adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, February 7, 2011

Fernandes Terima CBE Dari Ratu Elizabeth


KUALA LUMPUR: Usahawan terkemuka Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes, dianugerahi pengiktirafan "Commander of the Order of the British Empire (CBE)" oleh Queen Elizabeth II.
Fernandes adalah Ketua Pasukan Team Lotus dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia.
Anugerah itu diberikan kepadanya "kerana usahanya menggalakkan hubungan komersil dan pendidikan" antara United Kingdom dan Malaysia.
"Ia merupakan pengiktirafan kerana usaha cemerlang, keazaman dan usaha kesemua rakan kongsi, rakan sekerja dan petugas di AirAsia, Tune Group dan Team Lotus," kata Fernandes dalam satu kenyataan Ahad.
CBE adalah anugerah utama kedua yang dianugerahi terhadapnya di Eropah selepas gelaran "Pegawai Legion d'honneur pada 2010," iaitu anugerah tertinggi bagi bukan rakyat Perancis bagi sumbangan cemerlangnya terhadap industri penerbangan.
Fernandes baru-baru ini dinamakan "Ahli Perniagaan Asia 2010", oleh majalah antarabangsa, Forbes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu