adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, February 4, 2011

Banduan menyamar polis


PUTRAJAYA: Tindakan banduan yang terlepas dan menyamar sebagai polis amat menakutkan kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir yang tinggal di bandar Mansoura. Banduan mula memecah masuk dan merampas senjata di balai polis sebelum membakarnya menyebabkan pengaruh polis di kawasan itu mula lumpuh dan diambil alih askar.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tidak berani keluar dan diarahkan berkurung bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk. Menceritakan keadaan itu, pelajar perubatan dari Universiti Mansoura, Zulfazli Zainal, 21, berkata mereka menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana keadaan memang tidak stabil. Lebih teruk, katanya, banyak kedai ditutup selain bimbang dengan kehadiran banduan terlepas, menyamar sebagai polis yang berkeliaran di merata tempat.

“Keadaan memang bahaya sebab kita tidak tahu sama ada mereka yang berpakaian seragam polis itu betul-betul pihak polis atau banduan yang menyamar. Ini amat menyukarkan kami untuk bergerak, tetapi saya nekad keluar dari rumah seorang diri menuju ke Lapangan Terbang Borg el Arab dengan menaiki kereta sewa memandangkan saya sudah menempah tiket pulang. Sepanjang perjalanan, saya nampak banyak askar dan kereta kebal, masa itu baru saya tahu sebenarnya keadaan teruk, menyebabkan saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Zulfazli berkata, dia menaiki pesawat ke Dubai sebelum berlepas ke Malaysia menaiki Penerbangan Malaysia dan tiba di tanah air Ahad lalu. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana selamat sampai, saya rasa lega sangat,” katanya.

Seorang lagi pelajar perubatan dari universiti yang sama, Nik Mohd Afif Hazman, 20 dari Kajang, Selangor berkata, dia amat risaukan kawan-kawannya yang masih berada di Monsoura kerana bekalan makanan semakin berkurangan. “Ramai lagi kawan-kawan yang masih berada di sana, sekarang mereka hanya bergantung kepada tuan rumah untuk membekalkan makanan kepada mereka.  Mereka tidak boleh mengeluarkan wang kerana semua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar itu rosak,” katanya.

Katanya, kebanyakan kawan-kawannya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah adalah mereka yang membeli tiket penerbangan Egypt Air. “Mereka mula membeli tiket Egypt Air selepas mendapat tahu keadaan rusuhan semakin teruk, tetapi malangnya syarikat penerbangan itu membatalkan penerbangan,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu