adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 24, 2011

Gempa NZ: Seorang rakyat Malaysia dilapor hilang


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Seorang pekerja wanita rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch berikutan kejadian gempa bumi Selasa lepas dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Ketua bilik operasi Malaysia di Chirstchurch, Ayauf Bachi berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berumur 30-an itu daripada rakan-rakanya pada hari kejadian.

Wanita yang berasal dari Sarawak itu bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar itu, dan keluarganya telah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kehilangannya, katanya ketika dihubungi untuk perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana.

Beliau berkata, Pasukan Pertahanan Awam New Zealand yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat mereka yang masih terperangkap dan hilang dalam malapetaka itu, telah dimaklumkan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Ayauf, yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri berkata, terdapat 636 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 390 penuntut dan pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 40 penuntut dalam empat kumpulan hari ini untuk mengetahui bantuan yang perlu disalurkan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu