rakan sejawatnya dari Mesir, Hosni Mubarak.
Antaranya, kata mereka, Gaddafi menyimpan wangnya dengan menggunakan akaun bank milik beberapa 'orang kepercayaannya' yang menerima 'habuan' lumayan.
Hanya Gaddafi dan keluarganya yang tahu identiti kroni mereka.
"Kunci kepada semua ini adalah kerahsiaan dan orang kepercayaan. Beliau memiliki beberapa kroni yang membantunya menyembunyikan kekayaannya," kata sumber itu.
"Gaddafi tahu orang kepercayaannya itu akan memulangkan wang miliknya selagi mereka diberi bahagian yang lumayan. Apabila anda memiliki wang berbilion-bilion dolar, perkara ini adalah mudah," tambahnya.
Di Asia Tenggara, wang Gaddafi itu dipercayai disimpan di beberapa akaun pesisir.
Hampir semua wang itu datangnya daripada pendapatan hasil minyak negara.
Selain wang tunai, pemimpin berusia 68 tahun itu turut memiliki beberapa hartanah di kawasan strategik di Lon don.
Beliau membeli bangunan Portman House di London pada harga AS$249 juta (RM762 juta) dan membayar AS$193.4 juta (RM590 juta) untuk membeli sebuah bangunan yang terletak bertentangan dengan bank pusat England.
"Gaddafi juga memiliki kepentingan dalam UniCredit, yang merupakan antara bank terbesar di Itali," lapor sebuah stesen radio Belanda.
Kelmarin, Gaddafi dilapor mendeposit wang tunai berjumlah AS$4.8 bilion (RM14.7 bilion) kepada seorang pengurus dana peribadi di London.
Seorang pengurus dana warga Switzerland yang bekerja dengan Gaddafi berperanan sebagai orang tengah dalam transaksi itu.
Pemindahan wang tersebut berlaku pada minggu lalu.
Lima minggu lalu, percubaan serupa oleh Gaddafi ditolak oleh seorang pegawai kanan di sebuah firma saham di London.
Pegawai berkenaan menolak untuk menguruskan dana itu setelah mengetahui sumbernya.
"Saya berkata tidak kerana secara peribadi, saya keberatan terbabit dengan diktator yang kejam (Gaddafi)," katanya.
Semalam, Amerika Syarikat dan Britain bertindak membekukan aset Gaddafi di negara masing-masing.
Presiden AS, Barack Obama menandatangani perintah eksekutif untuk membekukan semua aset milik Gaddafi dan empat orang anaknya di AS.
Jabatan Perbendaharaan menyatakan, sekatan terhadap Gaddafi, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuannya itu turut melibatkan pentadbiran Libya.

GADDAFI memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk membakar seluruh Libya jika rakyat terus menentangnya. Keadaan sebuah lorong di sebuah kota Libya semalam.


Tindakan tersebut dilakukan selepas London mengumumkan bahawa para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersepakat mengecam keganasan rejim pemerintah di Libya.
Dalam satu kenyataan bersama, EU menyifatkan bahawa tindakan Gaddafi membunuh rakyatnya sendiri sebagai "langsung tidak boleh diterima".
Sementara itu, Gaddafi memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk membakar seluruh Libya jika rakyat terus menentangnya.
Amaran tersebut disampaikannya dalam satu ucapan di Dataran Hijau di sini semalam yang disiarkan oleh televisyen negara itu.
Di hadapan saki baki penyokongnya, diktator Libya itu berkata, beliau tidak gentar untuk mati dan menyeru para penyokongnya supaya bersedia untuk mempertahankan negara.
Malah, ujarnya: "Rakyat Libya sayangkan saya."
Semalam, Gaddafi mengumumkan bahawa orang awam yang menyokongnya akan diberikan senjata api untuk memerangi dan membunuh para penunjuk perasaan.
Tindakan tersebut dijangka akan mencetuskan pertumpahan darah besar-besaran di Tripoli.
Juga semalam, askar-askar yang setia kepada Gaddafi dengan dibantu beberapa kereta kebal menyerang Pangkalan Udara Misrata berhampiran Tripoli.
Pangkalan udara itu sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.
Setakat semalam, mereka berjaya merampas sebahagian pangkalan tersebut selepas bertempur dengan penduduk tempatan dan unit-unit tentera yang berpaling tadah.
Setakat ini, lebih 2,000 orang terbunuh manakala ribuan yang lain cedera sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan rejim Gaddafi tercetus hampir dua minggu lalu. - Agensi

Saturday, February 26, 2011

7000 Orang Banjiri Maher Zain Live In Concert 2011


SHAH ALAM: Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagimenyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, MaherZain, di sini, Jumaat.
Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hariiaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.
Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antaraMaher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.
Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia,Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dariMacedonia.
Maher yang muncul kira-kira setengah jam selepas pembukaan konsertpada pukul 9 malam itu memulakan persembahan lagu Allahuakhbar telahmendapat reaksi dan tepukkan gemuruh daripada para penonton.
Dalam persembahan lagu Insha Allah Maher membuat kejutan denganmenampilkan vokalis kumpulan Padi dari Indonesia, Fazly bagimenyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.
Pada konsert hampir dua jam itu, Maher menyanyikan 16 buah lagu hitdalam album Thank You Allah antaranya Barakallah, For The Rest of MyLife, Thank You Allah, Ya Nabi Salam Alaika dan Hold My Hand.
Sepanjang konsert berlangsung, kelihatan peminat-peminat Maher tidakputus-putus memberi reaksi positif dan memberi semangat dengan turutsama menyanyi lagu - lagunya. - mStarOnline

'Ini semua salah faham'


KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Menceritakan bagaimana kejadian itu bermula, Zaefrul berkata, dia dipanggil kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua. 

“Dua pegawai terbabit mendakwa mahu bertemu di sebuah kafe di Danau Kota sebelum saya pergi bertemu mereka ditemani tiga rakan kira-kira jam 11.20 malam Ahad lalu. Bagaimanapun, keadaan bertukar tegang apabila seorang daripada rakan saya bercakap sesuatu yang kurang enak kepada dua pegawai penyiasat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang daripada tiga rakannya itu mengambil tindakan itu dan dia kesal dengan apa yang terjadi. 

“Selepas mengetahui dua pegawai itu membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan, saya tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong. Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut dan selepas siasatan dilakukan saya dibebaskan. Ini jelas membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Zaefrul, dia berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap kejadian yang menimpanya itu. Mengulas mengenai dakwaan kononnya menggunakan sindiket nikah palsu didalangi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berkahwin, Zaefrul mendakwa dia tidak terbabit sama sekali.

“Tidak semua yang dipanggil untuk proses siasatan terbabit dalam sesuatu kes yang sedang disiasat itu. Saya hanya dipanggil menyalurkan maklumat kepada mereka. Saya harap penjelasan ini dapat membersihkan semula imej yang tercalar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan pembebasan ketiga-tiga lelaki termasuk Zaefrul yang ditahan pihaknya bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan terhadap dua pegawai SPRM. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelakon drama popular ditahan polis pada 19 Februari lalu selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu. Pelakon lelaki berusia 45 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet.

Beliau bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, supaya tidak meneruskan siasatan terhadapnya yang dilaporkan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua. - myMetro

berita ini berkaitan dgn 

Beratur panjang dalam kebun


SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu. 

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran. Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. 

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. - myMetro

Friday, February 25, 2011

Daphne Kahwin, Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal


Daphne Iking dan suami, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Foto Beutifulnara.
PETALING JAYA: Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.
Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.
"Dalam Islam, tanggungjawab saya besar untuk membimbing dan menjaganya dengan baik. Keputusan kami untuk bernikah juga bagi menghindari fitnah," katanya seperti dipetik dari Daily Chili Jumaat.
Sementara itu, Daphne memberitahu bahawa Joe merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.
"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," katanya.
Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India.
Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.
"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne.
Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalnkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti 2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama, homoseksual dan perubahan jantina.
"Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung sebagai rakan kongsi.
"Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat publisiti meluas," katanya. - mStarOnline

Terkedu Sekejap

Arwah Sudirman Hj Arshad.....bila akak switch-on tv lebih kurang pukul 4.00pm, akak nampak arwahnya show dlm rtm 1 bersama Atai dan arwah Yusni Jaafar.

Terkedu sekejap because I miss him so much, I mean his songs, voices & acts. He used to be my favourite artist and will stay as it is.


singing lawyer
Secara ringkasnya, allahyarham dilahirkan 25hb Mei, 1954 dan menghembuskan nafas terakhir pada 22hb Feb 1992. Beliau merupakan graduan undang2 dari UM dan dinobatkan sebagai Penghibur No. 1 Asia di London pd 1989. Kalau xsilap lah ya, lagu yg dinyanyikan masa itu ialah The Big Spender, kalau salah minta maaf la ya...ingat2 lupa lak.

Antara lagu yg akak suka pd masa tu ialah Balik Kampung (maklumlah masa tu kitakan perantau), Aku Penganggur (lepas belajar susah nak cari kerja...inilah lagu penawar hati kala itu) dan yg paling touching sekali Salam Terakhir (mcm dah tahu dia nak tinggalkn peminatnya).



Februari datang lagi maka genaplah pemergiannya selama 19 thn. Ku hadiahkan Al-fatihah buat allahyarham Sudir dan juga xlupa allahyarhamah Yusni Jaafar yg baru sebentar tadi membuat aku terkedu dan terhibur.
semasa dinobatkn sbg Penghibur Asia No. 1 di London
Walau camna pun you are the best xkan ada penggantimu. Suara, gelagat dan lukisan kartun2 mu xkan hilang dari ingatan akak kerana kamu adalah satu2nya penyanyi M'sia yg jadi idola akak masa itu.


Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg disayangi YG ESA...amin.

Gaduh Di UPM: Saifuddin Temui Dua Kumpulan Mahasiswa


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menemui dua kumpulan mahasiswa Universiti Putra Malaysia ekoran pergaduhan yang berlaku semalam berhubung pilihan raya kampus.
"Dalam kedua-dua pertemuan yang berasingan itu, saya menekankan pilihan raya kampus seharusnya dijadikan medan terbaik untuk memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.
"Pendidikan politik dan demokrasi ini seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Kekecohan itu berlaku apabila sekumpulan 200 pelajar proMahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) membatalkan kemenangan 11 calonnya.
Demonstrasi yang bertujuan meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM kemudian menjadi tidak terkawal, mengakibatkan pintu kaca untuk ke bangunan pentadbiran HEP itu pecah dirempuh dalam keadaan kelam-kabut dan berasak-asak.
Tiga kakitangan UPM termasuk dua pengawal keselamatannya cedera di tangan manakala beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan.
Saifuddin berkata kementerian bersikap berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa atau individu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.
Namun, beliau menyifatkan sebagai tidak wajar alasan pihak universiti itu membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu hanya kerana mereka berkempen secara kumpulan, tambahan pula, pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri.
Saifuddin beliau memuji kesediaan dan keterbukaan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi untuk bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu sehingga berjaya menyelesaikan isu itu dengan baik.
"Namun, saya kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.
"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan. Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.
"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," katanya. - BERNAMA

Thursday, February 24, 2011

Gempa NZ: Seorang rakyat Malaysia dilapor hilang


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Seorang pekerja wanita rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch berikutan kejadian gempa bumi Selasa lepas dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Ketua bilik operasi Malaysia di Chirstchurch, Ayauf Bachi berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berumur 30-an itu daripada rakan-rakanya pada hari kejadian.

Wanita yang berasal dari Sarawak itu bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar itu, dan keluarganya telah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kehilangannya, katanya ketika dihubungi untuk perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana.

Beliau berkata, Pasukan Pertahanan Awam New Zealand yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat mereka yang masih terperangkap dan hilang dalam malapetaka itu, telah dimaklumkan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Ayauf, yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri berkata, terdapat 636 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 390 penuntut dan pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 40 penuntut dalam empat kumpulan hari ini untuk mengetahui bantuan yang perlu disalurkan. - Bernama

Mati imamkan solat


RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan.

Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia. Jenazah Syed Abdul Rahman dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pagi semalam untuk dibedah siasat dan polis mengesahkan kematian remaja itu tidak membabitkan unsur jenayah, sebaliknya disebabkan serangan sawan.

Bapa Allahyarham, Wan Ahmad Wan Yasin, 50, ketika dihubungi berkata, dia menerima berita kematian anaknya daripada pengurusan kem berkenaan kira-kira jam 2.45 petang kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Wan Ahmad, dia berbual dengan anaknya ketika menghubunginya untuk bertanya khabar, Ahad lalu. “Dalam perbualan itu anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah memberitahu gembira tinggal di kem berkenaan. Anak saya juga memberitahu dia sihat dan ramai kawan baru serta selesa berada di kem itu."

“Namun, saya tidak menyangka keceriaannya itu hanya sementara kerana kini dia meninggalkan kami,” katanya. Wan Ahmad berkata, ketika berbual dengan Syed Abdul Rahman, Ahad lalu, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri, jangan lupa solat serta selalu berdoa.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan punca kematian anak saya. Saya cuma diberitahu anak saya menjadi imam solat Zuhur, namun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Sabah menjalani latihan di kem berkenaan sejak 2 Januari lalu dan akan tamat pada 13 Mac depan. Menurutnya, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Selayang, namun gagal diselamatkan sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan,” katanya. Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa sudah menuntut jenazah Syed Abdul Rahman yang dijadual dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Masjid Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berdasarkan rekod, Allahyarham pernah menerima rawatan sekali akibat batuk di kem itu. Katanya, setakat ini, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat pelatih terbabit yang dijangka siap dalam dua minggu. “Berikutan itu, keluarga pelatih berkenaan layak menerima khairat kematian RM5,000 dan insurans nyawa RM50,000,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui. - myMetro

Wednesday, February 23, 2011

'Mantera Anjasmoro' Air Rebusan Seluar Suami Dipuja


Para pelakon 'Mantera Anjasmoro'.
PETALING JAYA: Drama terbaru Mantera Anjasmoro di TV3 lebih banyak menampilkan adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.
Drama 13 episod lakonan pelakon Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu akan disiarkan mulai 3 Mac ini, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.
Turut berlakon dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad Yunos dan terbitan Nor Aliah Lee itu adalah Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.
"Kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menaklukisuaminya.
"Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.
"Selain itu, drama ini akan memaparkan visual grafik yang cantik seperti 56 syot menggunakan imej janaan komputer (CGI) dan menunjukkan muka sebenar Sabrina selepas mengamalkan ilmu tersebut," kata Aidilfitri dalam satu sidang media di Garden Cafe, One Utama, di sini, Selasa.
Menurutnya, nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.
"Drama ini merupakan drama seram pertama arahan saya kerana sebelum ini saya lebih banyak mengarah drama dan filem aksi iaitu Bionik, Ejen 106 dan Klip 3GP.
"Jadi apabila penerbit menawarkan cerita ini terus saya menerimanya sekadar untuk mencuba.
"Idea dan konsep asal cerita ini adalah daripada saya sendiri manakala skripnya ditulis oleh Sofia Aliza.
"Saya menjalankan kajian tentang amalan ini pada Jun tahun lalu sebelum melakukan penggambaran di sebuah rumah lama di Ampang," ujarnya lagi.
Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid.
Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.
Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).
Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan. - mStar

Tuesday, February 22, 2011

Sertai Pas, Bob Lokman Pilih Watak Tidak Mendatangkan Dosa


Bob Lokman
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.
“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.
Bob Lokman bersama Azizan Abd Razak mengangkat tangan selepas menjadi ahli Pas. - Gambar petikan tvpas.com.
Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.
Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai maslah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.
Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri.
“Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.
Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com.
Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu.
Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.
“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya.
Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella. - mStarOnline

Zizan (Raja Lawak) & Dira Pengacara Baru Melodi


Zizan Raja Lawak.
PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.
TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.
Dira Abu Zahar.
Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.
Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
“Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.
“Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.
“Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Dira mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya.
Untuk makluman, Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya bersiaran langsung di Arena of Stars Genting, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).
Bagi peminat Wahid, anda masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai April nanti.
Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.
Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.
Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari. - mStarOnline

JOM RAMAI2 KITA PAKAT JOIN FACEBLOG!!!





MARI KITA BERAMAI-RAMAI JOIN FACEBLOG PULAK...JUST KLIK SINI KALAU BERMINAT NAK JOIN...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH...1 MALAYSIA 1 BLOG 1 FACEBLOG

Peragut terbunuh


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan. Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek. Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun. Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah. Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya. Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya. - myMetro

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu