adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 1, 2011

Isteri Aziz M.Osman Tidak Profesional - Gambit


Gambit
PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah,26, kurang senang apabila dituduh besar kepala termasuk meletakkan harga tinggi iaitu sebanyak RM50,000 untuk membintangi filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman.
Sebaliknya pelakon itu mendakwa isteri pengarah tersebut iaitu Puteri Lily Lokman tidak bersikap profesional kerana gagal memberi sebut harga yang sebenar ketika menawarkan dia watak Zack untuk filem itu.
Kata Gambit, dia terkejut apabila perjanjian harga yang sepatutnya dianggap sulit, telah didedahkan kepada heroin filem tersebut iaitu Neelofa dan menganggap cara Lily bekerja adalah tidak matang.
"Saya tak mahu panjangkan isu ini dan dengan penjelasan yang diberi, saya harap semua pihak faham dengan kedudukan saya yang sebenar.
"Perbincangan dibuat antara Lily dan pengurus saya iaitu Nor pada 16 Januari lalu. Pada mulanya kami telah mencapai persetujuan apabila pihak Lily bersetuju dengan bayaran RM40,000 untuk saya membintangi filem itu.
“Kemudian tidak sampai satu jam selepas persetujuan itu, pihak Lily memaklumkan harga diturunkan kepada RM35,000.
"Lebih memeranjatkan pada keesokan harinya saya menerima panggilan telefon daripada Neelofa yang memujuk saya agar menerima tawaran RM35,000 itu. Saya tertanya-tanya mengapa Lily boleh mendedahkan bayaran berkenaan kepada pelakon lain?" soalnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah pelakon itu, dia menerima harga tersebut selepas Aziz menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan persetujuan sama ada dia menerima ataupun menolak tawaran berkenaan.
Kata Gambit lagi, dia lebih kecewa apabila pengurusnya memberitahu, isteri Aziz sekali lagi bertindak tidak matang apabila terus menurunkan harga sebanyak RM5,000 lagi kepada RM30,000.
"Saya rasa diri dipersendakan apabila Lily bermain tarik tali tentang tawaran harga tersebut. Daripada RM40,000 menjadi RM35,000 dan akhirnya dia tawarkan saya RM30,000. Adakan ia satu cara yang profesional?
"Bayangkan, saya terpaksa membatalkan tawaran berlakon filem lain kerana filem Azura 2011 ini di mana ia membabitkan penggambaran di Paris dan London selama 10 hari dan beberapa minggu di sekitar Malaysia.
"Saya tahu Aziz merupakan seorang pengarah filem yang berpengalaman. Tetapi isterinya mungkin terlalu muda untuk menguruskan mengenai tawaran perjanjian harga,” katanya.
Dengan penjelasan yang diberikan ini, Gambit berharap tiada lagi kontroversi remeh yang boleh menjejaskan karier lakonannya kerana dia ingin memberi tumpuan dalam kerjaya seninya.
Azura 2011 merupakan kesinambungan filem Azura arahan Deddy M. Borhan yang diterbitkan pada tahun 1984 lakonan Jamal Abdillah sebagai Zack sementara Ogy Ahmad Daud sebagai Azura.
Akibat masalah yang timbul itu tempat Gambit dikatakan digantikan oleh pelakon baru Shahz Jaszle. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu