adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 17, 2011

Ally juga pilih Gadis Melayu 1


SEPADAN...Ally dan Nur Aishah memegang tepak sirih hantaran peminangan mereka.

PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairul Noormaidah Zali atau Aida, kini seorang lagi peserta GM1 disunting pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Ally Iskandar, 35, memilih Nur Aishah Zainal, 26, sebagai pilihan hatinya dan pasangan ini selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Malah, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup yang dihadiri sanak-saudara kedua-dua pihak.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian di Sri Pentas, TV3, semalam, Ally berkata, dia tidak berniat menyembunyikannya daripada media, tetapi menghormati permintaan keluarga. “Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak mengundang untuk menghadiri majlis pertunangan itu kerana bukan saja wakil media, tetapi rakan sekerja juga tidak mengetahuinya kecuali bos saya.

“Justeru, tak dinafikan saya terkejut apabila majlis pertunangan itu keluar dalam ruangan gosip. Saya tertanya-tanya juga siapa yang memaklumkannya, tetapi selepas membaca dan turut ditulis mengenai tema merah hitam majlis itu, saya faham.

“Barangkali maklumat itu diberikan pihak yang terbabit menguruskan majlis pertunangan itu. Bagaimanapun, saya tidak berniat untuk menyembunyikannya,” katanya.

Menurutnya, dia mula mengenali Nur Aishah pada 2008 dan mereka mula serius sejak tiga bulan lalu.Tidak memaklumkan jumlah wang hantarannya, Ally yang ditanya mengenai kriteria Nur Aishah yang juga pemenang tempat kedua GM1 berjaya menambat hatinya, sekadar memaklumkan dia menerima gadis itu seadanya dan mahu sentiasa berada di sisi Nur Aishah.

“Kalau diikutkan saya seorang yang cerewet dalam memilih teman. Bagaimanapun, Nur Aishah ini lain orangnya kerana saya tidak pernah mempersoalkan apa-apa mengenai wanita sepanjang berada di sampingnya. Bahkan, saya ingin selalu bersamanya,” katanya. - myMetro

2 comments:

  1. Tahniah! Klu xsilap Nur Aishah bertudung masa final GM, hai xkan buka tudung semata-mata nak bertunang....

    Skrg tinggal lagi Ahmad Fetri Yahya...agak2 siapa la pilihan hatinya...xsabar nak nunggu.

    ReplyDelete
  2. Entah kenapa... hari nie kat office teringat blog nie...
    kat kantin tadi pon teringat blog nie.. naik keta pon teringat blog nie...
    awak ada calit minyak senyonnyong ke kat homepage ?? :) lawak jer ..
    tahniah post yang menarik..

    Here is my blog post Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu