adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, February 26, 2011

'Ini semua salah faham'


KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Menceritakan bagaimana kejadian itu bermula, Zaefrul berkata, dia dipanggil kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua. 

“Dua pegawai terbabit mendakwa mahu bertemu di sebuah kafe di Danau Kota sebelum saya pergi bertemu mereka ditemani tiga rakan kira-kira jam 11.20 malam Ahad lalu. Bagaimanapun, keadaan bertukar tegang apabila seorang daripada rakan saya bercakap sesuatu yang kurang enak kepada dua pegawai penyiasat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang daripada tiga rakannya itu mengambil tindakan itu dan dia kesal dengan apa yang terjadi. 

“Selepas mengetahui dua pegawai itu membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan, saya tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong. Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut dan selepas siasatan dilakukan saya dibebaskan. Ini jelas membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Zaefrul, dia berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap kejadian yang menimpanya itu. Mengulas mengenai dakwaan kononnya menggunakan sindiket nikah palsu didalangi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berkahwin, Zaefrul mendakwa dia tidak terbabit sama sekali.

“Tidak semua yang dipanggil untuk proses siasatan terbabit dalam sesuatu kes yang sedang disiasat itu. Saya hanya dipanggil menyalurkan maklumat kepada mereka. Saya harap penjelasan ini dapat membersihkan semula imej yang tercalar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan pembebasan ketiga-tiga lelaki termasuk Zaefrul yang ditahan pihaknya bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan terhadap dua pegawai SPRM. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelakon drama popular ditahan polis pada 19 Februari lalu selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu. Pelakon lelaki berusia 45 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet.

Beliau bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, supaya tidak meneruskan siasatan terhadapnya yang dilaporkan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua. - myMetro

berita ini berkaitan dgn 

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu