adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 1, 2011

500 Pelajar Malaysia Berpindah Ke Rumah Malaysia Di Abasiah, Kaherah Hari Ini


Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni, menurut Al-Jazeera. - EPA/HANNIBAL HANSCHKE

KUALA LUMPUR: Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.
Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN),Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh KedutaanMalaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negaraitu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.
Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah berkata, perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia).
Menurutnya, pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.
"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.
Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.
Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera. - BERNAMA

1 comment:

  1. letak la jawtn, rakyat dah menyamph dah.... dasar gila kuasa....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu